Followers

Friday, May 25, 2012

Main Tarik Tali

Assalammualaikum w.b.t :)


Saudara saudari cikeboom cikeboom . Pernah dengar istilah main tarik tali dalam konteks 'love love' ? well. main tarik tali ini adalah sejenis permainan di mana ada dua kumpulan yang berusaha menarik tali ke arah yang bertentangan , kalau kumpulan mana yang berjaya menarik sampai kumpulan lagi satu tu jatuh ! jengjeng!!! kumpulan yang tarik tu menang !! yeayyyy! aku pernah tau test main , peh mmg memerlukan tenaga yang banyakkk!! tak larat aku . kahkahkah . 
tapi disini kita fokuskan tajuk entri dalam konteks perhubungan. senang cakap yang sedang bercinta lah eh . korg pernah tak alami main tarik tali dgn pasangan korg ? ala bak kata elyana dalam lagu main tarik tali tu . haa serupaa lah tu maksudnya . Main tarik tali biasanya kita lihat bila pasangan tu bergaduh . contohnya bila gaduh , kedua-dua encik hensem dan cik gorgeous tak nak mengalah . ok2. kita senang cakap , ego lah ego . haaa gituuu .. banyak kita boleh nak huraikan ni . haha . contoh lagi . bila kita rindu dengan pasangan kita kan. tapi kita ego sikit, kita taknak contact dia dulu, kita nak pasangan yang mulakan dulu kan . asyik asyik kita je yang mulakan mana adil ! haha. then, dalam masa yang sama, pasangan kita tu pun sebenarnya tunggu kita yang contact dia dulu . acane tu ? kalau dah kedua-duanya sambil menunggu dan ego , takkan ke mana . tapi percaya atau tidak, salah seorg akan mengalah beb. dan kalau nak tau ni ni kaum kaum wanita ni lah yang selalu mengalah ! betul tak cik cik sekalian . senang cerita lelaki mmg takpernah nak mengalah lah . geram pulak kita tengoknya. haha. 
pernah dengar atau baca ayat ni " EGO ni akan musnahkan suatu perhubungan, apa kata kita buang O, dan kita let it GO" . best kan ayat ni ? me gusta mucho ! ahha. senang je nak tafsirkan ayat ni . bila pasangan tu ego , mmg betul akan buat gaduh . bila ego tinggi melangit, ohhh he/she cannot stand anymore! lantas gaduh besar kutuk caci maki, akhirnya putus di tgh jalan . kuangkuangkuang. 
lelaki mmg famous dgn sifat ego dia weh . aku pun xtau lah kenapa ini lah sifat semula jadi lelaki eh ? hurm . tau tak ego tu sikap yang paling aku tak gemar . no me gusta nada ! haha.
kita ni orang perempuan lebih suka berdiam diri . kadang2 berdiam diri tu bermaksud marah/merajuk . tapi kadang2 diam jugak bermaksud menangis dalam senyap sebab hati terluka. cehhh wahhhh . ni byk buat research ni . hehehe. tapi betul lah tu . orang perempuan ni kalau dia rasa sedih sangat bila hati dilukai, tu maksudnya dia serius lah tu kan . ecececeh .. no more love monkeys here . no more. 
paling kita meroyan bila pasangan kita tu IGNORE je kita. buat dekk je. buat tak layan . ahh masa tu rasa mcm nak pergi tikam terus. hahahha. *over* . you know what . lelaki pun ada musim 'period' dia. bila musim tu datang, jangan lah kacau dia. maka kita cuma tambahkan serabut dia je . pelik aku lelaki ni . lelaki dgn perempuan sangat berbeza kan . tapi walau berbeza pun lelaki dgn perempuan saling memerlukan antara satu sama lain . I was just thinking , if kaum lelaki dilahirkan di dunia ni untuk melindungi kaum wanita, mengapa wanita perlu disakiti ? dilukai ? renung renung kan selamat beramal . :))

Thursday, May 24, 2012

La Tahzan

Assalammualaikum w.b.t :)







Hidup dekat muka bumi hak Allah ni penuh dengan segala cabaran, dugaan, ujian dalam kehidupan seharian . Siapa sangka, dalam sehari, ada saja kejadian/peristiwa yang mengembirakan, namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari . haaa amik! ntah apa peribahasa aku guna. hikhik . ok2. entri kali ni serius. sila baca dgn nada yg serius. 
Sebagai seorg manusia dan juga hamba Allah, kita mmg tak terlepas dari sebarang ujian dari-Nya. Setiap org kat muka bumi ni pasti ada masalah tersendiri dan ianya berbeza-beza dari segi keadaan, situasi, tahap ujian antara manusia . Dan sudah pastinya setiap ujian itu mmg ada hikmah yang Allah akan sampaikan. Cuma kita taktahu apa dia, bila, dimana, mcm mana dan bagaimana . Hanya Allah sahaja ada jawapannya . 
Aku juga merupakan seorg insan biasa yang lemah di sisi Allah . Sering kali merasa diri tersepit dalam situasi yang menyakitkan. Sejak kecil lagi, diri ini sudah pun diuji oleh Allah, bezanya dulu dengan sekarang, dulu masih kecil, masih tidak tahu apa2, nak solat ? jahilnya aku ketika dulu sehingga terlalu abaikan suruhan Allah. Apabila diri ini yang seusia sembilan tahun menghadapi masalah keluarga yang begitu berat sekali utk aku pikul , dan ketika itu umur semuda itu masih terlalu dan tersangat jahil . usahkan mahu solat, malah sering kali lalai untuk hanya mengingati Allah yang Esa. Ketika diri dihimpit dengan situasi yang menyedihkan , lantas diri ini menyalahkan takdir Allah, tidak redha dan mempertikaikan perjalanan hidup yang Allah aturkan . Aku berada dalam 'situasi' tersebut selama bertahun-tahun nya. walaupun perkara sudah berlalu, diri ini masih dan tetap menyalahkan Allah kerana diberi kehidupan yang sebegini . kebahagiaan yang dikecapi waktu kecil tidak bertahan lamanya sehingga kebahagiaan tersebut diragut oleh suatu kejadian yang tidak terduga sama sekali . ketika itu , aku sentiasa berkata kata bahawa 'macam ni ke Allah sayang hambanya' ? , 'kenapa Allah buat semua ni ' ? 'kenapa Allah tarik semua kebahagian aku'? 'kenapa Allah hancurkan harapan dan impian aku' ? sewaktu umur sembilan tahun . sembilan tahun masa tu hidup aku bagaikan kosong . sentiasa dalam keadaan yang murung, sedih, tertekan . Bermula dari kejadian itu , kehidupan makin tak seronok, dan sejak kejadian itu sehingga lah saat ni , aku dah kehilangan 'kebahagiaan' tersebut . Nak diberitahu betapa jahilnya diri ini ketika dulu, mmg aku tak solat . lima waktu tak pernah solat dengan tanpa rasa berdosa. Tetapi, apa yang boleh aku katakan disini , walaupun diri ni tak solat, aku tak pernah bersikap sosial atau liar. tidak sama sekali . aku masih menjaga batas pergaulan, masih menjaga diri dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik akhlaknya. Syukur pada Allah . Satu perkara yang aku simpulkan di sini, walaupun Allah ragut kebahagiaan aku , tapi Allah tetap sayang aku dengan cara Allah tak sesatkan aku, Allah tak izinkan aku terpesong dari agama, Allah tak bawa aku ke jalan yang tidak benar, Allah beri dan hantar kepada aku kawan-kawan yang baik, kawan-kawan yang membawa kita ke jalan yang benar.... syukur kepada Allah . ini merupakan perkara yang selalu aku ingat . bayangkan kalau aku ni sosial, liar ??? atau jadi seorg remaja yang seperti remaja-remaja sekarang ni . jual maruah diri ? bohsia? minah rempit ? hisap dadah ??? mohon ya Allah jauhkan semua perkara yang tidak baik ni . 

Semakin diri ini membesar dan meningkat usia dari tahun ke tahun , diri ini banyak belajar dari kesilapan. Allah beri petunjuk bukakan pintu hati untuk aku terima masuk ke asrama sewaktu tingkatan 4. sejak masuk asrama, hidup berubah . jiwa berubah. persepsi berubah . Di asrama, kita dididik . kita diajar oleh guru-guru . yang paling indah , solat berjemaah . itu sebenarnya yang buat aku sungguh tersentuh dan mula dari situ , diri ini mula solat, baca al-quran , solat sunat dan sebagainya . Aku anggap itu sebagai hidayah Allah untuk mengubah hidup aku . Ini cerita serba sedikit tentang 'kejahilan zaman dulu' . 
Dugaan Allah itu sentiasa ada dalam kehidupan seharian . terus terang aku cakap, sehingga ke saat ni , aku masih tertanya-tanya mengapa diri ini tidak merasai langsung 'kebahagiaan' yang SEBENAR . mungkin kawan-kawan melihat diri ini secara luaran sahaja . yup mmg aku akui , luaran , aku seorg yang ceria . kecoh sana kecoh sini . ketawa gelak sakan . hanya satu saja alasan nya sebab aku nak lupakan masalah yang ada, nak lupakan segala kesedihan yang melanda . tapi, bila bersendirian, orang taktahu aku selalu menangis mengenang perkara yang menyedihkan . Setiap kali bila solat , aku akan baring di sejadah , aku akan bermonolog dengan Allah, sambil mengalirkan airmata dan sambil bermuhasabah diri . mcm2 yang aku cakap dengan Allah , aku pujuk diri sendiri. lepas tu, diri ni akan bangkit dari sejadah dan cuba hilangkan kesedihan dan seterusnya bersemangat kembali . Alhamdulillah . 
Ya mmg tak ramai kawan2 yang tahu masalah aku . dan baru2 ni , perkara yang hampir sama dgn kejadian lepas berlaku lagi . hanya Allah saja yang tahu apa aku rasa sekarang ni . memang aku memilih untuk tidak memberitahu kawan-kawan situasi sebenar kehidupan aku , sebab aku tak suka menagih simpati .aku taknak orang tau kehidupan aku mcm mana. aku taknak tunjukkan kelemahan aku depan mereka. jadi aku memilih untuk berpura-pura bahagia sedangkan diri ini tidak begitu . ada beberapa kawan yang tahu, tapi setiap kali aku sedih, aku x cari mereka. aku x mahu untuk terus bercerita lagi . aku pilih utk pendam . and yes. pendam itu sebenarnya racun paling berbisa sekali . 
Dan sejujurnya . orang yang tidak berada dalam situasi kita ni, mereka takkan pernah faham dan takkan pernah mengerti kesakitan yang kita alami , apa yang kita rasa. tidak. kamu semua tidak akan dan takkan pernah memahaminya . hanya Allah sahaja yang tahu beban kita pikul . dan dengan Allah sahaja kita mengadu dan meminta. 
Korg tahu tak. dah selama 21 tahun hidup di muka bumi Allah ni , masalah itu tak pernah dan takkan selesai . cemburunya aku bila tengok sebuah keluarga yang bahagia. cemburunya aku bila tengok kawan-kawan gembira dan manja dengan keluarga masing-masing . dan ketika itu , hati ini merasa sakit sangat . sakit . 
Dan aku rasa bersyukur dikurniakan sahabat sahabat yang sentiasa memberi nasihat yang bernas dikala aku sedih ,buat aku terdiam dan berfikir dan muhasabah diri seketika . Piqa, terima kasih selalu share story sedih2 dgn aku, bagi nasihat moral kat aku, selalu ingatkan aku pada Allah . Zaidek, terima kasih sbb kau caring pasal aku . *kesat airmata jap* . terima kasih walaupun kau taktau masalah sebenar, tapi nasihat itu tetap ada untuk aku . im very touched . dan setiap kali awak semua beri nasihat, mmg menangis saat itu jugak . Anisa . aku pernah cakap dulu kat entri sebelum ni, aku akan ceritakan kat kau . tp masa belum tiba . kadang2 aku rasa kau memahami perangai aku , tapi kadang2 aku takut perangai aku jugak buat kau stress. tapi secara jujur , kau kawan baik aku kat UKM ni . *kesat airmata jap* . 
mungkin apa yang aku pamerkan secara luaran dan kamu semua tidak percaya yang aku ni 'bermasalah' . i just want to tell, just treat me as normal . layan sahaja aku mcm biasa mcm seperti sebelum-sebelumnya . jangan disebabkan entri ni , korg rasa lain, pandang aku lain mcm , no no no . aku taknak dan aku harap tidak akan berlaku . 
itulah sebab mengapa diri ini begitu sensitif . dan cepat marah. cepat melenting . cepat touching . tapi yang penting awak awak semua, aku cepat cool . yes. percayalah dgn aku, kalau aku merajuk atau marah sekalipun dengan kawan-kawan ke, boyfriend ke, aku tak pernah berdendam . tak pernah simpan dalam hati . takpernah marah dengan berterusan dan paling penting . aku marah mmg sekejap je. kuikuikui. percaya lah . itulah aku . 
buat kawan2.. aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai kata diri ini sentiasa mengguris hati , terkasar bahasa, gurau tak bertempat , terlepas kata2 yang buat hati sentap, marah, merajuk, dan segele-gelenya . aku minta maaf . maafkan lah aku ya wahai kawan2 yang disayangi sekalian . 
itu sahaja coretan malam ni . andai kata ada tulisan-tulisan yang tidak menyenangkan , aku minta maaf terlebih dahulu . 

p/s :: setia nya awak baca entri panjang2 ni . terima kasih daun keladi ;)

Monday, May 21, 2012

The End and The Beginning.

Assalammualaikum w.b.t :)

Hai there ! como estais ?? hehe. tu maksudnya apa khabar awak semua? yela. nak bgtau aku amik bhs sepanyol kan. haha! ok. tajuk entri dan kebaboomm kan. ntah ape yg the end ape yg beginning pun xtau lah. the end tu maksudnya dah sampai ke penghujung semester 2 untuk tahun 2 2011/2012. haaaa. lagi 3 minggu beb nak final exam !!! gilaaaaa ah! so sesudah itu, masuk pulak semester baru, aku dah jadi super senior ah . dah 3rd year! kau boleh tak bayangkan ? final year sudahh. cepat nya masa berlalu . eh mmg terasa kepantasan masa tu sbb aku rasa macam baru semalam masuk UKM jadi budak 1st year. hehehe . 


haaaa. buat pengetahuan semua. tahun ni adalah tahun akhir bagi kami (2nd year) buat shortsem. tau kan shortsem tu apa.. haha. tak lama lebih kurang sebulan lebih . kalau kawan2 rata2 pilih cuti atau holiday sebagai pilihan utama daripada amik shortsem mmg lah nampak relevan nya di situ . semua sibok cakap aku nak cuti , aku nak cuti ! mmg lah siapa taknak cuti kan. ni ayat nak sedapkan hati . ada byk2 sebab kenapa aku amik shortsem . dan secara jujurnya aku xpernah kisah pasal 'holiday' . sebab bagi aku , pelajaran lebih utama. dan sebab lain adalah privacy . hak milik peribadi dan sila jangan ceroboh . mungkin ramai taktau. eh tak tak, mmg semua xtau . takpelah, yang penting, kita akan tetap raikan hari raya Aidilfitri tu . jgn lah risau! ayoyoyoyoyo! haha. yang penting, niat kita. aku cuma nak amik peluang shortsem kali ni utk settlekan subjek2 yang wajib diambil . so then bila naik 3rd year, boleh tumpukan perhatian pada subjek2 khusus utk semester tu sahaja. takde nak pening2 pikir subjek lain . itu salah satu alasan . yang lain adalah sebab tersendiri . lagipun buatpe nak pong pang pong pang kat org, sendiri tau sudah .. kan .
Jadual di atas menunjukkan subjek subjek bakal diambil sem akan datang nanti . 10 unit je kan? hurmm. sebab kan selama ni dah terbiasa amik 20+ unit ke atas, jadi aku rasa pelik dan janggal tp happy! hahahah .

pastu . eiiii cuak betul lah nak masuk final year. ku rasa dup dap dup dap tang projek final year tu . erkkk. ok! jgn pikir sekarang . exam  pun tak lepas lagi .hua hua. ok byebye! :P

Saturday, May 12, 2012

Red Carpet :: Sweet & Romance

Assalammualaikum w.b.t :))

Selamat petang saudara saudari cikeboomm cikeboomm.. :) hehehhe. malam kelmarin telah berlangsungnya Malam Anugerah Pelajar (MAP) yg ke-15 . kalau anda tak lupa saya pernah update pasal MAP tapi yg ke-14 lah dimana saya ada pegang jawatan besar dalam tu . cehhhhh poyo ! hahah. takde lah . janganlah menyampah ok .. kihkihkih . tahun ni tak masuk program apa2 . malas !! busyy !! grrrr..hahhaha. 
so tema MAP malam kelmarin adalah Red Carpet :: Sweet&Romance. aku sukaaa weh temaaa ni!! serius ! :D
well. jujurnya, aku mmg tak pernah plan dan takde naluri pun nak pergi dinner kolej tahun ni tau. sebabkan ntah lah malas lah . tunggu final year je lah nnt baru vogue sikit ! tapi tapi tapi . anisah ni pulak nak makann sedap sedap katanya! haishhhh . makan je makan je. heheehe. so aku pun teman lah sambil tu nak makan jugak sedap2!! so senang citer, sampai esoknya nak dinner pun baju masih tak cari dan tak beli lagi . sebab aku mmg plan nak pakai bajuuu biasaaaa baju bawak pergi jalan2 je... sebab niat utama datang nak makan ! ngapppp ngappp ngappp! :p 
tapiiiiii.. biasalah wanita kan... naluri nak pakai cantik sikit2 tu kena ada beb ! kena ada! kena ada! haaaa gituuuu .. cantikk sikittt pun takpelah janji cantikkk .. haaa gituu . eh cantik kE? hakhakhak . 
So malam tu ade artis artis hensem hensem u olllssss!!! argghghhhhh.. OK cool bebeyh . kumpulan Fourteen dgn VIP.. ala yang ada ADAM A.F tuuuuu .. haaaa yg tuuuu . kuikuikui .. hensem hensem belaka! tergugat kejap!! jap nak bgtau aku selamat bergambar dgn ADAM ! tp masa tu guna kamera canggih member.. dia tu ntah bila masa nak upload gambar aku pun taktau lah ! :p
Kat sini nak share beberapa gambar yang aku sukaaaa sangatttt! auuummmmmm! <3









Perasan artisss kejap!! hehehehehee. :D terujaaaa sbb 1st time  make-up cikebommm cikebomm. tak sabar nak kahwinnnn!!! hehehhehe :DD
btw : make-up artis saya Idayu Ideris . Coursemate saya. dia sangat berbakat u ollssssss..!! nak cuba nak try??? PM lah saya!!! hehheehehe .. :D bye.

Thursday, May 3, 2012

Nama Panggilan Nyomey Nyomey

Assalammualaikum w.b.t :)

Hai dear dear :) hehe . long time no see, miss me already ?? kahkah . ye. tajuk entri sudah jelas lagi bersuluh , cehh nak suluh apa cik kiah oii ? haha. nama panggilan ? im sure anda2 semua tentu ada nama panggilan masing2 kan. ye tak ? bukan satu, tapi beribu-ribu . ok metafora sangat dah ni =.= 
Jom hari ni kita share share nama panggilan kita nak tak ?? meh la.. mey mey la. kuikuikui . Nama sebenar saya  Noor Diana Binti Nasruddin Tay . Jangan tanya kenapa ada 'Tay' tu ye. Suppose you all have already knew it. kalau taktahu, meh sini hempuk sikit :p 
senang cakap nama aku Noor Diana . aku ada 5 nama panggilan . senang cakap setiap nama ada sejarah masing2. hahahha! nak tau? nak tau ? heheheh =D

1) DIANA
Panggilan DIANA ni biasanya my family yang panggil . ibu, ayah, mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, dan lain-lain mak su lah mak teh la maklang lah mak mak dan ayah ayah sekalian . diana juga panggilan buat kawan2 yang berbudi bahasa dgn memanggil nama aku yg sebenar ni .haha .eh tapi aku takde nak cakap yg x panggil tu tak berbudi bahasa . kurengg sikitt..hahah . jgn hard feeling sgt. haaa.. well. this is my true and real name. diana. that's it . :) eh jap. si dia pun panggil kita diana jugak :) dia cakap panggil diana nampak matang sikit. perangai je budak2 . hahahahha.

2) NOOR
Sejarah panggilan nama NOOR ni merupakan kenangan buat aku di zaman MRSM dulu . reti sebut tak ? bukan . mereka tak sebut NOOR macam sebut NUR . tak . macam ni . NO-OR . jadi bila mereka sebut, mereka sembunyikan huruf R, jadi NO-O . bunyi macam comel tapi sebenarnya tak comel langsung . :p
sejarah bermula bila masuk form 4 MRSM TERENDAK . masa tu first time masuk kelas fizik . igt lagi cikgu fizik yang memberikan nama tak comel ni iaitu SIR ZAKPAR . hurm =.= nak tahu bagaimana dan macam mana terterbitnya panggilan ni ? ni cerita dia . Cikgu ni dia nak panggil nama aku . bila dia dah sebut nama penuh aku, tiba2 dia stop kat NOOR. then die sebut dgn ulang2 nya NO-OR . dia cakap macam ni "NO or YES" . means dia nak gurau gurau la tu kan . haaaa.. NO or YES ?? korggg pahammm takkk ni ??? stress aku lah cerita kat kome ni . hahahah . so mula dari situ lah budak2 kelas panggil NO-OR, dan merebak lah virus ni ke seluruh batch . hurm . sampai kat matrik pun dorgg kejor aku dgn panggilan ni . so sweet :)

3) AURORA
Bermula dgn menukarkan nama FB daripada Diana Tay kepada Diana Aurora . Muncul lah peminat-peminat ku dgn memanggilku aurora sahaja :) hahahah . terima kasih fans . hikhik . nampak glamour sikit u olllls.. haha.. sebab aku tukar nama Diana Tay tu bukan sebab tak sedap ke tak suka ke whatever, korg tau tak betapa aku sedih sebenarnya nak tukar nama masa tu ? kisah bermula bila ada someone yang nama FB dia sebijik dgn aku DIANA TAY ni tiba2 chatbox kat FB tu tanya ni nama sebenar aku ke ?? erkkkk . =.= hey what are u expect people nak curi nama kau ke?? hahaha. takde lah marah beb . aku tergelak kot masa tu . dan disebabkan ade org tegur, jadi malulah nak letak nama sama, so tukarlah yg kepada lebih exclusive sikit . haaaa.. so, sejak tu, org mula panggil aurora, aurora, diana aurora bagai . dan salah satu sebab mungkin aku lagi femes dalam FB kot ?? hahaa. dan juga sebab nama diana ni dah berlambak kat sekeliling aku, jadi utk mengelakkan kekeliruan melanda, jadi ini jalan terbaik :) dan kenapa AURORA ? itu aku pun takde jawapan. so stop asking me WHY . penat nak jawab . =.= 

4) DIDI
Panggilan DIDI ni comel kan ? saya suka . nampak macam kanak-kanak . haha . so nama ni biasalah kan, biasa org yg nama depan dia huruf D, mayb ada je panggilan didi kat mereka. panggilan ni start masa kat matrik . yang rapat je yang panggil . lepas matrik stop kejap. then sambung kat UKM ni . masa mula2 dgr kawan panggil didi kat U, tiba tiba rindu matrik . rindu panggilan didi kat matrik :( heheheeh . kadang2 kalau mesej ke apa, dorg malas nak taip nama panjang2, dorg taip DI je, ataupun lagi pemalas , taip D sahaja :) hahaha. comel comel . I like :) 

5) DEKNA
DEKNA nama panggilan baru saya :) suka jugak panggilan ni super duper comel kot . korgg tak rasa ke? kuikuikui . DEKNA ni gabungan nama ZAHIDAH a.k.a ZAIDEK dgn DIANA . hahaha. eh yeke ? ntah aku rasa kot . si ZAIDEK tetiba memberikan nama yg sedap2 ni. haishhh kacau betul =.= ktorg panggil dia DEKDEK je. dia panggil kita balik DEKNA. haha. comel comel . lama lama boleh tahan melekat lah . rasa manja sangat DEKNA ni . hahahaha =D kawan, nama baru kita DEKNA tau :) kuikuikui. 


#kesimpulannya, kita tak kesah pun awak2 nak panggil kita dgn panggilan mana, asalkan tak melampaui batas dan nama yang bukan2 pulak bunyinya kan . hikhik =D thanks to the one who create the nicknames . haha. =D bye .