Followers

Thursday, May 22, 2014

Kisah Aku dan Saga

Assalammualaikum w.b.t :)
 
 
Hari ni genap seminggu aku bawak Saga pergi kerja. Pun sebenarnya dah seminggu lebih Saga keluar dari tempat lahir dia. Pun baru jugak beberaoa hari lepas aku dah luka/cederakan Saga. Aku tak sengaja. serius. Ni la perkara yang paling paling trauma lah setakat ni. ye sebab utk masa depan aku tak boleh nak jangka apa lagi yang bakal terjadi kan sebab kita ni hanya mampu berdoa supaya Allah jauhkan kita dari perkara2 yg tak baik. ye dak..
 
So alkisahnya kejadian yang sedih dan agak tragis ni berlaku pada hari pertama aku bawa Saga pergi kerja. Masa tu nak balik kerja dah pun. Kejadian berlaku di pintu nak masuk ke apartment aku. Haish begitu sukar nk gambarkan perasaan pada masa tu, panic, sedih, takut, gelabah, blur semuaaaaaa lahh senang citer! *bayangkan org yg tgh eksiden tu* TAPI. nasib baik la bukan eksiden sesame kereta. Mampuii nak bayar ganti rugi orang. *ingat aku berduit?* Sebab yang buatkan aku terkilan yg amat tu sebab first, SAGA BARU KELUAR OK. second, AKU BARU BAWAK SAGA PERGI KERJA OK. and third, MEMANG SALAH AKU PUN. ini tak ok.
 
Well, nak diimbaskan kembali, mmg aku sendiri pun tak tau nak ceritakan balik mcm mana kejadian tu boleh berlaku sbb aku pun tak tau mcm mana boleh berlaku! Nak kata mengantuk bukan, mamai pun tak. berangan pun eh mcm tak. Kesilapan teknikal jela gamaknya. SEBAB AKU PUN SEBENARNYA BARU NAK RASA PEGANG KERETA. Hampir dua tahun lebih ade lessen pun tak pernah bawak kereta. Lepas tu ada la try bawak kereta manual kat rumah tu tapi setakat bawak gitu2 jela. pun sebenarnya takde lah pandai sgt pun bawak kereta. So, bila dah dapat Saga, rasa happy excited semua ada. Auto kan mmg xpayah belajar lah. tapi ko SALAH. Sebenarnya mmg ko xpayah belajar bawak auto, tapi ko kena BELAJAR bawak atas jalan raya. Belajar nak belok, nak U-turn, nak keluar simpang, masuk simpang, parking, nak amik side, pegang stereng dan sebagainyaaaa. Haaa tudiaaa. ingat senang ? Jadi atas sebab kesalahan salah satu di atas, Saga menjadi mangsa.
 
Walaupun sedih yg amat, menangis semalaman, kena marah lagi, kena bebel lagi, tapi aku redho seadanya. Aku anggap ni semua pengajaran dari Allah supaya lepas ni aku akan lebih berhati-hati bila memandu . InsyaAllah. Moga Allah lindungi kita semua. Aaminn..

No comments: