Followers

Thursday, December 29, 2016

Last day working in 2016 !!

Assalammualaikum w.b.t :)


Gaissss... 2017 is around the corner ! Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru 2017. Taknak cerita banyak, sebab makin lama pun tak tau nk tulis apa dalam blog ni. Dah tepu hehe!
Cuma nak cakap iols dah start rasa nervous !! Huahuahua. 63 days to go! Macam2 lagi benda kena settlekan. Ya Allah, kau permudahkan segalanya bagiku. Aamin. 

Doakan Diana ! ;) 
Happy New Year Everyone. 


Thursday, March 10, 2016

I will miss you !

Assalammualaikum w.b.t :)



Wish you all the best kakak! Forget me not :)
Dik non will miss you.
I love you!


Wednesday, February 10, 2016

Selamat Bertunang

Assalammualaikum w.b.t :)


Alhamdulillah. Tarikh 7.2.2016 selamat mengikat tali pertunangan dengan bakal suamiku. ecececehh. hahaaha. Mohamad Sharil Bin Jalil, terima kasih sudi jadikan saya tunang awak dan seterusnya bakal isteri dan ibu kepada anak2 awak. In shaa Allah. Semoga Allah berkati hubungan kita dunia akhirat, berikan kita kebahagiaan dan kesenangan, berikan kita ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam melayari hidup berumah tangga. Aamin. 


Tema : Blue + Pink + Cream



Sunday, January 10, 2016

Pengalaman Eksiden

Assalammualaikum w.b.t :) 


Wishing all the readers happy new year !
May this year brings us joy, happiness, blessing and success.

Tengok tajuk pun tau la ni bukan entri yang mengembirakan. Well, I should say the opening of 2016 was not a good one for me. Memang sesuatu yang amat meruntun jiwa ni. (apakah ayat ni). 
Selepas pengalaman eksiden langgar tiang masa mula2 drive dlu dah cukup buat diri ni gerun. But alhamdulillah, takde rasa takut ke fobia nak drive lagi. Buat macam biasa. Tapi of course bila tgk keadaan kereta akan buat hati ni sakit. hehe. Tapi tak repair mana pun sebab x efek banyak sangat. pergi hantar polish je nmpak lawa sikit. Jadi setelah hampir 2 tahun berikutan peristiwa tu takde dah eksiden berlaku. Alhamdulillah.

Namun, siapa bole jangka apa yang bakal terjadi untuk masa akan datang. Takdir Allah tak siapa bole halang. Kejadian/peristiwa malang yang kita tkalau bole taknak berlaku pada diri kita, tapi 'Kun Fayakun' kalau Allah kata ya, maka jadilah ia. 

Eksiden kedua pun berlaku atas kehendak Allah. Gedebang! Terus terkedu tak terkata. Pandang kiri kanan masih tak percaya apa yang berlaku. Dengan menyaksikan betul2 depan mata terjadi lagi lah aduhaii tolonglah lenyapkan memori tu dalam otak kepala. Taknak ingat langsung kalau boleh. kalau ingat bole menangis. 

Eksiden dengan moto. Eksiden kalau dengan moto je sudah tentu kita pemandu disabitkan bersalah. Tak kira lah mcm mana situasi nya. Moto bawak laju ke. Moto yang salah ke. Automatik kita pemandu yang salah. Tapi untuk kes aku, aku mengaku aku salah. tapi x bermakna si moto mangsa keadaan mentah2. 

Mungkin Allah nak selitkan kemudahan untuk aku. Nasib baik keluarga si moto bertenang, bersabar, bekerjasama, dan baik la.. yela lagii haru kalau jenis yang terus menuding jari, marah2 nak gaduh minta ganti rugi banyak2 tu kan. Syukur dijauhkan orang sebegini.

Kereta? Rezeki kereta la agaknya untuk menukar body baru.. Percaya rezeki yang datang, ada perginya.. Kadang2 bila benda buruk jadi, buat kita muhasabah diri. Kenapa boleh terjadi? Kenapa Allah pilih aku? Flashback balik apa yang kita dah buat? Dengan siapa? Hubungan dengan ibu bapa, dengan adik beradik, hamba Allah dan lain2.. 

Benda yang lalu jangan dikenang. Kalau kenang boleh sakit. Kalau boleh taknak ingat dah, sebab tu la cepat2 hantar kereta masuk bengkel, selagi nampak kemek2 depan mata selagi tu la tak tenteram. 

Semoga lepas ni lebih fokus dan berhati2 semasa memandu. In shaa Allah semoga Allah jauhkan lah kejadian2 yang buruk ni dari kita. Dan semoga Allah lindungi kita dan orang2 yang kita sayang. Aamin.