Followers

Friday, December 28, 2012

Final exam 2012

Assalammualaikum w.b.t :)

well hello ~! Final exam is just around the corner . by the way for this sem, i just have two paper? youu jelly much ? nanananana . hiks~ *apahall gedik semacam* . bila terlalu byk paper, dan terlalu sikit gap pun nak mengeluh, bila terlalu sikit paper tapi terlalu banyak gap pun nak mengeluh . haih manusia tak pernah nak bersyukur . hurm. This is my second last sem in ukm. dalam hati tak sabar nak grad, tak sabar nak praktikal, x sabar nak kerja~! tapi cuak nak menghadapi hari viva , cuak dan bla bla bla. Terasa cepat masa berlalu kan kan. oh ye lagi beberapa hari nak masuk new year dah 2013. wow~! seriously im turning into 22 ? not yet~! but will be officially turn into it on my birthday ~! yeahhh  *lambat lagi seyhh* wow. makin tua beb not makin muda. alahaiiii~! bila orang nak datang meminang aiiii ni . huuuuuuu ^.^ 
Makin tua tak kisah, tapi yang kisah amalan kita tu . ingat okey diana. ingat . okey . sambung study . oh ye! goodluck untuk yang akan amik exam jugak. All the best . 

p/s : xoxo diana. *eh gedik lak letak xoxo* haha

Monday, December 17, 2012

Assalammualaikum w.b.t ;)

Assalam semua :) Malam ni terasa nak post sesuatu yang berilmu yang berilmiah yang ber ber dan ber lagi . hurm .  Ni salah satu zikir yg aku suka dengar. Alunan dia. Sebutan dia. Makna dia. Subhanallah. Selalu jugak bukak dan dengar zikir ni waktu waktu maghrib . Tenang je rasa, Hayati betul2, ikut berzikir lagi , then muhasabah diri . Walaupun zikir ni zikir ' taubat nasuha', tapi tak semestinya bila kita buat dosa besar je baru boleh praktikkan zikir ni . Sama juga macam solat sunat taubat. Setiap hari kita tak terlepas dari dosa. Tak kira dosa kecil atau besar, yang sengaja atau tak sengaja. Dosa dgn Yang Maha Besar, ibubapa, guru2, kawan2 , malah makhluk2 yang hidup dan yg tak hidup di bumi ni . 



Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat .
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa.
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna.
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan.
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas.
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…


p/s : "Apa saja nikmat (kebaikan) yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana (keburukan) yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri....." [an-Nisaa: 79]



Wednesday, December 12, 2012

Bosan

 Assalammualaikum w.b.t :) 

Sebenarnya tengah bosan. jadi disebabkan insan yg bernama diana ni tersangat laaa terujaaa sbb baru terhegeh-hegeh nak download application yg canggih2 kat fon *orang lain dah lama ada dah* .
hehehe :p
bosan2 ni kita edit2 gambar . sila lah layan kebosanan saya ni ^.^










p/s :: penat la sebenarnya edit gambor ni. ade je yang tak puas hati . haha


Hijrah

Assalammualaikum w.b.t ;)


Secara rasminya saya memperkenalkan laman Tumblr saya yang baru dibuka awal Disember . 
hikhikhik :p
Jemput-jemput .
Sesiapa ada tumblr, boleh la letak link kat sini. 
insyaAllah saya follow ;)
Semoga dapat jadikan tumblr satu media untuk kita share sesuatu yang boleh membawa kita ke dunia yang lebih baik ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s :: Masih dalam proses pembinaan dan pembaikian sebab belum nampak cantik dan mantap lagi pengisiannya. insyaAllah ^.^

Tuesday, December 11, 2012

Barakallah !



Assalammualaikum w.b.t ;)


Hai ! entri yang ringkas aku rasa. last saturday, one of my bff get married ;) I was so happy for her. There was another old story, but then I thought it was not suitable to share with public. Hurm ! Tema warna biru. Iollllss mmg dah tau tema wedding tu warna biru . but then, iolllss sengaja pilih warna turqoise supaya orang tak tersalah anggap yg iollss ni pengapit dia. ahaskkk! but then, still ade orang tegur baju kaler I same dengan tema. woooot woooot. Bila terjah masuk bilik pengantin, kawan I dah siap tunggu masa nak sanding. Saat tu, serius tak tau kenapa tetiba sebak dan rasa terharu . sumpah aku control air mata time tu. hahaha! bergenang la jugak. motif ?? hehe. mane la aku tau ! haishh. sumber kata ade dua kemungkinan, 1st sebab aku lama tak jumpa dia, 2nd sebab dia kahwin dlu dari aku. hahaha! choiiiii. :P  
Kepada bff ku, sakinah. semoga perkahwinan ini kekal bahagia dunia akhirat. dan semoga perjalanan hidup akan datang sentiasa dirahmati dan dberkati Allah selalu. Amin. Dan jangan lupa, doa kan kawan2 lain supaya dipercepatkan jodoh. ecececehh.. hikhik :P 
Disini ada sedikit gambar2 untuk tontonan. kahkahkah. ayat macam ape jeee.. :D




















p/s :: yeaayyy !!! lepas ni turn siapa pulak ??? wooottt woooottt -.-

Saturday, December 1, 2012

Life is Just Begin ;)

Assalammualaikum w.b.t :)

Haiii warga followers ku yang seramai 115 orang ni . Ehem ehem. alaaaa rasanya dalam 115 orang ni rasanya 2-3 kerat je yang jenguk blog ni ye tak ?! haha. jangan risau, mmg aku pun spesis macam tu jugak! hoho. well takde ape sangat nak dihebahkan di sini. kahwinnn lambat lagii . kalau dah kahwin nanti, aku janji akan buat entri khas dari A-Z special untuk korggg! yiheaaaa. bajet femes je nak buat macam tu. ahaksss! :D
So just nak bgtau. Dari friendster menuju ke mySpace. layan tak lama sangat terus berhijrah ke Facebook. Facebook sangat public dan terasa mencapub, kita beralih ke twitter ! twitter ni disadvantages dia, bila kita sedang beremosi, kita akn tweet secara lebih lebih dan beremosi. Bila da tenang, baca balik tweet tu rasa macam bodoh. serius ni serius. Twitter tak mencapub tapi syok sendiri ! yeahhhhh ! :D Dan twitter pun senang rasa annoying weiiiii. Annoying kalau 24/7 nak bercerita pasal 'heart feeling' . cinta sana cinta sini. booooooooooooo. tweet sikit sikit sudah. kalau kat Timeline tu 24/7 nama kau je, kalau tweet best2 takpe gak, ini balik balik nak bgtau kat semua orang kisah bahagia kau dengan teeeetttttt. Kalau dah kahwin aku tumpang happy gak laaa. iniiiiiiiii? nyampahhhh puiiiiii. orang2 mcm ni mmg nasib laaa kena unfollow dengan aku. padan muka :P mmg aku ni jujur dan pedas. so what ?? nak cakap aku jealous? no la. buat pe nak jealous. jealous dengan annoying tu DUA perkara yang berbeza. Take Note -.-
So sekarang ni sebenarnya dalam proses berjinak jinak dengan Tumblr. Dulu bila tgk orang main tumblr rasa mcm bosan sebab post gambar. But picture tell the story right. so x payah nak bebel byk2 , tgk gambar je dah tau isi kandungan dia. hurm. Jujurnya, bila spend time tgk gambar2 tu sekaligus buat kita muhasabah diri . I mean those pictures yang cakap pasal 'kesedaran' laaaa. lebih lebih lagi ke arah Islam :) So. tumblr saya belum siap, belum bersedia nak share link kat kengkawan. haha. nanti nanti laaa erkk. Hidup sekarang makin lama makin byk berubah, kelakuan, penampilan, percakapan, perasaan, kasih sayang bla bla bla bla. Diri ni sedang berusaha untuk menuju ke arah yang diredhai-Nya dan semoga perjalanan hidup yang akan datang sentiasa diberkati Allah. Amin. 

Friday, November 2, 2012

Fikir Sejenak

Assalammualaikum w.b.t :))

Kawan yang sebenar-benar kawan adalah yang berterus terang, walaupun apa yang terucap dari kata-katanya pahit, kasar dan pedas. Kita harus mengaku, sebagai manusia kita tak suka dengar keburukan diri sendiri, tapi lebih suka dengar kehebatan kita, lebih-lebih lagi bila dipuji orang lain.
Kita tak tahu di mana sempadan diri kita. Kita tak tahu macam mana perangai kita. Hanya kawan-kawan yang boleh melihatnya dari luar, kerana mereka melihat apa yang mata kita tak nampak.
Untuk membuat penilaian diri, cara terbaik adalah menyuruh orang lain menilai diri anda, perbuatan anda, kata-kata dan perangai Anda. Anda tak mungkin menilai diri sendiri, kerana anda akan terdorong berbohong dan menipu kebenaran.


p/s :: copy paste ayat fb dari mentor matrik saya dulu. ada benarnya kata2 ni. tapi lumrah manusia tak suka terima yang buruk . dan takut menerima kenyataan. hurm. fikir-fikir.

Sunday, October 7, 2012

Kenangan Terindah 5&6 Oktober 2012 :)

Assalammualaikum w.b.t :))

Kehadapan saudara saudari yang dikasihi sekalian . Sudah lama beta tidak meluangkan masa bersama blog beta yang lawa ni. haha. Tanggal 5 Oktober adalah hari lahir saya. Seperti mereka dan yang lain-lain, semestinya hari lahir adalah hari yang ditunggu-tunggu . Hari kita dilahirkan ke bumi. Saat keluarga dan rakan-rakan mengucapkan kalimat ' happy birthday', 'selamat hari jadi' , pastinya diri ini akan tersenyum gembira. Sukar nak tafsirkan perasaan itu, tapi sebenarnya bukan mengharapkan sangat orang wish, cuma terasa dihargai dan disayangi setiap kali tiba hari lahir. Ibu adalah orang yang pertama akan diingati setiap kali tiba 5 Oktober. Mestilah sebab ibu lah yang lahirkan saya dalam dunia ni. Tanpa ibu dan daddy, maka tiadalah insan bernama Noor Diana binti Nasruddin Tay :)
Jadi, di kesempatan ini, saya nak kongsi beberapa peristiwa atau kenangan yang tercipta pada hari tersebut.
Saya ni sebenarnya kalau nak tahu, memang lah teringinnn sangat nak kek birthday . sebab kalau nak diingat balik, last birthday sambut dengan kek ni bila umur saya budak-budak dulu . hurm tapi tak ingat lah umur masa tu . lepas tu, sejak dah besar ni , dah takde dah kek birthday ni . dah jarang nak celebrate. Biasanya, hari lahir saya jatuh pada hari yang saya takde kat rumah. jadi, Kebarangkalian nak celebrate dengan family tu sangat tipis. Al-maklumlah, sibuk mencari ilmu. hehehe. Tanpa diduga, impian saya menjadi kenyataan bila geng coursemates telah berjaya membuat surprise pada malam tersebut. Airmata kegembiraan terus mengalir dengan derasnya sambil berpelukan dengan mereka semua. Perasaan malam tu bercampur baur. Ada gembira, sedih, terharu, excited, terkejut dan bla bla bla bla. Memang tak disangka dan tak pernah terlintas pun dalam fikiran ni nak celebrate birthday dengan sesiapa. hurm sedih je bunyi . hahaha. Allah telah menghantar kawan-kawan saya untuk menggembirakan hari saya. Allah sangat sweet . terima kasih Allah . Semua itu takkan terjadi kan jikalau Allah tidak mengizinkan. yela. manusia cuma merancang, tapi Allah yang tentukan . Perkara yang baik disertakan dengan niat yang ikhlas pastinya dibantu oleh-Nya :)



Dengan ini, saya Noor Diana ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ketua program, Anisah Sani, dan AJK-AJK nya - Ratu, Ayu, Fieqa, Zaidek, Wahidah, Fatin Ezzati, Fatin Syafiqah, dan Intan. Dan ada lagi seorang Ezzah. Walaupun dia tidak bersama malam tu, tapi ingatan terhadap dia tetap ada. cehhh wahhhh. :) Semoga persahabatan ini dilindungi dan kekal dunia akhirat. 
I LOVE Uollssssssssssssss. muahhhhhhh <3 p="p">


Kita beralih pula ke segmen seterusnya. jeng jeng jeng. hehe. Jadi keesokkan hari pula pada 6 Oktober 2012, kami telah berangkat ke Port Dickson. Plan nak ke PD ni dah dibuat sejak seminggu yang lepas. Saja nak habiskan masa bersama geng . Lagipun jarang kami berkumpul sama-sama dan buat aktiviti sama-sama. Masing masing ada program sendiri, busy itu busy ini. hurm hurm. Jadi rombongan melibatkan dua kereta, sepuluh orang. Best uollllssss. Walaupun PD jeee *eleh mesti ada orang nak kutuk ni*, haha, yang nak ditekankan kat sini adalah ukhuwah sesama geng. ada faham? huhu. Untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan antara kami . Itu adalah objektif utama kenapa kami bersusah payah rancang trip ni . 
so here uollsssss.. let the pictures tell the story !! :D




















Kenangan bersama mereka takkan dilupakan. It was really a wonderful and enjoyable day . :)

p/s : Ezzah pun tak join masa ni. banyak betul alasan makcik . dating je kejee dia. hahaha :D okbye terima kasih daun keladi :)

Tuesday, September 18, 2012

RESEARCH PROJECT

Assalammualaikum w.b.t :)


TAJUK TESIS :: Kesan Sebatian Zwitterion, Betain terhadap Glutamat Dehidrogenase bergantung NADP+ daripada Organisma Halofilik, Halobacterium Salinarum strain NRC-36014.

Halobacterium Salinarum

# Doakan saya dan rakan2 seperjuangan tabah dan sabar dalam mengharungi cabaran di tahun akhir ini dan semoga tesis dan eksperimen kami dalam penyelidikan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah . Amin :)) 

Monday, July 23, 2012

Short Semester

Assalammualaikum w.b.t :)

Apa khabar saudara saudari ? dah lama tak menjenguk blog ni . sedih :'( sebab ditinggalkan kesepian. hikhik . OK entri kali ni nak cerita pasal short semester lah . hurm hurm . disebabkan 1st time ever buat shortsem kali ni , masa 1st year dulu tak buat, sbb rasa awal sangat kalau nak buat, lagi pulak masa tu ada masa 4 bulan bercuti , so lebih baik kot buat perkara lain contohnya amik lesen kereta . :) haaaa. betul tak betul tak? apa?? apa?? belajar masak ? hurm hurm. sebenarnya perkara tu sgt sensitip tau bila aku dgr. bila nak belajar masak ? bila? bila? but dont get me wrong, bukan lah aku ni 0% ok bila masuk dapur. ada lah input , tapi takdelah 100%. kadang2 kan. mseti ibu nak dengar kata kata magic dari mulut aku ni "ibu, nak belajar masak !! nak masak !" hahahhaha. silap pengsan ibu bila dengar anak dara betul2 nak belajar masak . well . bukan malas. tapi minat tu tak kesampaian lagi . tolong ibu bila kat dapur tu wajib lah. tolong kupas bawang , tolong siang ikan, dan sebagainya bab bab ringan aku boleh buat lah . tapi bila tang masak, aku tolong campak2 bahan dalam kuali tu, aku tolong kacau2, tapi aku tak ingat pun step2 dia. nak masuk apa dulu, lepas tu apa, apa dan apa. HAHA. dan kalau nak tau, benda yg mmg harus ibu suruh buat cuma lah masak sayur. itu senang tahap cipan . HAHAHA. apa2 sayur jela itu insyaAllah . yg lainnnn tu aduhaiiii bilaaa ekk cik dianaaa oii . maybe lah maybe, bila dah sampai seru nak kahwin esok, baru terbuka hati nak belajar. :p hikhik . eh dah kenapa melalut dari topik asal ni . huh =.= 
Haaa. oh shortsem bagaimana ? best ? bosan ? sedih ? happy ? ok sejujurnya shortsem best lah . well mmg aim setiap student yang buat shortsem tu nak dpt A++++ utk subjek dia amik tu . sebab boleh fokus more . tak payah pening2 nak baca byk subjek . itu salah satu kebaikan . so utk shortsem kali ni, aku amik 2 subjek, iaitu workplace communication dgn kesihatan mental . workplace tu kelas english lah senang cakap mcm mana nak adapt dgn workplace nnt . Kesihatan mental pulak mmg tak silap lah aku amik subjek ni . sbb mmg best . byk pengetahuan pasal mental health ni kita boleh tau dan secara tak langsung kita boleh sedar ianya berlaku dalam setiap manusia walaupun yang normal . haaaa scary bukan =.= hehe.
Tapiiii. yang sedihnya di bulan bulan Ramadhan ni cafe kolej aku ni mmg nak cuti berniaga sebulan lah gitu . ada ke patut . ish tak patut . so nak beli juadah berbuka kena lah pergi bazaarr ramadhan tu . mmg lah semua org ada transport kan nak pergi . huh =.= pastu alternatif lain adalah dengan berbuka puasa di masjid UKM. haaa ni 1st time berbuka kat masjid semalam. Heaven tau . sebab nasi+lauk dia seumpama sedang berbuka puasa di rumah . haaa. kat situ dah boleh jimat duit . makan free lagi pulak di rumah Allah yang serba indah tu :) 
Shortsem ada sikit bosan itu sebab rata2 budak2 ni pergi buat part time job . hhuhu . masyuk dpt duit . sikit pun jadilah janji masuk . best pulak dgr budak2 ni pergi kerja sana kerja sini dpt gaji berpatutan. aku ? ala, tiap2 minggu rasa nak balik , acane nak kerja weekend kan . shortsem bosan tapi busy . haaaa kena tau tu . shortsem ni cuma ada 7 minggu shj . dan skrg dah masuk minggu ke-4. ada lagi 3 minggu . so dalam 7 minggu tu, semua benda nak kena cepat, nak kuiz, nak presentation, nak assgnments lagi . huh bernafas kejap! tapi so far aku ok je. boleh terlebih tidoo lagi . haha !
OK. sekarang musim demam ekk ? aku demam masa balik menyambut ramadhan minggu lepas . tiba2 je takde angin takde ribut tetiba badan panas . pastuu kawan2 pun ada yang demam . hurm hurm . byk2 rehat ya, semoga cepat sembuh :) 
Sekian saja coretan kali ni . ohh ya ! minggu ni tak sabar nak tunggu anisa dtg sleepover ! kitaorg nak shopping raya !!! heeeeee :D 

#okbye.

Wednesday, June 20, 2012

Sahabat Sejati

Assalammualaikum w.b.t :)

SAHABAT

Ku biarkan kalam berbicara,
menghurai maksudnya di jiwa,
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi..
Ku biarkan pena menulis,
meluahkan hasrat di hati,
moga terubat segala keresahan di jiwa tak pernah ku ingini..
aku telah pun sedaya tak melukai hatimu,
mungkin sudah suratan hidupku,
kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca,
oh teman maafkanlah diriku..
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan ,
untuk menempuhi dugaan ini,
teman maafkan jikaku melukaimu,
moga ikatan ukhuwah yang dibina , 
ke akhirnya. 
Aku tidak kan berdaya menahan hibanya rasa,
kau pergi meninggalkan diriku,
redhalah apa terjadi usahlah dikau kesali,
mungkin ada rahmat yang tersembunyi. 



p/s :: oh seriously if korgg semua dengar dan hayati lagu ni beserta liriknya, sudah tentu korggg akan nangis se nangis2 nya. yeahh everytime aku godek2 list list lagu dalam laptop ni, mesti akan terjumpa lagu ni dan dengar. pastuuu sobs sobs sobs !!!!!! :)) saya sayang kawan kawan kerana Allah :) me love u olls so much ! *hugs*

Friday, June 8, 2012

Permainan Psikologi


Assalammualaikum w.b.t :)


Secara asasnya, psikologi mengkaji sesuatu yang sukar dinilai, diperiksa dan di’kira’ iaitu minda & tingkahlaku manusia. Termasuk dalam kajian ini adalah emosi, personaliti, jiwa, watak serta ’fe’el’ manusia secara individu mahupun kelompok.

Walaupun semua yang dinyatakan itu amat sukar untuk diletakkan nilai atau ’weight’disebabkan pembolehubahnya terlalu pelbagai, ahli psikologi dan ’human science’ cuba bersungguh-sungguh untuk menetapkan piawaian khas bagi ’mengira’nya….



Si A : wehhhh.. stress dowhhh baca ni x masuk masuk pun . aku tidooo je dalam bilik . cuak gile nak jawab paper ni ..
si B : wehhh sama wehhh !! high-5 !! aku lagi lah rasa nak muntah semua ada, nak baca dah tepu xleh nak masuk dah.. aku pun keje dok makannn tidooo makan tido .. aku malas pikir dah tawakal jela.. 
si A : oriteeeee.. sama sama eh tawakal .. 

dalam exam hall .. 
Si B menjawab paper dgn bersungguh-sungguh tak berhenti siap buat gaya tangan lengoh bagai siap minta extra kertas nak jawab soalan yang tak cukup ruang ni .  si B mula menanya kan jam pukul berapa menunjukkan dia x sabar nak keluar exam hall. Si B keluar exam hall dgn muka puas hati nya ...

si B : wehhhhh susahhh gilerrr soalan ! apa jenis soalan ntah lecturer ni bagiii.. pusing kepala otak memikirkannya.. argghhhh tension !
si A : tuh lah kan. aku main jawab je weh xtau lah betul ke tak.. bukan baca pun kan..
Si B : a'ah wehh sama lah aku x baca pun .. lantak leee..haha

bila dah dapat results , si B lulus dgn cemerlang nya A++++ .. 

kawan-kawan :: 
motifnya di sini . tak usah lah kita menunjukkan perbuatan yang 'psiko' tu di hadapan kawan2 kita. takde faedah pun . mungkin si dia tak perasan pun dia tu sebenarnya tgh 'psiko' org. tapi bila dah selalu terjadi, org akan rasa annoying weh .. kita pulak yang telah di 'psiko' oleh org tu akan berasa sangat sedih weh. sangat sentap dan gelabah . rasa tergugat wehh .. serius !! 
seumur hidup aku xpernah lagi jumpa org org yang kuat psiko ni weh .. tetiba boleh terjumpa plak dgn seseorg ni . pehhhhh psiko !!!!! dia tak psiko aku directly , tapi dia psiko org sekeliling aku, dan aku pun terkena lah sekali .. dan nak tau tak ? aku rasa sentap sangat . ye sentap ! okbaiiiiii . 



p/s :: ada hamba Allah cakap '' AKU DAH TAK KISAH DAH USAHA ORG LAIN MCM MANA TAHAPNYA, AKU KISAH TAHAP AKU, AKU TAU DIRI AKU MCM MANA, TAHAP USAHA AKU MCM MANA" .. tp walaupun begitu , psiko tetap melekat di hati . sentap tetap ada. sekian . 

Friday, May 25, 2012

Main Tarik Tali

Assalammualaikum w.b.t :)


Saudara saudari cikeboom cikeboom . Pernah dengar istilah main tarik tali dalam konteks 'love love' ? well. main tarik tali ini adalah sejenis permainan di mana ada dua kumpulan yang berusaha menarik tali ke arah yang bertentangan , kalau kumpulan mana yang berjaya menarik sampai kumpulan lagi satu tu jatuh ! jengjeng!!! kumpulan yang tarik tu menang !! yeayyyy! aku pernah tau test main , peh mmg memerlukan tenaga yang banyakkk!! tak larat aku . kahkahkah . 
tapi disini kita fokuskan tajuk entri dalam konteks perhubungan. senang cakap yang sedang bercinta lah eh . korg pernah tak alami main tarik tali dgn pasangan korg ? ala bak kata elyana dalam lagu main tarik tali tu . haa serupaa lah tu maksudnya . Main tarik tali biasanya kita lihat bila pasangan tu bergaduh . contohnya bila gaduh , kedua-dua encik hensem dan cik gorgeous tak nak mengalah . ok2. kita senang cakap , ego lah ego . haaa gituuu .. banyak kita boleh nak huraikan ni . haha . contoh lagi . bila kita rindu dengan pasangan kita kan. tapi kita ego sikit, kita taknak contact dia dulu, kita nak pasangan yang mulakan dulu kan . asyik asyik kita je yang mulakan mana adil ! haha. then, dalam masa yang sama, pasangan kita tu pun sebenarnya tunggu kita yang contact dia dulu . acane tu ? kalau dah kedua-duanya sambil menunggu dan ego , takkan ke mana . tapi percaya atau tidak, salah seorg akan mengalah beb. dan kalau nak tau ni ni kaum kaum wanita ni lah yang selalu mengalah ! betul tak cik cik sekalian . senang cerita lelaki mmg takpernah nak mengalah lah . geram pulak kita tengoknya. haha. 
pernah dengar atau baca ayat ni " EGO ni akan musnahkan suatu perhubungan, apa kata kita buang O, dan kita let it GO" . best kan ayat ni ? me gusta mucho ! ahha. senang je nak tafsirkan ayat ni . bila pasangan tu ego , mmg betul akan buat gaduh . bila ego tinggi melangit, ohhh he/she cannot stand anymore! lantas gaduh besar kutuk caci maki, akhirnya putus di tgh jalan . kuangkuangkuang. 
lelaki mmg famous dgn sifat ego dia weh . aku pun xtau lah kenapa ini lah sifat semula jadi lelaki eh ? hurm . tau tak ego tu sikap yang paling aku tak gemar . no me gusta nada ! haha.
kita ni orang perempuan lebih suka berdiam diri . kadang2 berdiam diri tu bermaksud marah/merajuk . tapi kadang2 diam jugak bermaksud menangis dalam senyap sebab hati terluka. cehhh wahhhh . ni byk buat research ni . hehehe. tapi betul lah tu . orang perempuan ni kalau dia rasa sedih sangat bila hati dilukai, tu maksudnya dia serius lah tu kan . ecececeh .. no more love monkeys here . no more. 
paling kita meroyan bila pasangan kita tu IGNORE je kita. buat dekk je. buat tak layan . ahh masa tu rasa mcm nak pergi tikam terus. hahahha. *over* . you know what . lelaki pun ada musim 'period' dia. bila musim tu datang, jangan lah kacau dia. maka kita cuma tambahkan serabut dia je . pelik aku lelaki ni . lelaki dgn perempuan sangat berbeza kan . tapi walau berbeza pun lelaki dgn perempuan saling memerlukan antara satu sama lain . I was just thinking , if kaum lelaki dilahirkan di dunia ni untuk melindungi kaum wanita, mengapa wanita perlu disakiti ? dilukai ? renung renung kan selamat beramal . :))

Thursday, May 24, 2012

La Tahzan

Assalammualaikum w.b.t :)







Hidup dekat muka bumi hak Allah ni penuh dengan segala cabaran, dugaan, ujian dalam kehidupan seharian . Siapa sangka, dalam sehari, ada saja kejadian/peristiwa yang mengembirakan, namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari . haaa amik! ntah apa peribahasa aku guna. hikhik . ok2. entri kali ni serius. sila baca dgn nada yg serius. 
Sebagai seorg manusia dan juga hamba Allah, kita mmg tak terlepas dari sebarang ujian dari-Nya. Setiap org kat muka bumi ni pasti ada masalah tersendiri dan ianya berbeza-beza dari segi keadaan, situasi, tahap ujian antara manusia . Dan sudah pastinya setiap ujian itu mmg ada hikmah yang Allah akan sampaikan. Cuma kita taktahu apa dia, bila, dimana, mcm mana dan bagaimana . Hanya Allah sahaja ada jawapannya . 
Aku juga merupakan seorg insan biasa yang lemah di sisi Allah . Sering kali merasa diri tersepit dalam situasi yang menyakitkan. Sejak kecil lagi, diri ini sudah pun diuji oleh Allah, bezanya dulu dengan sekarang, dulu masih kecil, masih tidak tahu apa2, nak solat ? jahilnya aku ketika dulu sehingga terlalu abaikan suruhan Allah. Apabila diri ini yang seusia sembilan tahun menghadapi masalah keluarga yang begitu berat sekali utk aku pikul , dan ketika itu umur semuda itu masih terlalu dan tersangat jahil . usahkan mahu solat, malah sering kali lalai untuk hanya mengingati Allah yang Esa. Ketika diri dihimpit dengan situasi yang menyedihkan , lantas diri ini menyalahkan takdir Allah, tidak redha dan mempertikaikan perjalanan hidup yang Allah aturkan . Aku berada dalam 'situasi' tersebut selama bertahun-tahun nya. walaupun perkara sudah berlalu, diri ini masih dan tetap menyalahkan Allah kerana diberi kehidupan yang sebegini . kebahagiaan yang dikecapi waktu kecil tidak bertahan lamanya sehingga kebahagiaan tersebut diragut oleh suatu kejadian yang tidak terduga sama sekali . ketika itu , aku sentiasa berkata kata bahawa 'macam ni ke Allah sayang hambanya' ? , 'kenapa Allah buat semua ni ' ? 'kenapa Allah tarik semua kebahagian aku'? 'kenapa Allah hancurkan harapan dan impian aku' ? sewaktu umur sembilan tahun . sembilan tahun masa tu hidup aku bagaikan kosong . sentiasa dalam keadaan yang murung, sedih, tertekan . Bermula dari kejadian itu , kehidupan makin tak seronok, dan sejak kejadian itu sehingga lah saat ni , aku dah kehilangan 'kebahagiaan' tersebut . Nak diberitahu betapa jahilnya diri ini ketika dulu, mmg aku tak solat . lima waktu tak pernah solat dengan tanpa rasa berdosa. Tetapi, apa yang boleh aku katakan disini , walaupun diri ni tak solat, aku tak pernah bersikap sosial atau liar. tidak sama sekali . aku masih menjaga batas pergaulan, masih menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik akhlaknya. Syukur pada Allah . Satu perkara yang aku simpulkan di sini, walaupun Allah ragut kebahagiaan aku , tapi Allah tetap sayang aku dengan cara Allah tak sesatkan aku, Allah tak izinkan aku terpesong dari agama, Allah tak bawa aku ke jalan yang tidak benar, Allah beri dan hantar kepada aku kawan-kawan yang baik, kawan-kawan yang membawa kita ke jalan yang benar.... syukur kepada Allah . ini merupakan perkara yang selalu aku ingat . bayangkan kalau aku ni sosial, liar ??? atau jadi seorg remaja yang seperti remaja-remaja sekarang ni . jual maruah diri ? bohsia? minah rempit ? hisap dadah ??? mohon ya Allah jauhkan semua perkara yang tidak baik ni . 

Semakin diri ini membesar dan meningkat usia dari tahun ke tahun , diri ini banyak belajar dari kesilapan. Allah beri petunjuk bukakan pintu hati untuk aku terima masuk ke asrama sewaktu tingkatan 4. sejak masuk asrama, hidup berubah . jiwa berubah. persepsi berubah . Di asrama, kita dididik . kita diajar oleh guru-guru . yang paling indah , solat berjemaah . itu sebenarnya yang buat aku sungguh tersentuh dan mula dari situ , diri ini mula solat, baca al-quran , solat sunat dan sebagainya . Aku anggap itu sebagai hidayah Allah untuk mengubah hidup aku . Ini cerita serba sedikit tentang 'kejahilan zaman dulu' . 
Dugaan Allah itu sentiasa ada dalam kehidupan seharian . terus terang aku cakap, sehingga ke saat ni , aku masih tertanya-tanya mengapa diri ini tidak merasai langsung 'kebahagiaan' yang SEBENAR . mungkin kawan-kawan melihat diri ini secara luaran sahaja . yup mmg aku akui , luaran , aku seorg yang ceria . kecoh sana kecoh sini . ketawa gelak sakan . hanya satu saja alasan nya sebab aku nak lupakan masalah yang ada, nak lupakan segala kesedihan yang melanda . tapi, bila bersendirian, orang taktahu aku selalu menangis mengenang perkara yang menyedihkan . Setiap kali bila solat , aku akan baring di sejadah , aku akan bermonolog dengan Allah, sambil mengalirkan airmata dan sambil bermuhasabah diri . mcm2 yang aku cakap dengan Allah , aku pujuk diri sendiri. lepas tu, diri ni akan bangkit dari sejadah dan cuba hilangkan kesedihan dan seterusnya bersemangat kembali . Alhamdulillah . 
Ya mmg tak ramai kawan2 yang tahu masalah aku . dan baru2 ni , perkara yang hampir sama dgn kejadian lepas berlaku lagi . hanya Allah saja yang tahu apa aku rasa sekarang ni . memang aku memilih untuk tidak memberitahu kawan-kawan situasi sebenar kehidupan aku , sebab aku tak suka menagih simpati .aku taknak orang tau kehidupan aku mcm mana. aku taknak tunjukkan kelemahan aku depan mereka. jadi aku memilih untuk berpura-pura bahagia sedangkan diri ini tidak begitu . ada beberapa kawan yang tahu, tapi setiap kali aku sedih, aku x cari mereka. aku x mahu untuk terus bercerita lagi . aku pilih utk pendam . and yes. pendam itu sebenarnya racun paling berbisa sekali . 
Dan sejujurnya . orang yang tidak berada dalam situasi kita ni, mereka takkan pernah faham dan takkan pernah mengerti kesakitan yang kita alami , apa yang kita rasa. tidak. kamu semua tidak akan dan takkan pernah memahaminya . hanya Allah sahaja yang tahu beban kita pikul . dan dengan Allah sahaja kita mengadu dan meminta. 
Korg tahu tak. dah selama 21 tahun hidup di muka bumi Allah ni , masalah itu tak pernah dan takkan selesai . cemburunya aku bila tengok sebuah keluarga yang bahagia. cemburunya aku bila tengok kawan-kawan gembira dan manja dengan keluarga masing-masing . dan ketika itu , hati ini merasa sakit sangat . sakit . 
Dan aku rasa bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang sentiasa memberi nasihat yang bernas dikala aku sedih ,buat aku terdiam dan berfikir dan muhasabah diri seketika . Piqa, terima kasih selalu share story sedih2 dgn aku, bagi nasihat moral kat aku, selalu ingatkan aku pada Allah . Zaidek, terima kasih sbb kau caring pasal aku . *kesat airmata jap* . terima kasih walaupun kau taktau masalah sebenar, tapi nasihat itu tetap ada untuk aku . im very touched . dan setiap kali awak semua beri nasihat, mmg menangis saat itu jugak . Anisa . aku pernah cakap dulu kat entri sebelum ni, aku akan ceritakan kat kau . tp masa belum tiba . kadang2 aku rasa kau memahami perangai aku , tapi kadang2 aku takut perangai aku jugak buat kau stress. tapi secara jujur , kau kawan baik aku kat UKM ni . *kesat airmata jap* . 
mungkin apa yang aku pamerkan secara luaran dan kamu semua tidak percaya yang aku ni 'bermasalah' . i just want to tell, just treat me as normal . layan sahaja aku mcm biasa mcm seperti sebelum-sebelumnya . jangan disebabkan entri ni , korg rasa lain, pandang aku lain mcm , no no no . aku taknak dan aku harap tidak akan berlaku . 
itulah sebab mengapa diri ini begitu sensitif . dan cepat marah. cepat melenting . cepat touching . tapi yang penting awak awak semua, aku cepat cool . yes. percayalah dgn aku, kalau aku merajuk atau marah sekalipun dengan kawan-kawan ke, boyfriend ke, aku tak pernah berdendam . tak pernah simpan dalam hati . takpernah marah dengan berterusan dan paling penting . aku marah mmg sekejap je. kuikuikui. percaya lah . itulah aku . 
buat kawan2.. aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai kata diri ini sentiasa mengguris hati , terkasar bahasa, gurau tak bertempat , terlepas kata2 yang buat hati sentap, marah, merajuk, dan segele-gelenya . aku minta maaf . maafkan lah aku ya wahai kawan2 yang disayangi sekalian . 
itu sahaja coretan malam ni . andai kata ada tulisan-tulisan yang tidak menyenangkan , aku minta maaf terlebih dahulu . 

p/s :: setia nya awak baca entri panjang2 ni . terima kasih daun keladi ;)

Monday, May 21, 2012

The End and The Beginning.

Assalammualaikum w.b.t :)

Hai there ! como estais ?? hehe. tu maksudnya apa khabar awak semua? yela. nak bgtau aku amik bhs sepanyol kan. haha! ok. tajuk entri dan kebaboomm kan. ntah ape yg the end ape yg beginning pun xtau lah. the end tu maksudnya dah sampai ke penghujung semester 2 untuk tahun 2 2011/2012. haaaa. lagi 3 minggu beb nak final exam !!! gilaaaaa ah! so sesudah itu, masuk pulak semester baru, aku dah jadi super senior ah . dah 3rd year! kau boleh tak bayangkan ? final year sudahh. cepat nya masa berlalu . eh mmg terasa kepantasan masa tu sbb aku rasa macam baru semalam masuk UKM jadi budak 1st year. hehehe . 


haaaa. buat pengetahuan semua. tahun ni adalah tahun akhir bagi kami (2nd year) buat shortsem. tau kan shortsem tu apa.. haha. tak lama lebih kurang sebulan lebih . kalau kawan2 rata2 pilih cuti atau holiday sebagai pilihan utama daripada amik shortsem mmg lah nampak relevan nya di situ . semua sibok cakap aku nak cuti , aku nak cuti ! mmg lah siapa taknak cuti kan. ni ayat nak sedapkan hati . ada byk2 sebab kenapa aku amik shortsem . dan secara jujurnya aku xpernah kisah pasal 'holiday' . sebab bagi aku , pelajaran lebih utama. dan sebab lain adalah privacy . hak milik peribadi dan sila jangan ceroboh . mungkin ramai taktau. eh tak tak, mmg semua xtau . takpelah, yang penting, kita akan tetap raikan hari raya Aidilfitri tu . jgn lah risau! ayoyoyoyoyo! haha. yang penting, niat kita. aku cuma nak amik peluang shortsem kali ni utk settlekan subjek2 yang wajib diambil . so then bila naik 3rd year, boleh tumpukan perhatian pada subjek2 khusus utk semester tu sahaja. takde nak pening2 pikir subjek lain . itu salah satu alasan . yang lain adalah sebab tersendiri . lagipun buatpe nak pong pang pong pang kat org, sendiri tau sudah .. kan .
Jadual di atas menunjukkan subjek subjek bakal diambil sem akan datang nanti . 10 unit je kan? hurmm. sebab kan selama ni dah terbiasa amik 20+ unit ke atas, jadi aku rasa pelik dan janggal tp happy! hahahah .

pastu . eiiii cuak betul lah nak masuk final year. ku rasa dup dap dup dap tang projek final year tu . erkkk. ok! jgn pikir sekarang . exam  pun tak lepas lagi .hua hua. ok byebye! :P

Saturday, May 12, 2012

Red Carpet :: Sweet & Romance

Assalammualaikum w.b.t :))

Selamat petang saudara saudari cikeboomm cikeboomm.. :) hehehhe. malam kelmarin telah berlangsungnya Malam Anugerah Pelajar (MAP) yg ke-15 . kalau anda tak lupa saya pernah update pasal MAP tapi yg ke-14 lah dimana saya ada pegang jawatan besar dalam tu . cehhhhh poyo ! hahah. takde lah . janganlah menyampah ok .. kihkihkih . tahun ni tak masuk program apa2 . malas !! busyy !! grrrr..hahhaha. 
so tema MAP malam kelmarin adalah Red Carpet :: Sweet&Romance. aku sukaaa weh temaaa ni!! serius ! :D
well. jujurnya, aku mmg tak pernah plan dan takde naluri pun nak pergi dinner kolej tahun ni tau. sebabkan ntah lah malas lah . tunggu final year je lah nnt baru vogue sikit ! tapi tapi tapi . anisah ni pulak nak makann sedap sedap katanya! haishhhh . makan je makan je. heheehe. so aku pun teman lah sambil tu nak makan jugak sedap2!! so senang citer, sampai esoknya nak dinner pun baju masih tak cari dan tak beli lagi . sebab aku mmg plan nak pakai bajuuu biasaaaa baju bawak pergi jalan2 je... sebab niat utama datang nak makan ! ngapppp ngappp ngappp! :p 
tapiiiiii.. biasalah wanita kan... naluri nak pakai cantik sikit2 tu kena ada beb ! kena ada! kena ada! haaaa gituuuu .. cantikk sikittt pun takpelah janji cantikkk .. haaa gituu . eh cantik kE? hakhakhak . 
So malam tu ade artis artis hensem hensem u olllssss!!! argghghhhhh.. OK cool bebeyh . kumpulan Fourteen dgn VIP.. ala yang ada ADAM A.F tuuuuu .. haaaa yg tuuuu . kuikuikui .. hensem hensem belaka! tergugat kejap!! jap nak bgtau aku selamat bergambar dgn ADAM ! tp masa tu guna kamera canggih member.. dia tu ntah bila masa nak upload gambar aku pun taktau lah ! :p
Kat sini nak share beberapa gambar yang aku sukaaaa sangatttt! auuummmmmm! <3









Perasan artisss kejap!! hehehehehee. :D terujaaaa sbb 1st time  make-up cikebommm cikebomm. tak sabar nak kahwinnnn!!! hehehhehe :DD
btw : make-up artis saya Idayu Ideris . Coursemate saya. dia sangat berbakat u ollssssss..!! nak cuba nak try??? PM lah saya!!! hehheehehe .. :D bye.

Thursday, May 3, 2012

Nama Panggilan Nyomey Nyomey

Assalammualaikum w.b.t :)

Hai dear dear :) hehe . long time no see, miss me already ?? kahkah . ye. tajuk entri sudah jelas lagi bersuluh , cehh nak suluh apa cik kiah oii ? haha. nama panggilan ? im sure anda2 semua tentu ada nama panggilan masing2 kan. ye tak ? bukan satu, tapi beribu-ribu . ok metafora sangat dah ni =.= 
Jom hari ni kita share share nama panggilan kita nak tak ?? meh la.. mey mey la. kuikuikui . Nama sebenar saya  Noor Diana Binti Nasruddin Tay . Jangan tanya kenapa ada 'Tay' tu ye. Suppose you all have already knew it. kalau taktahu, meh sini hempuk sikit :p 
senang cakap nama aku Noor Diana . aku ada 5 nama panggilan . senang cakap setiap nama ada sejarah masing2. hahahha! nak tau? nak tau ? heheheh =D

1) DIANA
Panggilan DIANA ni biasanya my family yang panggil . ibu, ayah, mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, dan lain-lain mak su lah mak teh la maklang lah mak mak dan ayah ayah sekalian . diana juga panggilan buat kawan2 yang berbudi bahasa dgn memanggil nama aku yg sebenar ni .haha .eh tapi aku takde nak cakap yg x panggil tu tak berbudi bahasa . kurengg sikitt..hahah . jgn hard feeling sgt. haaa.. well. this is my true and real name. diana. that's it . :) eh jap. si dia pun panggil kita diana jugak :) dia cakap panggil diana nampak matang sikit. perangai je budak2 . hahahahha.

2) NOOR
Sejarah panggilan nama NOOR ni merupakan kenangan buat aku di zaman MRSM dulu . reti sebut tak ? bukan . mereka tak sebut NOOR macam sebut NUR . tak . macam ni . NO-OR . jadi bila mereka sebut, mereka sembunyikan huruf R, jadi NO-O . bunyi macam comel tapi sebenarnya tak comel langsung . :p
sejarah bermula bila masuk form 4 MRSM TERENDAK . masa tu first time masuk kelas fizik . igt lagi cikgu fizik yang memberikan nama tak comel ni iaitu SIR ZAKPAR . hurm =.= nak tahu bagaimana dan macam mana terterbitnya panggilan ni ? ni cerita dia . Cikgu ni dia nak panggil nama aku . bila dia dah sebut nama penuh aku, tiba2 dia stop kat NOOR. then die sebut dgn ulang2 nya NO-OR . dia cakap macam ni "NO or YES" . means dia nak gurau gurau la tu kan . haaaa.. NO or YES ?? korggg pahammm takkk ni ??? stress aku lah cerita kat kome ni . hahahah . so mula dari situ lah budak2 kelas panggil NO-OR, dan merebak lah virus ni ke seluruh batch . hurm . sampai kat matrik pun dorgg kejor aku dgn panggilan ni . so sweet :)

3) AURORA
Bermula dgn menukarkan nama FB daripada Diana Tay kepada Diana Aurora . Muncul lah peminat-peminat ku dgn memanggilku aurora sahaja :) hahahah . terima kasih fans . hikhik . nampak glamour sikit u olllls.. haha.. sebab aku tukar nama Diana Tay tu bukan sebab tak sedap ke tak suka ke whatever, korg tau tak betapa aku sedih sebenarnya nak tukar nama masa tu ? kisah bermula bila ada someone yang nama FB dia sebijik dgn aku DIANA TAY ni tiba2 chatbox kat FB tu tanya ni nama sebenar aku ke ?? erkkkk . =.= hey what are u expect people nak curi nama kau ke?? hahaha. takde lah marah beb . aku tergelak kot masa tu . dan disebabkan ade org tegur, jadi malulah nak letak nama sama, so tukarlah yg kepada lebih exclusive sikit . haaaa.. so, sejak tu, org mula panggil aurora, aurora, diana aurora bagai . dan salah satu sebab mungkin aku lagi femes dalam FB kot ?? hahaa. dan juga sebab nama diana ni dah berlambak kat sekeliling aku, jadi utk mengelakkan kekeliruan melanda, jadi ini jalan terbaik :) dan kenapa AURORA ? itu aku pun takde jawapan. so stop asking me WHY . penat nak jawab . =.= 

4) DIDI
Panggilan DIDI ni comel kan ? saya suka . nampak macam kanak-kanak . haha . so nama ni biasalah kan, biasa org yg nama depan dia huruf D, mayb ada je panggilan didi kat mereka. panggilan ni start masa kat matrik . yang rapat je yang panggil . lepas matrik stop kejap. then sambung kat UKM ni . masa mula2 dgr kawan panggil didi kat U, tiba tiba rindu matrik . rindu panggilan didi kat matrik :( heheheeh . kadang2 kalau mesej ke apa, dorg malas nak taip nama panjang2, dorg taip DI je, ataupun lagi pemalas , taip D sahaja :) hahaha. comel comel . I like :) 

5) DEKNA
DEKNA nama panggilan baru saya :) suka jugak panggilan ni super duper comel kot . korgg tak rasa ke? kuikuikui . DEKNA ni gabungan nama ZAHIDAH a.k.a ZAIDEK dgn DIANA . hahaha. eh yeke ? ntah aku rasa kot . si ZAIDEK tetiba memberikan nama yg sedap2 ni. haishhh kacau betul =.= ktorg panggil dia DEKDEK je. dia panggil kita balik DEKNA. haha. comel comel . lama lama boleh tahan melekat lah . rasa manja sangat DEKNA ni . hahahaha =D kawan, nama baru kita DEKNA tau :) kuikuikui. 


#kesimpulannya, kita tak kesah pun awak2 nak panggil kita dgn panggilan mana, asalkan tak melampaui batas dan nama yang bukan2 pulak bunyinya kan . hikhik =D thanks to the one who create the nicknames . haha. =D bye .








Saturday, April 28, 2012

Nightmare

 Assalammualaikum w.b.t :)

You know what . terlalu banyak sangat peristiwa-peristiwa yang buruk berlaku di sekeliling aku . I dont know how to describe it . Mungkin Allah nak menyedarkan aku tentang beberapa perkara . Dalam masa tak sampai sebulan, aku dapat tahu 5 org (bukan kenalan aku) tapi ada kaitan dengan insan dalan hidup aku, sekeliling aku, 5 org tu adalah sebahagian daripada hidup mereka-mereka yang aku kenal, sayang dan rapat , telahpun dijemput oleh Allah . Bayangkan, walaupun aku tak kenal arwah-arwah tersebut, tapi sebab dan cara kematian tu yang menyebabkan aku bertambah sedih dan insaf . Ajal tak mengira usia, bahkan seusia kita pun sudah dijemput Allah . Siapa yang tak takut, mestilah rasa takut . :'(
Malam tadi mimpi buruk . tak pernah mimpi seburuk itu . serius . dalam mimpi tu , aku sendiri menangis gila-gila pastu berharap sgt itu semua hanyalah mimpi . maksudnya, dalam mimpi tu , aku betul betul harap aku akan sedar dari mimpi tu , dan harap yg itu bukan kenyataan . Nak tau mimpi apa? aku mimpi org yang aku sayang kena bunuh . cara pembunuhan tu sangat kejam . saat aku menaip ni, mimpi tu masih segar dan aku boleh ingat balik cara dia kena bunuh tu . lepas tu , terus sedar !!!! bila dah sedar, aku terus menangis . rasa macam bersyukur sangat sebab semua tu hanya mimpi . lepas tu aku berfikir, kenapalah aku boleh mimpi buruk sampai macam tu sekali . org yang kena bunuh tu dah tentu lah someone special yang aku sayang kan . macam mana nak bayangkan if one day benda yang sama terjadi kat dia ?? Ya Allah. moga-moga semua itu hanyalah mimpi semata-mata. Aku xpasti sama ada mimpi ni mmg mainan syaitan atau petunjuk Allah ? mungkin Allah nak sampai sesuatu melalui mimpi ?? atau tak ? wujud tak ? keliru kejap =.=  
nak sedapkan hati , aku just ignore it . ni semua mainan syaitan ketika tidur. tuh la!!! tak basuh kaki bila nak tidur!! grrrrr.. sebab dah lama sangat tak mimpi, tu yang tetiba mimpi buruk ni rasa takut sangat . :O 
Kepada pembaca, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah-arwah , semoga mereka-mereka ditempatkan dlm kalangan org2 yang beriman dan solehah, moga roh-roh mereka tenang disisi Allah :) AMIN. 

saja nak post doa tidur dan doa bila mengalami mimpi ::





Thursday, March 15, 2012

"Love is a beauty of the soul"

Assalammualaikum w.b.t =)

For every beauty there is an eye somewhere to see it. For every truth there is an ear somewhere to hear it. For every love there is a heart somewhere to receive it.
Love is what we were born with. Fear is what we learned here.
If our love is only a will to possess, it is not love.
Since love grows within you, so beauty grows. For love is the beauty of the soul.

    Love is a precious thing
    It is a feeling that
    makes your heart sing.

    Whether you are far or near
    it is like whispering in my ear.

    When you find true love
    it is something you
    keep within your heart.

Friday, March 9, 2012

Program Integrasi Mega Biokimia

Assalammualaikum w.b.t =)

well actually program ni telah lama berlangsung bulan Januari yang lalu sebelum cuti semester yg lepas . Program ni telah dijalankan di Wood Resort, Ulu Yam, Selangor selama 2 hari 1 malam . hurm. walaupun sekejap, tetapi sangat bermakna. lebih kurang mcm utk seronok-seronok release tension selepas exam . hehe . Sebenarnya aku pun kurang pasti program ni berbentuk apa sebenarnya, indoor, outdoor, atau motivasi ? disiplin ? ohh tak tau . takpelah kan. Program ni kan sebenarnya mendapat sambutan yg kurang hangat dari pelajar tahun 1 dan 3 . tahun 1 yg join alahaiiii ciputt je 3-4 org. berterima kasih sangat kepada 3-4 org tu !! :') kita sesama kita tahun 2 pun ada antara kita coursemates ni pun sebenarnya lemah dari segi kerjasama dan komitmen . setiap kali ade program , muka-muka yg sama je yang join . yang lain ? semua taknak bagi kerjasama. kalau mcm tu, xpayah panggil coursemates la. sentap hati mak nak . sedih kalau cakap pasal ni sebenarnya . kepada orang-orang tu , kalau korg taknak join pun takpelah, ade ktorg kesah ????? tak kesah !! =@ grrrr. tgh marah ni ..
Aku sebagai salah seorang fasilitator utk program ni . Disebabkan jumlah ahli yang sudi join program ni tersangat lah tak mencukupi , jadi bilangan fasi terpaksa dikurangkan jadi 5 orang . hurm . gituuuu .. walaupun yg join tak ramai , tapi ktorg enjoyyy tersangatlahh best !! =)
Aktivit berbentuk outdoor cuma ada river trailing je masa tu . tapi kan river trailing ni tak mencabar sangat lah. kalau ikutkan bayangan dalam kepala aku ni , huh, mesti bestt kalau redah laut yang dalam setinggi berapa inci tu ekk.. kuikuikuikui .. tapi disebabkan bahaya, kamera tak dibenarkan semasa aktiviti ni ... haaa.. aktivti indoor kebanyakkan nya dirancang dari kami fasi-fasi sendiri . semuanya best . mmg kelakar pun ada . keseluruhannya ahli memberikan kerjasama yang sangat baikkkk .. so taknak cakap byk , lets the pic tell the story .. gambar-gambar semasa program byk diambil guna kamera tak berapa nak DSLR tetapi kamera tu mmg setaraf dgn DSLR , tu zaidekkk yg punya.. jadi aku yg pemalas ni cuma save gambar-gambar yang ada wajah aku dalam tu .. heheheheheh .. so this is for u guys .. enjoy it !! :')


ini kumpulan under aku . kumpulan shin-chan !! hahahaha

before nak gerak ...

wow! this is very 'poyo' ..hahah

this is my geng !! geng setia sehati sejiwa !! =)

mostly 2nd year biochemist =)

Barisan fasilitator ..dari kiri, jannah, lyn, irfan, tihah, asmaa, aku..

we again with Dr.Amir's daughter !!

gembiranyaaa kamiiii... lalalala =)


wahidah, anisa, aku, fatin ...

breakfast =)

Fasi bertauliah . hahahaah

Satu kek satu biokimia =))

Dewan Arissa jadiii anisa.. heheheh

nak karaoke masa ni..hahahha

taktau tgh buat ape...

explorace... checkpoint 3 ... hehehhe

I love them damn much .. =)

shin-chan ?? =p

ape tu ? haha

lawa kan banner kat belakang tu ? credit to anisa . *wink wink*






p/s : ni saja gambar yg ada dalam simpanan aku . yang lainnn dekat tuan punya kamera.. muka2 ni jela yg ada masa program .. oppsss! gambar lelaki2 biokimia aku tak save pulak, kempunan korgg nak tggkkk ye. hehhe .. ok babai !! =)))