Assalammualaikum w.b.t :))
Kawan
yang sebenar-benar kawan adalah yang berterus terang, walaupun apa yang
terucap dari kata-katanya pahit, kasar dan pedas. Kita harus mengaku,
sebagai manusia kita tak suka dengar keburukan diri sendiri, tapi lebih
suka dengar kehebatan kita, lebih-lebih lagi bila dipuji orang lain.
Kita tak tahu di mana sempadan diri kita. Kita tak tahu macam mana
perangai kita. Hanya kawan-kawan yang boleh melihatnya dari luar, kerana
mereka melihat apa yang mata kita tak nampak.
Untuk membuat
penilaian diri, cara terbaik adalah menyuruh orang lain menilai diri
anda, perbuatan anda, kata-kata dan perangai Anda. Anda tak mungkin
menilai diri sendiri, kerana anda akan terdorong berbohong dan menipu
kebenaran.
p/s :: copy paste ayat fb dari mentor matrik saya dulu. ada benarnya kata2 ni. tapi lumrah manusia tak suka terima yang buruk . dan takut menerima kenyataan. hurm. fikir-fikir.
No comments:
Post a Comment