Assalammualaikum w.b.t :)
Wishing all the readers happy new year !
May this year brings us joy, happiness, blessing and success.
Tengok tajuk pun tau la ni bukan entri yang mengembirakan. Well, I should say the opening of 2016 was not a good one for me. Memang sesuatu yang amat meruntun jiwa ni. (apakah ayat ni).
Selepas pengalaman eksiden langgar tiang masa mula2 drive dlu dah cukup buat diri ni gerun. But alhamdulillah, takde rasa takut ke fobia nak drive lagi. Buat macam biasa. Tapi of course bila tgk keadaan kereta akan buat hati ni sakit. hehe. Tapi tak repair mana pun sebab x efek banyak sangat. pergi hantar polish je nmpak lawa sikit. Jadi setelah hampir 2 tahun berikutan peristiwa tu takde dah eksiden berlaku. Alhamdulillah.
Namun, siapa bole jangka apa yang bakal terjadi untuk masa akan datang. Takdir Allah tak siapa bole halang. Kejadian/peristiwa malang yang kita tkalau bole taknak berlaku pada diri kita, tapi 'Kun Fayakun' kalau Allah kata ya, maka jadilah ia.
Eksiden kedua pun berlaku atas kehendak Allah. Gedebang! Terus terkedu tak terkata. Pandang kiri kanan masih tak percaya apa yang berlaku. Dengan menyaksikan betul2 depan mata terjadi lagi lah aduhaii tolonglah lenyapkan memori tu dalam otak kepala. Taknak ingat langsung kalau boleh. kalau ingat bole menangis.
Eksiden dengan moto. Eksiden kalau dengan moto je sudah tentu kita pemandu disabitkan bersalah. Tak kira lah mcm mana situasi nya. Moto bawak laju ke. Moto yang salah ke. Automatik kita pemandu yang salah. Tapi untuk kes aku, aku mengaku aku salah. tapi x bermakna si moto mangsa keadaan mentah2.
Mungkin Allah nak selitkan kemudahan untuk aku. Nasib baik keluarga si moto bertenang, bersabar, bekerjasama, dan baik la.. yela lagii haru kalau jenis yang terus menuding jari, marah2 nak gaduh minta ganti rugi banyak2 tu kan. Syukur dijauhkan orang sebegini.
Kereta? Rezeki kereta la agaknya untuk menukar body baru.. Percaya rezeki yang datang, ada perginya.. Kadang2 bila benda buruk jadi, buat kita muhasabah diri. Kenapa boleh terjadi? Kenapa Allah pilih aku? Flashback balik apa yang kita dah buat? Dengan siapa? Hubungan dengan ibu bapa, dengan adik beradik, hamba Allah dan lain2..
Benda yang lalu jangan dikenang. Kalau kenang boleh sakit. Kalau boleh taknak ingat dah, sebab tu la cepat2 hantar kereta masuk bengkel, selagi nampak kemek2 depan mata selagi tu la tak tenteram.
Semoga lepas ni lebih fokus dan berhati2 semasa memandu. In shaa Allah semoga Allah jauhkan lah kejadian2 yang buruk ni dari kita. Dan semoga Allah lindungi kita dan orang2 yang kita sayang. Aamin.
No comments:
Post a Comment