Followers

Sunday, October 7, 2012

Kenangan Terindah 5&6 Oktober 2012 :)

Assalammualaikum w.b.t :))

Kehadapan saudara saudari yang dikasihi sekalian . Sudah lama beta tidak meluangkan masa bersama blog beta yang lawa ni. haha. Tanggal 5 Oktober adalah hari lahir saya. Seperti mereka dan yang lain-lain, semestinya hari lahir adalah hari yang ditunggu-tunggu . Hari kita dilahirkan ke bumi. Saat keluarga dan rakan-rakan mengucapkan kalimat ' happy birthday', 'selamat hari jadi' , pastinya diri ini akan tersenyum gembira. Sukar nak tafsirkan perasaan itu, tapi sebenarnya bukan mengharapkan sangat orang wish, cuma terasa dihargai dan disayangi setiap kali tiba hari lahir. Ibu adalah orang yang pertama akan diingati setiap kali tiba 5 Oktober. Mestilah sebab ibu lah yang lahirkan saya dalam dunia ni. Tanpa ibu dan daddy, maka tiadalah insan bernama Noor Diana binti Nasruddin Tay :)
Jadi, di kesempatan ini, saya nak kongsi beberapa peristiwa atau kenangan yang tercipta pada hari tersebut.
Saya ni sebenarnya kalau nak tahu, memang lah teringinnn sangat nak kek birthday . sebab kalau nak diingat balik, last birthday sambut dengan kek ni bila umur saya budak-budak dulu . hurm tapi tak ingat lah umur masa tu . lepas tu, sejak dah besar ni , dah takde dah kek birthday ni . dah jarang nak celebrate. Biasanya, hari lahir saya jatuh pada hari yang saya takde kat rumah. jadi, Kebarangkalian nak celebrate dengan family tu sangat tipis. Al-maklumlah, sibuk mencari ilmu. hehehe. Tanpa diduga, impian saya menjadi kenyataan bila geng coursemates telah berjaya membuat surprise pada malam tersebut. Airmata kegembiraan terus mengalir dengan derasnya sambil berpelukan dengan mereka semua. Perasaan malam tu bercampur baur. Ada gembira, sedih, terharu, excited, terkejut dan bla bla bla bla. Memang tak disangka dan tak pernah terlintas pun dalam fikiran ni nak celebrate birthday dengan sesiapa. hurm sedih je bunyi . hahaha. Allah telah menghantar kawan-kawan saya untuk menggembirakan hari saya. Allah sangat sweet . terima kasih Allah . Semua itu takkan terjadi kan jikalau Allah tidak mengizinkan. yela. manusia cuma merancang, tapi Allah yang tentukan . Perkara yang baik disertakan dengan niat yang ikhlas pastinya dibantu oleh-Nya :)



Dengan ini, saya Noor Diana ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ketua program, Anisah Sani, dan AJK-AJK nya - Ratu, Ayu, Fieqa, Zaidek, Wahidah, Fatin Ezzati, Fatin Syafiqah, dan Intan. Dan ada lagi seorang Ezzah. Walaupun dia tidak bersama malam tu, tapi ingatan terhadap dia tetap ada. cehhh wahhhh. :) Semoga persahabatan ini dilindungi dan kekal dunia akhirat. 
I LOVE Uollssssssssssssss. muahhhhhhh <3 p="p">


Kita beralih pula ke segmen seterusnya. jeng jeng jeng. hehe. Jadi keesokkan hari pula pada 6 Oktober 2012, kami telah berangkat ke Port Dickson. Plan nak ke PD ni dah dibuat sejak seminggu yang lepas. Saja nak habiskan masa bersama geng . Lagipun jarang kami berkumpul sama-sama dan buat aktiviti sama-sama. Masing masing ada program sendiri, busy itu busy ini. hurm hurm. Jadi rombongan melibatkan dua kereta, sepuluh orang. Best uollllssss. Walaupun PD jeee *eleh mesti ada orang nak kutuk ni*, haha, yang nak ditekankan kat sini adalah ukhuwah sesama geng. ada faham? huhu. Untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan kemesraan antara kami . Itu adalah objektif utama kenapa kami bersusah payah rancang trip ni . 
so here uollsssss.. let the pictures tell the story !! :D




















Kenangan bersama mereka takkan dilupakan. It was really a wonderful and enjoyable day . :)

p/s : Ezzah pun tak join masa ni. banyak betul alasan makcik . dating je kejee dia. hahaha :D okbye terima kasih daun keladi :)

5 comments:

Anisah Sani said...

so sweet! :')

I LOVE U. mwaahhh!

Anisah Sani said...

so sweet!
i love you. mwaaaah :')

allysyazmin said...

sonoknye tgk gambr nie..xde kite..sob2..

allysyazmin said...

bestnye tgk kawan2 kesyngan dlm nie..kite xde..huuwwwaaaaaa.. :((

Diana Aurora said...

hehehehehehe :')