Followers

Monday, December 17, 2012

Assalammualaikum w.b.t ;)

Assalam semua :) Malam ni terasa nak post sesuatu yang berilmu yang berilmiah yang ber ber dan ber lagi . hurm .  Ni salah satu zikir yg aku suka dengar. Alunan dia. Sebutan dia. Makna dia. Subhanallah. Selalu jugak bukak dan dengar zikir ni waktu waktu maghrib . Tenang je rasa, Hayati betul2, ikut berzikir lagi , then muhasabah diri . Walaupun zikir ni zikir ' taubat nasuha', tapi tak semestinya bila kita buat dosa besar je baru boleh praktikkan zikir ni . Sama juga macam solat sunat taubat. Setiap hari kita tak terlepas dari dosa. Tak kira dosa kecil atau besar, yang sengaja atau tak sengaja. Dosa dgn Yang Maha Besar, ibubapa, guru2, kawan2 , malah makhluk2 yang hidup dan yg tak hidup di bumi ni . 



Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat .
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa.
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna.
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan.
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas.
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…


p/s : "Apa saja nikmat (kebaikan) yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana (keburukan) yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri....." [an-Nisaa: 79]



Wednesday, December 12, 2012

Bosan

 Assalammualaikum w.b.t :) 

Sebenarnya tengah bosan. jadi disebabkan insan yg bernama diana ni tersangat laaa terujaaa sbb baru terhegeh-hegeh nak download application yg canggih2 kat fon *orang lain dah lama ada dah* .
hehehe :p
bosan2 ni kita edit2 gambar . sila lah layan kebosanan saya ni ^.^










p/s :: penat la sebenarnya edit gambor ni. ade je yang tak puas hati . haha


Hijrah

Assalammualaikum w.b.t ;)


Secara rasminya saya memperkenalkan laman Tumblr saya yang baru dibuka awal Disember . 
hikhikhik :p
Jemput-jemput .
Sesiapa ada tumblr, boleh la letak link kat sini. 
insyaAllah saya follow ;)
Semoga dapat jadikan tumblr satu media untuk kita share sesuatu yang boleh membawa kita ke dunia yang lebih baik ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s :: Masih dalam proses pembinaan dan pembaikian sebab belum nampak cantik dan mantap lagi pengisiannya. insyaAllah ^.^

Tuesday, December 11, 2012

Barakallah !



Assalammualaikum w.b.t ;)


Hai ! entri yang ringkas aku rasa. last saturday, one of my bff get married ;) I was so happy for her. There was another old story, but then I thought it was not suitable to share with public. Hurm ! Tema warna biru. Iollllss mmg dah tau tema wedding tu warna biru . but then, iolllss sengaja pilih warna turqoise supaya orang tak tersalah anggap yg iollss ni pengapit dia. ahaskkk! but then, still ade orang tegur baju kaler I same dengan tema. woooot woooot. Bila terjah masuk bilik pengantin, kawan I dah siap tunggu masa nak sanding. Saat tu, serius tak tau kenapa tetiba sebak dan rasa terharu . sumpah aku control air mata time tu. hahaha! bergenang la jugak. motif ?? hehe. mane la aku tau ! haishh. sumber kata ade dua kemungkinan, 1st sebab aku lama tak jumpa dia, 2nd sebab dia kahwin dlu dari aku. hahaha! choiiiii. :P  
Kepada bff ku, sakinah. semoga perkahwinan ini kekal bahagia dunia akhirat. dan semoga perjalanan hidup akan datang sentiasa dirahmati dan dberkati Allah selalu. Amin. Dan jangan lupa, doa kan kawan2 lain supaya dipercepatkan jodoh. ecececehh.. hikhik :P 
Disini ada sedikit gambar2 untuk tontonan. kahkahkah. ayat macam ape jeee.. :D




















p/s :: yeaayyy !!! lepas ni turn siapa pulak ??? wooottt woooottt -.-

Saturday, December 1, 2012

Life is Just Begin ;)

Assalammualaikum w.b.t :)

Haiii warga followers ku yang seramai 115 orang ni . Ehem ehem. alaaaa rasanya dalam 115 orang ni rasanya 2-3 kerat je yang jenguk blog ni ye tak ?! haha. jangan risau, mmg aku pun spesis macam tu jugak! hoho. well takde ape sangat nak dihebahkan di sini. kahwinnn lambat lagii . kalau dah kahwin nanti, aku janji akan buat entri khas dari A-Z special untuk korggg! yiheaaaa. bajet femes je nak buat macam tu. ahaksss! :D
So just nak bgtau. Dari friendster menuju ke mySpace. layan tak lama sangat terus berhijrah ke Facebook. Facebook sangat public dan terasa mencapub, kita beralih ke twitter ! twitter ni disadvantages dia, bila kita sedang beremosi, kita akn tweet secara lebih lebih dan beremosi. Bila da tenang, baca balik tweet tu rasa macam bodoh. serius ni serius. Twitter tak mencapub tapi syok sendiri ! yeahhhhh ! :D Dan twitter pun senang rasa annoying weiiiii. Annoying kalau 24/7 nak bercerita pasal 'heart feeling' . cinta sana cinta sini. booooooooooooo. tweet sikit sikit sudah. kalau kat Timeline tu 24/7 nama kau je, kalau tweet best2 takpe gak, ini balik balik nak bgtau kat semua orang kisah bahagia kau dengan teeeetttttt. Kalau dah kahwin aku tumpang happy gak laaa. iniiiiiiiii? nyampahhhh puiiiiii. orang2 mcm ni mmg nasib laaa kena unfollow dengan aku. padan muka :P mmg aku ni jujur dan pedas. so what ?? nak cakap aku jealous? no la. buat pe nak jealous. jealous dengan annoying tu DUA perkara yang berbeza. Take Note -.-
So sekarang ni sebenarnya dalam proses berjinak jinak dengan Tumblr. Dulu bila tgk orang main tumblr rasa mcm bosan sebab post gambar. But picture tell the story right. so x payah nak bebel byk2 , tgk gambar je dah tau isi kandungan dia. hurm. Jujurnya, bila spend time tgk gambar2 tu sekaligus buat kita muhasabah diri . I mean those pictures yang cakap pasal 'kesedaran' laaaa. lebih lebih lagi ke arah Islam :) So. tumblr saya belum siap, belum bersedia nak share link kat kengkawan. haha. nanti nanti laaa erkk. Hidup sekarang makin lama makin byk berubah, kelakuan, penampilan, percakapan, perasaan, kasih sayang bla bla bla bla. Diri ni sedang berusaha untuk menuju ke arah yang diredhai-Nya dan semoga perjalanan hidup yang akan datang sentiasa diberkati Allah. Amin. 

Friday, November 2, 2012

Fikir Sejenak

Assalammualaikum w.b.t :))

Kawan yang sebenar-benar kawan adalah yang berterus terang, walaupun apa yang terucap dari kata-katanya pahit, kasar dan pedas. Kita harus mengaku, sebagai manusia kita tak suka dengar keburukan diri sendiri, tapi lebih suka dengar kehebatan kita, lebih-lebih lagi bila dipuji orang lain.
Kita tak tahu di mana sempadan diri kita. Kita tak tahu macam mana perangai kita. Hanya kawan-kawan yang boleh melihatnya dari luar, kerana mereka melihat apa yang mata kita tak nampak.
Untuk membuat penilaian diri, cara terbaik adalah menyuruh orang lain menilai diri anda, perbuatan anda, kata-kata dan perangai Anda. Anda tak mungkin menilai diri sendiri, kerana anda akan terdorong berbohong dan menipu kebenaran.


p/s :: copy paste ayat fb dari mentor matrik saya dulu. ada benarnya kata2 ni. tapi lumrah manusia tak suka terima yang buruk . dan takut menerima kenyataan. hurm. fikir-fikir.

Sunday, October 7, 2012

Kenangan Terindah 5&6 Oktober 2012 :)

Assalammualaikum w.b.t :))

Kehadapan saudara saudari yang dikasihi sekalian . Sudah lama beta tidak meluangkan masa bersama blog beta yang lawa ni. haha. Tanggal 5 Oktober adalah hari lahir saya. Seperti mereka dan yang lain-lain, semestinya hari lahir adalah hari yang ditunggu-tunggu . Hari kita dilahirkan ke bumi. Saat keluarga dan rakan-rakan mengucapkan kalimat ' happy birthday', 'selamat hari jadi' , pastinya diri ini akan tersenyum gembira. Sukar nak tafsirkan perasaan itu, tapi sebenarnya bukan mengharapkan sangat orang wish, cuma terasa dihargai dan disayangi setiap kali tiba hari lahir. Ibu adalah orang yang pertama akan diingati setiap kali tiba 5 Oktober. Mestilah sebab ibu lah yang lahirkan saya dalam dunia ni. Tanpa ibu dan daddy, maka tiadalah insan bernama Noor Diana binti Nasruddin Tay :)
Jadi, di kesempatan ini, saya nak kongsi beberapa peristiwa atau kenangan yang tercipta pada hari tersebut.
Saya ni sebenarnya kalau nak tahu, memang lah teringinnn sangat nak kek birthday . sebab kalau nak diingat balik, last birthday sambut dengan kek ni bila umur saya budak-budak dulu . hurm tapi tak ingat lah umur masa tu . lepas tu, sejak dah besar ni , dah takde dah kek birthday ni . dah jarang nak celebrate. Biasanya, hari lahir saya jatuh pada hari yang saya takde kat rumah. jadi, Kebarangkalian nak celebrate dengan family tu sangat tipis. Al-maklumlah, sibuk mencari ilmu. hehehe. Tanpa diduga, impian saya menjadi kenyataan bila geng coursemates telah berjaya membuat surprise pada malam tersebut. Airmata kegembiraan terus mengalir dengan derasnya sambil berpelukan dengan mereka semua. Perasaan malam tu bercampur baur. Ada gembira, sedih, terharu, excited, terkejut dan bla bla bla bla. Memang tak disangka dan tak pernah terlintas pun dalam fikiran ni nak celebrate birthday dengan sesiapa. hurm sedih je bunyi . hahaha. Allah telah menghantar kawan-kawan saya untuk menggembirakan hari saya. Allah sangat sweet . terima kasih Allah . Semua itu takkan terjadi kan jikalau Allah tidak mengizinkan. yela. manusia cuma merancang, tapi Allah yang tentukan . Perkara yang baik disertakan dengan niat yang ikhlas pastinya dibantu oleh-Nya :)



Dengan ini, saya Noor Diana ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ketua program, Anisah Sani, dan AJK-AJK nya - Ratu, Ayu, Fieqa, Zaidek, Wahidah, Fatin Ezzati, Fatin Syafiqah, dan Intan. Dan ada lagi seorang Ezzah. Walaupun dia tidak bersama malam tu, tapi ingatan terhadap dia tetap ada. cehhh wahhhh. :) Semoga persahabatan ini dilindungi dan kekal dunia akhirat. 
I LOVE Uollssssssssssssss. muahhhhhhh <3 p="p">


Kita beralih pula ke segmen seterusnya. jeng jeng jeng. hehe. Jadi keesokkan hari pula pada 6 Oktober 2012, kami telah berangkat ke Port Dickson. Plan nak ke PD ni dah dibuat sejak seminggu yang lepas. Saja nak habiskan masa bersama geng . Lagipun jarang kami berkumpul sama-sama dan buat aktiviti sama-sama. Masing masing ada program sendiri, busy itu busy ini. hurm hurm. Jadi rombongan melibatkan dua kereta, sepuluh orang. Best uollllssss. Walaupun PD jeee *eleh mesti ada orang nak kutuk ni*, haha, yang nak ditekankan kat sini adalah ukhuwah sesama geng. ada faham? huhu. Untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan antara kami . Itu adalah objektif utama kenapa kami bersusah payah rancang trip ni . 
so here uollsssss.. let the pictures tell the story !! :D




















Kenangan bersama mereka takkan dilupakan. It was really a wonderful and enjoyable day . :)

p/s : Ezzah pun tak join masa ni. banyak betul alasan makcik . dating je kejee dia. hahaha :D okbye terima kasih daun keladi :)