Followers

Saturday, December 1, 2012

Life is Just Begin ;)

Assalammualaikum w.b.t :)

Haiii warga followers ku yang seramai 115 orang ni . Ehem ehem. alaaaa rasanya dalam 115 orang ni rasanya 2-3 kerat je yang jenguk blog ni ye tak ?! haha. jangan risau, mmg aku pun spesis macam tu jugak! hoho. well takde ape sangat nak dihebahkan di sini. kahwinnn lambat lagii . kalau dah kahwin nanti, aku janji akan buat entri khas dari A-Z special untuk korggg! yiheaaaa. bajet femes je nak buat macam tu. ahaksss! :D
So just nak bgtau. Dari friendster menuju ke mySpace. layan tak lama sangat terus berhijrah ke Facebook. Facebook sangat public dan terasa mencapub, kita beralih ke twitter ! twitter ni disadvantages dia, bila kita sedang beremosi, kita akn tweet secara lebih lebih dan beremosi. Bila da tenang, baca balik tweet tu rasa macam bodoh. serius ni serius. Twitter tak mencapub tapi syok sendiri ! yeahhhhh ! :D Dan twitter pun senang rasa annoying weiiiii. Annoying kalau 24/7 nak bercerita pasal 'heart feeling' . cinta sana cinta sini. booooooooooooo. tweet sikit sikit sudah. kalau kat Timeline tu 24/7 nama kau je, kalau tweet best2 takpe gak, ini balik balik nak bgtau kat semua orang kisah bahagia kau dengan teeeetttttt. Kalau dah kahwin aku tumpang happy gak laaa. iniiiiiiiii? nyampahhhh puiiiiii. orang2 mcm ni mmg nasib laaa kena unfollow dengan aku. padan muka :P mmg aku ni jujur dan pedas. so what ?? nak cakap aku jealous? no la. buat pe nak jealous. jealous dengan annoying tu DUA perkara yang berbeza. Take Note -.-
So sekarang ni sebenarnya dalam proses berjinak jinak dengan Tumblr. Dulu bila tgk orang main tumblr rasa mcm bosan sebab post gambar. But picture tell the story right. so x payah nak bebel byk2 , tgk gambar je dah tau isi kandungan dia. hurm. Jujurnya, bila spend time tgk gambar2 tu sekaligus buat kita muhasabah diri . I mean those pictures yang cakap pasal 'kesedaran' laaaa. lebih lebih lagi ke arah Islam :) So. tumblr saya belum siap, belum bersedia nak share link kat kengkawan. haha. nanti nanti laaa erkk. Hidup sekarang makin lama makin byk berubah, kelakuan, penampilan, percakapan, perasaan, kasih sayang bla bla bla bla. Diri ni sedang berusaha untuk menuju ke arah yang diredhai-Nya dan semoga perjalanan hidup yang akan datang sentiasa diberkati Allah. Amin. 

Friday, November 2, 2012

Fikir Sejenak

Assalammualaikum w.b.t :))

Kawan yang sebenar-benar kawan adalah yang berterus terang, walaupun apa yang terucap dari kata-katanya pahit, kasar dan pedas. Kita harus mengaku, sebagai manusia kita tak suka dengar keburukan diri sendiri, tapi lebih suka dengar kehebatan kita, lebih-lebih lagi bila dipuji orang lain.
Kita tak tahu di mana sempadan diri kita. Kita tak tahu macam mana perangai kita. Hanya kawan-kawan yang boleh melihatnya dari luar, kerana mereka melihat apa yang mata kita tak nampak.
Untuk membuat penilaian diri, cara terbaik adalah menyuruh orang lain menilai diri anda, perbuatan anda, kata-kata dan perangai Anda. Anda tak mungkin menilai diri sendiri, kerana anda akan terdorong berbohong dan menipu kebenaran.


p/s :: copy paste ayat fb dari mentor matrik saya dulu. ada benarnya kata2 ni. tapi lumrah manusia tak suka terima yang buruk . dan takut menerima kenyataan. hurm. fikir-fikir.

Sunday, October 7, 2012

Kenangan Terindah 5&6 Oktober 2012 :)

Assalammualaikum w.b.t :))

Kehadapan saudara saudari yang dikasihi sekalian . Sudah lama beta tidak meluangkan masa bersama blog beta yang lawa ni. haha. Tanggal 5 Oktober adalah hari lahir saya. Seperti mereka dan yang lain-lain, semestinya hari lahir adalah hari yang ditunggu-tunggu . Hari kita dilahirkan ke bumi. Saat keluarga dan rakan-rakan mengucapkan kalimat ' happy birthday', 'selamat hari jadi' , pastinya diri ini akan tersenyum gembira. Sukar nak tafsirkan perasaan itu, tapi sebenarnya bukan mengharapkan sangat orang wish, cuma terasa dihargai dan disayangi setiap kali tiba hari lahir. Ibu adalah orang yang pertama akan diingati setiap kali tiba 5 Oktober. Mestilah sebab ibu lah yang lahirkan saya dalam dunia ni. Tanpa ibu dan daddy, maka tiadalah insan bernama Noor Diana binti Nasruddin Tay :)
Jadi, di kesempatan ini, saya nak kongsi beberapa peristiwa atau kenangan yang tercipta pada hari tersebut.
Saya ni sebenarnya kalau nak tahu, memang lah teringinnn sangat nak kek birthday . sebab kalau nak diingat balik, last birthday sambut dengan kek ni bila umur saya budak-budak dulu . hurm tapi tak ingat lah umur masa tu . lepas tu, sejak dah besar ni , dah takde dah kek birthday ni . dah jarang nak celebrate. Biasanya, hari lahir saya jatuh pada hari yang saya takde kat rumah. jadi, Kebarangkalian nak celebrate dengan family tu sangat tipis. Al-maklumlah, sibuk mencari ilmu. hehehe. Tanpa diduga, impian saya menjadi kenyataan bila geng coursemates telah berjaya membuat surprise pada malam tersebut. Airmata kegembiraan terus mengalir dengan derasnya sambil berpelukan dengan mereka semua. Perasaan malam tu bercampur baur. Ada gembira, sedih, terharu, excited, terkejut dan bla bla bla bla. Memang tak disangka dan tak pernah terlintas pun dalam fikiran ni nak celebrate birthday dengan sesiapa. hurm sedih je bunyi . hahaha. Allah telah menghantar kawan-kawan saya untuk menggembirakan hari saya. Allah sangat sweet . terima kasih Allah . Semua itu takkan terjadi kan jikalau Allah tidak mengizinkan. yela. manusia cuma merancang, tapi Allah yang tentukan . Perkara yang baik disertakan dengan niat yang ikhlas pastinya dibantu oleh-Nya :)



Dengan ini, saya Noor Diana ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ketua program, Anisah Sani, dan AJK-AJK nya - Ratu, Ayu, Fieqa, Zaidek, Wahidah, Fatin Ezzati, Fatin Syafiqah, dan Intan. Dan ada lagi seorang Ezzah. Walaupun dia tidak bersama malam tu, tapi ingatan terhadap dia tetap ada. cehhh wahhhh. :) Semoga persahabatan ini dilindungi dan kekal dunia akhirat. 
I LOVE Uollssssssssssssss. muahhhhhhh <3 p="p">


Kita beralih pula ke segmen seterusnya. jeng jeng jeng. hehe. Jadi keesokkan hari pula pada 6 Oktober 2012, kami telah berangkat ke Port Dickson. Plan nak ke PD ni dah dibuat sejak seminggu yang lepas. Saja nak habiskan masa bersama geng . Lagipun jarang kami berkumpul sama-sama dan buat aktiviti sama-sama. Masing masing ada program sendiri, busy itu busy ini. hurm hurm. Jadi rombongan melibatkan dua kereta, sepuluh orang. Best uollllssss. Walaupun PD jeee *eleh mesti ada orang nak kutuk ni*, haha, yang nak ditekankan kat sini adalah ukhuwah sesama geng. ada faham? huhu. Untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan antara kami . Itu adalah objektif utama kenapa kami bersusah payah rancang trip ni . 
so here uollsssss.. let the pictures tell the story !! :D




















Kenangan bersama mereka takkan dilupakan. It was really a wonderful and enjoyable day . :)

p/s : Ezzah pun tak join masa ni. banyak betul alasan makcik . dating je kejee dia. hahaha :D okbye terima kasih daun keladi :)

Tuesday, September 18, 2012

RESEARCH PROJECT

Assalammualaikum w.b.t :)


TAJUK TESIS :: Kesan Sebatian Zwitterion, Betain terhadap Glutamat Dehidrogenase bergantung NADP+ daripada Organisma Halofilik, Halobacterium Salinarum strain NRC-36014.

Halobacterium Salinarum

# Doakan saya dan rakan2 seperjuangan tabah dan sabar dalam mengharungi cabaran di tahun akhir ini dan semoga tesis dan eksperimen kami dalam penyelidikan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah . Amin :)) 

Monday, July 23, 2012

Short Semester

Assalammualaikum w.b.t :)

Apa khabar saudara saudari ? dah lama tak menjenguk blog ni . sedih :'( sebab ditinggalkan kesepian. hikhik . OK entri kali ni nak cerita pasal short semester lah . hurm hurm . disebabkan 1st time ever buat shortsem kali ni , masa 1st year dulu tak buat, sbb rasa awal sangat kalau nak buat, lagi pulak masa tu ada masa 4 bulan bercuti , so lebih baik kot buat perkara lain contohnya amik lesen kereta . :) haaaa. betul tak betul tak? apa?? apa?? belajar masak ? hurm hurm. sebenarnya perkara tu sgt sensitip tau bila aku dgr. bila nak belajar masak ? bila? bila? but dont get me wrong, bukan lah aku ni 0% ok bila masuk dapur. ada lah input , tapi takdelah 100%. kadang2 kan. mseti ibu nak dengar kata kata magic dari mulut aku ni "ibu, nak belajar masak !! nak masak !" hahahhaha. silap pengsan ibu bila dengar anak dara betul2 nak belajar masak . well . bukan malas. tapi minat tu tak kesampaian lagi . tolong ibu bila kat dapur tu wajib lah. tolong kupas bawang , tolong siang ikan, dan sebagainya bab bab ringan aku boleh buat lah . tapi bila tang masak, aku tolong campak2 bahan dalam kuali tu, aku tolong kacau2, tapi aku tak ingat pun step2 dia. nak masuk apa dulu, lepas tu apa, apa dan apa. HAHA. dan kalau nak tau, benda yg mmg harus ibu suruh buat cuma lah masak sayur. itu senang tahap cipan . HAHAHA. apa2 sayur jela itu insyaAllah . yg lainnnn tu aduhaiiii bilaaa ekk cik dianaaa oii . maybe lah maybe, bila dah sampai seru nak kahwin esok, baru terbuka hati nak belajar. :p hikhik . eh dah kenapa melalut dari topik asal ni . huh =.= 
Haaa. oh shortsem bagaimana ? best ? bosan ? sedih ? happy ? ok sejujurnya shortsem best lah . well mmg aim setiap student yang buat shortsem tu nak dpt A++++ utk subjek dia amik tu . sebab boleh fokus more . tak payah pening2 nak baca byk subjek . itu salah satu kebaikan . so utk shortsem kali ni, aku amik 2 subjek, iaitu workplace communication dgn kesihatan mental . workplace tu kelas english lah senang cakap mcm mana nak adapt dgn workplace nnt . Kesihatan mental pulak mmg tak silap lah aku amik subjek ni . sbb mmg best . byk pengetahuan pasal mental health ni kita boleh tau dan secara tak langsung kita boleh sedar ianya berlaku dalam setiap manusia walaupun yang normal . haaaa scary bukan =.= hehe.
Tapiiii. yang sedihnya di bulan bulan Ramadhan ni cafe kolej aku ni mmg nak cuti berniaga sebulan lah gitu . ada ke patut . ish tak patut . so nak beli juadah berbuka kena lah pergi bazaarr ramadhan tu . mmg lah semua org ada transport kan nak pergi . huh =.= pastu alternatif lain adalah dengan berbuka puasa di masjid UKM. haaa ni 1st time berbuka kat masjid semalam. Heaven tau . sebab nasi+lauk dia seumpama sedang berbuka puasa di rumah . haaa. kat situ dah boleh jimat duit . makan free lagi pulak di rumah Allah yang serba indah tu :) 
Shortsem ada sikit bosan itu sebab rata2 budak2 ni pergi buat part time job . hhuhu . masyuk dpt duit . sikit pun jadilah janji masuk . best pulak dgr budak2 ni pergi kerja sana kerja sini dpt gaji berpatutan. aku ? ala, tiap2 minggu rasa nak balik , acane nak kerja weekend kan . shortsem bosan tapi busy . haaaa kena tau tu . shortsem ni cuma ada 7 minggu shj . dan skrg dah masuk minggu ke-4. ada lagi 3 minggu . so dalam 7 minggu tu, semua benda nak kena cepat, nak kuiz, nak presentation, nak assgnments lagi . huh bernafas kejap! tapi so far aku ok je. boleh terlebih tidoo lagi . haha !
OK. sekarang musim demam ekk ? aku demam masa balik menyambut ramadhan minggu lepas . tiba2 je takde angin takde ribut tetiba badan panas . pastuu kawan2 pun ada yang demam . hurm hurm . byk2 rehat ya, semoga cepat sembuh :) 
Sekian saja coretan kali ni . ohh ya ! minggu ni tak sabar nak tunggu anisa dtg sleepover ! kitaorg nak shopping raya !!! heeeeee :D 

#okbye.

Wednesday, June 20, 2012

Sahabat Sejati

Assalammualaikum w.b.t :)

SAHABAT

Ku biarkan kalam berbicara,
menghurai maksudnya di jiwa,
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi..
Ku biarkan pena menulis,
meluahkan hasrat di hati,
moga terubat segala keresahan di jiwa tak pernah ku ingini..
aku telah pun sedaya tak melukai hatimu,
mungkin sudah suratan hidupku,
kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca,
oh teman maafkanlah diriku..
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan ,
untuk menempuhi dugaan ini,
teman maafkan jikaku melukaimu,
moga ikatan ukhuwah yang dibina , 
ke akhirnya. 
Aku tidak kan berdaya menahan hibanya rasa,
kau pergi meninggalkan diriku,
redhalah apa terjadi usahlah dikau kesali,
mungkin ada rahmat yang tersembunyi. 



p/s :: oh seriously if korgg semua dengar dan hayati lagu ni beserta liriknya, sudah tentu korggg akan nangis se nangis2 nya. yeahh everytime aku godek2 list list lagu dalam laptop ni, mesti akan terjumpa lagu ni dan dengar. pastuuu sobs sobs sobs !!!!!! :)) saya sayang kawan kawan kerana Allah :) me love u olls so much ! *hugs*

Friday, June 8, 2012

Permainan Psikologi


Assalammualaikum w.b.t :)


Secara asasnya, psikologi mengkaji sesuatu yang sukar dinilai, diperiksa dan di’kira’ iaitu minda & tingkahlaku manusia. Termasuk dalam kajian ini adalah emosi, personaliti, jiwa, watak serta ’fe’el’ manusia secara individu mahupun kelompok.

Walaupun semua yang dinyatakan itu amat sukar untuk diletakkan nilai atau ’weight’disebabkan pembolehubahnya terlalu pelbagai, ahli psikologi dan ’human science’ cuba bersungguh-sungguh untuk menetapkan piawaian khas bagi ’mengira’nya….



Si A : wehhhh.. stress dowhhh baca ni x masuk masuk pun . aku tidooo je dalam bilik . cuak gile nak jawab paper ni ..
si B : wehhh sama wehhh !! high-5 !! aku lagi lah rasa nak muntah semua ada, nak baca dah tepu xleh nak masuk dah.. aku pun keje dok makannn tidooo makan tido .. aku malas pikir dah tawakal jela.. 
si A : oriteeeee.. sama sama eh tawakal .. 

dalam exam hall .. 
Si B menjawab paper dgn bersungguh-sungguh tak berhenti siap buat gaya tangan lengoh bagai siap minta extra kertas nak jawab soalan yang tak cukup ruang ni .  si B mula menanya kan jam pukul berapa menunjukkan dia x sabar nak keluar exam hall. Si B keluar exam hall dgn muka puas hati nya ...

si B : wehhhhh susahhh gilerrr soalan ! apa jenis soalan ntah lecturer ni bagiii.. pusing kepala otak memikirkannya.. argghhhh tension !
si A : tuh lah kan. aku main jawab je weh xtau lah betul ke tak.. bukan baca pun kan..
Si B : a'ah wehh sama lah aku x baca pun .. lantak leee..haha

bila dah dapat results , si B lulus dgn cemerlang nya A++++ .. 

kawan-kawan :: 
motifnya di sini . tak usah lah kita menunjukkan perbuatan yang 'psiko' tu di hadapan kawan2 kita. takde faedah pun . mungkin si dia tak perasan pun dia tu sebenarnya tgh 'psiko' org. tapi bila dah selalu terjadi, org akan rasa annoying weh .. kita pulak yang telah di 'psiko' oleh org tu akan berasa sangat sedih weh. sangat sentap dan gelabah . rasa tergugat wehh .. serius !! 
seumur hidup aku xpernah lagi jumpa org org yang kuat psiko ni weh .. tetiba boleh terjumpa plak dgn seseorg ni . pehhhhh psiko !!!!! dia tak psiko aku directly , tapi dia psiko org sekeliling aku, dan aku pun terkena lah sekali .. dan nak tau tak ? aku rasa sentap sangat . ye sentap ! okbaiiiiii . 



p/s :: ada hamba Allah cakap '' AKU DAH TAK KISAH DAH USAHA ORG LAIN MCM MANA TAHAPNYA, AKU KISAH TAHAP AKU, AKU TAU DIRI AKU MCM MANA, TAHAP USAHA AKU MCM MANA" .. tp walaupun begitu , psiko tetap melekat di hati . sentap tetap ada. sekian .