Assalammualaikum w.b.t :)
Alhamdulillah. Dengan segala puji dan keizinanNya, bermula tarikh selepas tamat bergraduasi dengan riangnya pada Oktober 2013 lepas dan sehingga hampir LIMA (5) bulan menanam segala jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, akhirnya REZEKI datang jua. 5 bulan bukan lama pun bukan sekejap, pejam celik pejam celik kan. TAPI, bagi penganggur terhormat mcm aku ni sememangnya 5 bulan tu tersangatttt lah lama oiiii. TIAP TIAP hari fikir 'BILA NAK KERJA NI'???? Hari2 tgk kawan2 makin lama makin ramai dah bekerja, update status pasal stress dgn kerja, aku pulak sibok STRESS nak KERJA. wahahhahaha!! lain bunyi tu. Apply jobstreet haremmmmm nak panggil pehhhh bersabar jela aku. mcm2 cara dah apply kerja tapi orang kata rezeki belum nak tiba. gituwwww. Last2 terbuka hati sangat nak join satu program talentcorp ni juga under JPA la senang citer. lepas sebulan join program ni, macam2 belajar, MACAM MACAM. seriously. Paling kagum sekali bab RESUME. Akhirnya aku mampu hasilkan resume yg tahap profesional dan orang kata sesuai sangat dah untuk apply kerja. lepas dah siap resume writting tu, peh kalau banding dengan resume sebelum ni aku cakap mmg malu woiii nak bagi orang tgk. patutlah before ni apply kerja satu pun x lekat. resume penting sangat ok sebagai 1st impression . tiket nak dapat interview tau. haa. so tunggu punya tunggu punya tunggu lepas hbs program ada lah pegi 2-3 interview. Salah satu company tu mmg my dream workplace la gituww.. interview boleh tahan tough jugak lah bagi aku yg zero work experience ni. Setakat part time or intern tak membantu sangat pun. So, at LAST, aku bakal memasuki alam pekerjaan yang selama ni aku inginkan. Nak kerja sangat kan. haa amik! hehehehe. Penantian yang berbaloi, kerja dengan company yang kalau boleh semua orang idamkan, dengan gaji yang tersangat memuaskan, tak semua graduan dapat peluang macam ni. Jadi kita kena bersyukur ;) Alhamdulillah. Kawan kawan, doakan aku tau. semoga aku tabah dan cekal hati memempuhi alam pekerjaan yang penuh dgn cabaran ni . :))
1 comment:
Nnt nk pinjam resume. Ajari aku dong
Post a Comment