Followers

Monday, July 23, 2012

Short Semester

Assalammualaikum w.b.t :)

Apa khabar saudara saudari ? dah lama tak menjenguk blog ni . sedih :'( sebab ditinggalkan kesepian. hikhik . OK entri kali ni nak cerita pasal short semester lah . hurm hurm . disebabkan 1st time ever buat shortsem kali ni , masa 1st year dulu tak buat, sbb rasa awal sangat kalau nak buat, lagi pulak masa tu ada masa 4 bulan bercuti , so lebih baik kot buat perkara lain contohnya amik lesen kereta . :) haaaa. betul tak betul tak? apa?? apa?? belajar masak ? hurm hurm. sebenarnya perkara tu sgt sensitip tau bila aku dgr. bila nak belajar masak ? bila? bila? but dont get me wrong, bukan lah aku ni 0% ok bila masuk dapur. ada lah input , tapi takdelah 100%. kadang2 kan. mseti ibu nak dengar kata kata magic dari mulut aku ni "ibu, nak belajar masak !! nak masak !" hahahhaha. silap pengsan ibu bila dengar anak dara betul2 nak belajar masak . well . bukan malas. tapi minat tu tak kesampaian lagi . tolong ibu bila kat dapur tu wajib lah. tolong kupas bawang , tolong siang ikan, dan sebagainya bab bab ringan aku boleh buat lah . tapi bila tang masak, aku tolong campak2 bahan dalam kuali tu, aku tolong kacau2, tapi aku tak ingat pun step2 dia. nak masuk apa dulu, lepas tu apa, apa dan apa. HAHA. dan kalau nak tau, benda yg mmg harus ibu suruh buat cuma lah masak sayur. itu senang tahap cipan . HAHAHA. apa2 sayur jela itu insyaAllah . yg lainnnn tu aduhaiiii bilaaa ekk cik dianaaa oii . maybe lah maybe, bila dah sampai seru nak kahwin esok, baru terbuka hati nak belajar. :p hikhik . eh dah kenapa melalut dari topik asal ni . huh =.= 
Haaa. oh shortsem bagaimana ? best ? bosan ? sedih ? happy ? ok sejujurnya shortsem best lah . well mmg aim setiap student yang buat shortsem tu nak dpt A++++ utk subjek dia amik tu . sebab boleh fokus more . tak payah pening2 nak baca byk subjek . itu salah satu kebaikan . so utk shortsem kali ni, aku amik 2 subjek, iaitu workplace communication dgn kesihatan mental . workplace tu kelas english lah senang cakap mcm mana nak adapt dgn workplace nnt . Kesihatan mental pulak mmg tak silap lah aku amik subjek ni . sbb mmg best . byk pengetahuan pasal mental health ni kita boleh tau dan secara tak langsung kita boleh sedar ianya berlaku dalam setiap manusia walaupun yang normal . haaaa scary bukan =.= hehe.
Tapiiii. yang sedihnya di bulan bulan Ramadhan ni cafe kolej aku ni mmg nak cuti berniaga sebulan lah gitu . ada ke patut . ish tak patut . so nak beli juadah berbuka kena lah pergi bazaarr ramadhan tu . mmg lah semua org ada transport kan nak pergi . huh =.= pastu alternatif lain adalah dengan berbuka puasa di masjid UKM. haaa ni 1st time berbuka kat masjid semalam. Heaven tau . sebab nasi+lauk dia seumpama sedang berbuka puasa di rumah . haaa. kat situ dah boleh jimat duit . makan free lagi pulak di rumah Allah yang serba indah tu :) 
Shortsem ada sikit bosan itu sebab rata2 budak2 ni pergi buat part time job . hhuhu . masyuk dpt duit . sikit pun jadilah janji masuk . best pulak dgr budak2 ni pergi kerja sana kerja sini dpt gaji berpatutan. aku ? ala, tiap2 minggu rasa nak balik , acane nak kerja weekend kan . shortsem bosan tapi busy . haaaa kena tau tu . shortsem ni cuma ada 7 minggu shj . dan skrg dah masuk minggu ke-4. ada lagi 3 minggu . so dalam 7 minggu tu, semua benda nak kena cepat, nak kuiz, nak presentation, nak assgnments lagi . huh bernafas kejap! tapi so far aku ok je. boleh terlebih tidoo lagi . haha !
OK. sekarang musim demam ekk ? aku demam masa balik menyambut ramadhan minggu lepas . tiba2 je takde angin takde ribut tetiba badan panas . pastuu kawan2 pun ada yang demam . hurm hurm . byk2 rehat ya, semoga cepat sembuh :) 
Sekian saja coretan kali ni . ohh ya ! minggu ni tak sabar nak tunggu anisa dtg sleepover ! kitaorg nak shopping raya !!! heeeeee :D 

#okbye.