Followers

Friday, August 26, 2011

Ape pun tak boleh

Assalammualaikum w.b.t :)

Dear readers , am i suppose to be happy today ? but, no! is not! totally out of mood after i went back from shopping with a friend . *sigh*
ok.tolong jangan gelak .

Pernah korgg hadapi situasi dimana setelah kerajaan memberi cuti yg tersangatt panjang sehingga melibatkan bulan-bulan purnama . ohh okey .
Dimana korggg lupa dgn beberapa benda ni .

1) handphone buruk korg .
2) topup kredit .
3) couple ring*bg sesiapa yg ada la kan*

so, perkara biasa bila cuti . handphone buruk yg dah mmg buruk tu korgg campak campak tersorok-sorok sehingga xtau mana lokasi terkini, ye tak ? haha .
pastu, kalau dah lupa handphone tu , apetah lagi topup kan . mmg tak ah ! urm . dalam sebulan tu tak mungkin gagahkan diri utk ke kedai semata-mata nak beli topup . oh no! walaupun si darling sibok suruh topup . *talk to my hand*
ok, bg pasangan-pasangan , kalau yg ada couple ring . mesti tak pakai kat rumah kan ? sure lah . kat rumah nak hadap pinggan mangkuk semua yg kotor-kotor bagai . lgpun kalau pakai ade yg menegur . hishh malasss...
aku nak bgtau, cincin tu hilang ! *damn*
penat aku selongkar semua tempat . tak ade . huuhh . mana ni ? mana ni ?
yg pelik, kenapa baru perasan hari ni ? sbb sibok mengemas barang-barang perhiasan diri tadi . tengok-tengok, cincin tu dah xde . ok. sedih :(

aku call kawan aku sbb semalam aku tak reply msg die, sbb baru topup hari ni *bekalan masa kat kampung nanti* , setelah berbulan-bulan kredit dibiarkan rm 0.00 .
so, cerita lah kat die . LOL ! die pulak cakap cincin dia masuk lobang jamban ! sengal . golak bosar den .

ohhhh .. ape pun tak boleh !
#okbai .

Thursday, August 25, 2011

Cerita disebalik kuih

Assalammualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah . masih diberi peluang untuk menaip entri :) ok, kpd mereka-mereka yg ada friend dgn aku kat pesbook kan, kelmarin aku terexcited sehingga terupdated status di pesbook . sila klik sini . so, dah kata nak sambung cerita kat blog, jadi mesti dan harus ditunaikan ! hikhik .
hari tu kan, (kelmarin) pagi-pagi setelah berpulun-pulun habisan membuat kuih tart gulung nenas ? ehh korgg ni tau tak kuih ni ? femes tau. ibu aku buat je sedap, tempat lain boleh blah . haha. kejam kan . lantak ah . then, al-kisahnya untuk nak buat gulung2 tu kene pakai acuan dia la, so, die memerlukan tenaga untuk menekan acuan tersebut . bila sampai kat tgn aku, aku tekan dgn sekuat hati sepenuh perasaan, sampai boleh nampak dgn mata kasar tgn aku yg menggigil ni . ini serius ! *wink wink* . so, serta merta ditegur oleh ibu tercinta . " eh kak, knp tekan kuat-kuat sampai menggigil ni, ibu buat lembut-lembut je ? risau ibu tgk " . aku tersentak . rupanya diriku sedang diperhatikan . heh .pastu jawab " eh . ntah la, kalau tak tekan kuat-kuat, mana nak keluar tepungnya , lagipun akak mmg dah biasa tekan kuat2, menulis pun nak tekan kuat-kuat pen tu, apetah lagi benda ala ni" . heh . menjawab . menjawab . haha . ibu pun sengih sengih jela. faham benor ye tak perangai anak dara die ni . kuikuikui . dalam petang jugak la baru siap kuih tart tu . masa tu , hadoiiiiii ! sakit siot tangan aku ni . merah2, gilak ah .
petang tu jugak, aku ckp kat my mother nak buat kuih sarang semut lak . pastu, die dgn selamber je ckp, "kuih sarang semut xde dalam senarai la tahun ni". owh . hancur luluh hatiku ! hehe . tapi. petang tu masa ibu aku tgh lena dibuai mimpi kejap , aku curi-curi g dapur , *hei bukan nak curi makan tau* hakhakhak . aku g amik resepi sarang semut tuh, ape lagi dgn segera aku membancuh adunan . haha. eleh. senang je pun nak buat . masa buat tu , ya Allah . betapa ganas+kasar nye aku buat keje . berterabur tepung2, gula dan segala bahan2 atas meje . belum lagi masa nak uli tepung tu, aku dgn rakusnya menguli sehingga bersepah satu meja . dalam hati menyumpah-nyumpah , 'alahai diana, tolong la lembut sikit' *nasihat diri sendiri* :DD
pastu , dush ! terasa bahuku ditepuk-tepuk dgn lembutnya . hahaha. alamak ibuuuu!!! lariiiiii!!!
*giler kau nak lari* hehe. aku buat muka sengih mintak simpati je . pastu die bising ah bersepah anak dara buat keje . hahahahahhahhahahaha..
jeng jeng ! adunan da siap, malam tu baru parut2 bagai . dan ianya mengambil masa sejam setengah non-stop bebeyh ! pastu terus ZzzzzZZzzzzZZZzzz ...

dahhhhhh..tuh la ceritanya . ahhhaks! bengong kan aku ? :DD

p/s : sorry sbb baru hari ni nak update sbb kelmarin dah penat sgt malam tu tak larat nak hadap lappy, semalam plak sibok tolong ibu buat rendang ayam *aku dah raya dulu* eheh, sbb nak berbuka kat rumah atuk . ala. rumah atuk dekat je, setengah jam smpai . hikhik .
lagi satu , korrgg klik ke link atas tu ? ape yg keluar kat window tu ? HAHAHHAHAHAHHAA.
ok, jgn salahkan aku. sbb aku malas nak delete . dah kata kan hari tu . hikhik. #okbai

Monday, August 22, 2011

Kuih Raya

Assalammualaikum w.b.t :)

I am officially busy with my cookies ! hee.hee . whatt theee kerkkk . *apekaumerepekdoe*
Hari raya xde makna kalau x buat kuih raya sdn.bhd. huhu. ape tunjuk-tunjuk ? kuih tunjuk ? heeiiii tolonggg sikiittt eh lidah aku xboleh terima kuih tunjuk-tunjuk ni . kecuali kalau kawan2 yg ada buat bisnes jual kuih ke, dgn syarat aku kene rasa dulu, haaa, then baru aku beli ! kalau kat luar tuh , jgn harap nak beli, pandang sebelah mata pun taknak ! hee.hee.
kuih raya ni kalau nak bandingkan beli kat luar, dgn buat sendiri , beza dia 100% . sbb pe? sbb kalau buat sendiri , kita mesti nak yg the best kan! nak yg mmg superb sedap kan, untuk dimakan nak isi perut jugak kan , maklumlah kalau kita sendiri buat tak sedap, apekah ? bg kucing makan jela . lagi satu , bahan2 die, kalau buat sendiri , selalunya kita akan beli bahan yg mahal punye, yg berkualiti, yg mmg dijamin sedap ah . beza dgn kuih tunjuk, die tak sedap sbb ni lah, sbb bahan2 yg mereka guna tu kebanyakkannya yg murah-murah . cer fikir , mereka nak jual pun bukan sebalang dua balang kan, dorg jual dgn kuantiti yg byk , kalau dorg guna bahan-bahan yg mahal , bankrup maaa, kalau ini macam, takda raya ooo .. btolkah amoi ? hikhik .

hehe . panjang lak intro . bukan pe. saja nak bgtau . urm, rumah aku tiap-tiap tahun raya, ibu mesti nak buat kuih nya la. die awal-awal puasa je selalu gurau-gurau cakap xnak buat la, malas la, oven rosak la . hish mcm2 alasan . last-last dah nak raya time-time cenggini la die perah tenaga aku kaw kaw . hikhik.
so, tiap-tiap tahun kan, kuih raya yg WAJIB adalah :

1) Biskut yg berasal daripada negara orang putih iaitu LONDON . nama glamour - ALMOND LONDON la. haaa.. jauh kan biskut ni dtg , hikhik. tentu mahal kalau nak jual . hikhik .
2) Biskut yg diperbuat daripada pure pineapple iaitu kuih TART NENAS .
3) Biskut yg memang digilai oleh serangga serangga halus iaitu semut . hehe . nama glamour - Biskut SARANG SEMUT . pandai aku membina sarang semut ni. hakhak .

ok. ni yg wajib. maksud nya mmg kene ada . yg lain-lain mcm biskut chipsmore, conflakes madu , mama carey , biskut gajus , kuih siput dan lain-lain . haa yg ni ikut mood ibu la . selalunya die buat lah .

so, hari ni dah siap almond london . pasni boleh export ke london la. hakhak . *over*
esok mesti buat tart nenas sbb td aku tgk inti nenas tu dah siap dah . huhu .

ok, itu saja . btw malas nak letak gambar la. korg g serang pakcik google la eh . haha .


p/s : 'org yang berpuasa itu tidak semestinya menunaikan solat , org yg solat sudah semestinya berpuasa' .

jumpa lagi :D

Sunday, August 21, 2011

Pizza Pizza Pizza

Assalammualaikum w.b.t :)


Disini aku nak bgtau korg semua yg aku merupakan peminat fanatik setia PIZZA . hee.hee.
5 sebab kenapa aku suka ?

1) Ada cheeses . my favourite ! :D
2) Bentuk tiga segi . my favourite ! :D
3) Macam-macam ingredients . my favourite ! :D
4) Ada air asam boi yg superb awesome tu ! my favourite ! :D *ok xde kene mengena dgn pizza tp dgn kedai pizza* haha
5) memang sedap hingga menjilat jari ! my favourite :D

tau tak kenapa aku asyik ulang-ulang je 'my favourite' tu ? sebabnya aku nak 'mengexpress' kan feeling aku ni, nak bgtau yg mmg itu lah fast food favourite aku ! hehe .

so, hari ni my mum xtau nak masak ape. lagipun die x berapa nak sihat . janji aku semalam nak kemas dapur dah ditunaikan . ok. pinggang sakit, kaki sakit . ohhhmaiiigod . mcm mana nak jadi suri rumah tangga *dalam realiti* nanti . hihi . so, aku pun penat dan malas nak tolong masak if my mum nak masak . so . I just suggest an idea, "ibu, order pizza jela!" . then dgn serta merta dia setuju . aku pun dgn yeeay yeay yeayy bergumbira menelefon operator 1-300-88-2525 ! ! hee .

so . walamakkk ! pukul 7 tepat die sampai . bau dia . bau dia. fuhh! menusuk ke hidung sehingga hilang taik-taik hidung bagai . *okmelampau* .haha. then, berbuka la dgn hati yg riang dgn muka yg berseri-seri , dgn pelahapnya ! hehe . well . is your favourite food dear , takkan korg tak happy kan? kan. kan . huhu . actually my whole family except me tak berapa suka sgt , tp nak tak nak kene makan ape yg aku hidang atas meja tu kan . haha .

btw . aku xtau kenapa aku gila sgt dgn pizza. ntah ape2 makanan ntah . *kutuk pulak* :D
serius aku ckp aku boleh jadi sedih sbb pizza. contohnya kan, ade sekali waktu kat ukm, my dad bawak keluar makan lunch , then he decided to bring me to the pizza hut, last-last bila sampai, ramai customer beb ! serius ramai . my dad nak cepat sbb kejar masa, die pun nak masuk keje, so he took me to the oldtown . sepanjang masa makan , muka aku muram . hahaha. kelakar doe sampai kene tegor dgn my dad . gilak ah .
pastu kan. kat ukm gak . masa tu dah nak cuti kot . aku keluar dgn member semata-mata nak bwk balik pizza makan . seriusly aku sanggup ok . so , nak makan dgn anisa la, my coursemate .
hukhukhuk. disebabkan dia dah makan malam dulu , then bila aku sampai-sampai je, die makan ntah bape keping ntah , aku dah sah-sah la makan 2 keping je dah kenyg , pastu ade byk kot lebih . uwaaaaaaaa..terpaksa dibuang begitu saja . aku sedih kot masa tu . rasa xmampu nak hbskan . isk isk isk .

so . hebat kan penangan pizza ni . hikhikhik .
so, u guys suka makan pe? share ah . :D

Saturday, August 20, 2011

Kemas Rumah

Assalammualaikum w.b.t :)

Selamat malam kawan-kawan ! hehe . eh jangan tido lagi ! baru pukul berapa ni kot . ok , hari ni kan, aku kan, bangun awal . *bgn awal pada erti aku adalah pukul 9* . haha. awal siot . tp ikut kata erti sebenarnya matahari dah terpacak atas kepala dah anak dara oiii . pe nak jadi . kalau ikut erti ibu aku lak, die kalau boleh nak aku bgn pukul 7 . ohhmaiiigod . ibu , bgn awal2 tuh nak buat pe la, citer kat tv pun ntah ape yg ada . nak suh kemas rumah, bgn pukul 11 pun aku boleh buat la . *hikhik* oh, melawan ekau eh ! *dush* !

tp beb . kemas rumah kali ni bukan calang-calang weh . ni bukan kemas rumah yg mmg rutin harian tu , bukan. ni kemas rumah al-kisahnya nak raya . haa! ni 'kemas rumah' yg setahun sekali je aku buat . aku la. adik-adik aku xtau . mungkin mereka sebulan sekali ke 3 bulan sekali ke. who knows. bukan aku pemalas eh . bukan . korg jgn sesedap gula je nak kutuk aku tau ! yela kan. aku kan duduk oversea . *ecehberangan* . hakhakhak .
eh tapi betol la, deret rumah aku seberang dgn laut a.k.a longkang besar . LOL.

so, hari ni dgn rajinnye aku lap-lap frame bagai , bunga-bunga palsu , cermin-cermin ajaib , karbinet-karbinet , meja-meja, perabot-perabot . pastu vacuum lantai , mop lantai . lastly , aku lap tingkap bilik aku yg berabad aku tak lap ! *ohmalunya* toink toink toink . so alang-alang tuh aku pun bersihkan bilik aku sekali . urm. wanginyaaaa... :D
agak penat ! ehhh tak penat pun. huhu . tak kesah pun sbb aku tak pose ! eh tersalah taip. malas nak delete balik . ehh tak, aku nak ckp aku dah sahur makan byk2 , so aku rasa kenyang sgt la . hikhikhik .
so, lama gak la aku siap keje tuh sbb kan dah pukul 3 ptg baru aku pegi membersihkan tubuh badan yg bau ape ntah ! haaa.. bau ni la 'ajax fabuloso' . *style sebut macam dalam iklan tu* hahahhaha. eh , kawan . aku gurau je tau, korgg igt aku mop lantai sambil mop diri aku ke ? wekkkk ;p haha .

Then, da siap-siap wangi bagai . damn ! tangan aku kasar ! ohhh no! *takbolehterima* :D
haha . xdelah . ade pe hal dgn tangan kasar beb . kau ada ? hikhikhik.
pastuuu..pastuuu..pastuuuu.. ZZZzzzZZzzzZZZzzzZZzzz. tido la jap. ngantuk sgt ye pun . hihi .

jadi , esok nak sambung kemas lagi . kita kemas dapur lak ya! dapur mmg tempat yg paling kotor sekali dalam rumah sbb ia bermain dgn minyak-minyak . haa! kita masak-masak kat dapur kan? so, die punya asap-asap, minyak yg terpecik-terpecik tu, terpecik la kat mana-mana. hehe . dgn tingkap-tingkap sekali ada minyak tau . sinki-sinki tu , mmg esok habis kene sental dgn aku . hukhukhuk . ohh tangan . pls behave . wawawwawa. gler sengal aku, mcm selalu je buat keje ek . hakhakhak .

tapi kan. mmg musim raya, kita kene kemas rumah kan . maksud aku, seluruh pelosok rumah kan sama ada yg tersembunyi atau tak . hehe . igt main nyorok-nyorok ke . adehh .
so, selamat mengemas ye ! :D


Friday, August 19, 2011

Tanya Aurora

Assalammualaikum w.b.t :)

hye semua ! haaaa.. antara korg korg ni mesti ada yg follow blogger terhebat yg femes meletop da boomm tu sape lagi kan kalau bukan En.Ben Ashari ! what ? korg tak kenal dia ? eh normal tak eh ? sbb waktu aku first time terjebak dlm dunia blogger pun aku mane kenal dia . dah lama-lama baru tau, tu pun tak follow terus . Then, bila tgk blog list kengkawan semua ada follow dia, barulah aku terhegeh-hegeh nak follow . Ni ha, nak ckp sikit . td ada baca entri die yg bertajuk blogger giler follower , ha, klik kilik ! g baca sat . Ok. aku rasa kan aku nak komen kat sini jela eh . hee.

well. I do want to make a confession that I was among the 'blogger' who was crazy abt 'follower' when I was started to create a blog . yes I am . so what ? I believe everybody would have same kind of 'that' behaviour .
TAPI . ianya cuma permulaan shj . yela . nak mencari follower . takkan la nak biarkan jumlah pengikut tu sikit sgt kan mcm 4-5 org cam tu . agak-agak la. masa tu mungkin digalakkan utk mencari follower . Permulaan yg bgs dgn mencari kenalan-kenalan mcm kawan2 yg kite kenal, sedara mara, cikgu-cikgu ke kan . dari situ kite boleh melebarkan lagi sayap kita . *over* :D
I am not very prefer to do such a blogwalking . Definitely not ! But there is a time when I am really bored until I dont know what else I can do , then I would choose to do it .

Rata-rata mereka yg berblogwalking tu akan tinggalkan link mereka . good! yela, btol la tu . bila dah tinggalkan link, ade pula pesanan mereka . "singgah sini , sila balas singgah" , "done following u, do follow me back" , " lawa blog, sila follow" , " jalan-jalan baca entri , jgn lupa follow" .
hehe . ade juga yg cuba menipu di alam maya " da follow awak, sila follow balik" . last-last aku check, haprak pun tak dak ! tipu leteeww.. *masa followers sikit boleh lak nk check kan* hihi .
Bagi aku , mereka yg ikhlas nak follow blog aku , tak semestinya aku akn follow blog dorg ! tu mmg cara aku . aku tak amalkan gaya ' I follow U, U follow me' . tak ! sama juga, blog yg aku follow, aku tak mengharapkan dorg follow blog aku balik . takde istilah 'paksaan' di situ . pada aku , biarlah mereka ikhlas utk melakukannya . *tapi kalau utk kawan2 yg rapat dgn aku, mmg aku paksa dorg follow! hahahaha* sbb pada aku , kalau follow pun , tp tak pernah baca entri kita nak watpe kan . thats y aku follow blog yg mmg aku akan setia baca entri mereka!
Lagipun, blog yg aku follow dah tentulah dalam kalangan kawan2 aku juga , aku suka baca kisah-kisah kehidupan dorg .pastu follow la blogger2 yg dah mmg femes kan, bukan takat femes je, entri pun nak kene menarik perhatian , yg kelakar, unsur nasihat dan sebagainya .

So, ape yg En.Ben tulis tu mmg 100% aku setujuuuu .. weeee~ haaa. one thing that I curious the most kan , die keje pe ek ? bukan pe, dlam satu hari tu kan, die boleh update entri sampai 10-20 kali . Timeline aku mmg penuh dgn entri dia . tak kira lah pagi, siang, petang, malam, tgh malam, die mmg ade update ! urm . byk masa dia nak menghadap laptop 24 jam kan .. fuyoooo .. kau mampu ??? aku pun tak mampu beb . sehari satu entri pun kdg -kdg tak mampu nak buat . *kihkihkih*


p/s : *janganambilhatiya* chill. #okbai .

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya .. Posto ..Posto ..

Assalammualaikum w.b.t :)






Yeay yeay ! dpt kad raya! dapat kad raya ! *flashback 7 tahun yg lalu* sobsobsob . masa umur 13-17 tahun , bila dah nak menjelang raya, lebih kurang 2 minggu dah nak raya, lebih kurang la . ktorg selalu berbalas-balas kad raya . jiran2 pun . bersemangat asyik nak jengah peti surat je, mesti ada kad raya ! hee . masa tu, bila dpt, alangkah seronokkknyer :D
paling tak boleh nak lupa time form 3, haaa..masa tu kan dah hbs exam PMR , so dtg juga sekolah lepak2 main2 bagai . so , bila nak cuti raya tu , masing2 bg kad raya, pastu balas-balas. yg kelakar nya, antara budak2 yg xpernah nak bg kad raya pun sibok nak bagi . tak kisah lah jantina ape kan . huhu . yela. nanti takut xdpt jumpa lagi , masing2 nak pindah sekolah kan . hurmm..
so, tiap-tiap tahun , bila nak raya, aku mesti tengok dan baca balik kad-kad raya yg diberi masa dulu-dulu . dah berkepuk, byk jugak la tak terkira berapa byk, malas nak kira , aku simpan dari tahun-tahun lepas punya . alahai, rindunye zaman sekolah dulu . serius ! :D bila baca balik, ade ketawa ade rasa lucu . haha. yela, tulisan dan bahasa budak2 sekolah, tak matang ! ;p
tapi, bila usia makin meningkat , aku rasa sejak 2 tahun ni , dah xde kad raya dah ! sorangg pun tak dak yg bg . *sedih. hikhik . ohhh yela, zaman sekolah xde hp ! *tipu* . haha . sekarang semua org ade hp, ade fb . sekarang semua org nak wish raya pakai sms, forward sms, update status , tag-tag nama bagai . huhuhuh . mudah kan ? tak yah bazir duit nak beli kad raya lagi . tp, still aku rasa rindu nak dapat kad raya !! wahhhhhh .. :DD
yela, kad raya ade kaler-kaler, comel-comel , sms pe yg ade, hitam putih je , fb pe yg ade, kaler biruu jer. ah bosan ! *hikhik* *kalerkalerlagimcmbudakbudak* *takmatang* hee.

jadi , raya lagi seminggu lebih kan ? wajar tak aku hadiahkan korg kad raya ni ??? yg kat atas ni ? comel tak ? hehe . aku bg special nyer utk pembaca-pembaca setiaku , dear followers , dan juga sahabat-sahabat di luar sana . hehe .
Tarikh rasmi utk ucapan raya . nanti dulu !!! tungguuuu .. *okbai*