Followers

Wednesday, February 22, 2012

Setelah Sekian Lama

ni latest gambar masa cuti hari tu . gambar ni amik masa mkn kat seoul garden yg glamour tu .
erk . lepas ni jgn harap aku nak mkn kat situ lagi . tobat .
*sebab aku cirit birit seminggu lepas mkn kat situ* bhahhahahah !!

Assalammualaikum w.b.t =)

wink.wink . kenyit mata sikit . ;) sudah sebulan lebih tak menatap wajah blog ni . perhhh rasa x percaya gitu! aku busy busy busy lah . hikhik . tp serius sekrang tangan dok ketaq ketaq xtau nak tulis ape! xde idea . mmg tak kreatif aku ni . ape lagi nk cakap ek . setiap sem asyik cakap, merungut benda yg sama je, mesti bosan kan . ape nak buat . dah mmg itu je masalah setiap kali nak masuk semester baru . serabut pale otak aku ni . nak daftar kursus pun mcm2 masalah, kepala aku ni mcm kene hempap dengan batu je . hishhhh .

Cuma sekarang ni , rasa bahagia sikit lah berbanding sem lepas. sem lepas aku byk makan hati . HAHA . pasal apa tu rahsia lah ek . malas lah gua nak kecoh kat sini . aku mmg sentiasa berdoa supaya segala apa urusan aku, family aku, kawan2 aku, pelajaran aku, kerja aku, cinta hati aku tu kan haaa sentiasa dipermudahkan dan semoga hubungan sesama manusia itu bertambah baik dan baik dan baikk sangat2, semoga sentiasa ada ikatan kasih dan sayang yg berpanjangan . ehem ehem ... hikhikhik . =p

Results Sem lepas ? boooo~ Aku bukan golongan Uitm lah . jangan tanya aku dekan ke tak boleh tak?please. soalan cepumas tu cuma akan mendatangkan rasa amarah aku je. hahahha . sebenarnya dalam hidup kita sebagai pelajar ni, siapa yg xnak kan tersenarai dalam DL, kelas pertama gituuuu . huhuh . tapi aku sedar tahap kemampuan aku, sedikit2 lama2 jadi bukit . ape aku merepek ni . terus terang aku cakap, bila aku amik keputusan utk berkecimpung (betul tak ejaan ni) dalam dunia sains, aku x pernah mengharap pun dapat pointer yg hebat sebegitu , sebab aku tau tahap aku di paras mana . masuk dunia matrik , mungkin masa tu cuma bernasib baik atau rezeki aku dapat pointer hebat tu , tapi bila masuk U semua berubah . Dan aku dah bersedia utk itu . sesekali rasa sedih, kecewa sbb xdpt survive mcm mana aku dapat masa kat matrik dlu . mungkin faktor persekitaran dan cara pembelajaran yg berbeza .

Tapi, aku happy je dengan setiap apa yang Allah nak bagi . aku rasa puas dan bersyukur . walaupun ade org yg lebih tinggi dari aku , itu kan rezeki dan atas usaha masing2, takkan aku nak cemburu pulak kan . eii mestilah rasa tercabar beb , aku jadikan itu sebagai cabaran dan aku terus berusaha lebih utk dpat yg terbaik . Alhamdulillah . Allah tolong . Nak ceritakan detik aku nak tau results sem ni mmg ntah xtau nak cakap macam mana, masa dah tau tu , terus menangis sambil mulut tak berhenti ucap Alhamdulillah , terima kasih Allah, DIA dengar dan makbulkan doa aku =) terus turun dapur peluk ibu yang tgh masak tu . berderai-derai air mata . hehe . Walaupun tak setinggi gunung , tapi aku happy dan bersyukur sangat =)

so, sekarang ni, aku berazam utk teruskan lagi usaha2, walau susah mana sekalipun , jangan merungut . aku selalu pegang kata2 ni . 'Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu selagi DIA tahu kita mampu lakukannya' , lebih kurang lah ayat ni . maksudnya korg faham kan . dari dulu lagi aku selalu cakap mmg aku x mampu nak bawak course berat ni , sikit je lagi mmg nak tukar course, parents pun dah sokong masa tu , tapi lama2 tu aku nak cuba dulu , lama2 aku selesa then aku redha dan ikhlas utk teruskan . Alhamdulillah , semua berjalan dengan lancar . =)

lagi satu , aku tahu diri aku ni tak kuat utk hadapi kegagalan . bila gagal sesuatu , aku hilang mood, aku jadi sedih , kecewa, putus asa, rasa diri ni bodoh , ,macam2 lagi lah . tp lepas tu Allah sedarkan aku balik , jadikan aku terus tabah dan sabar utk hadapi semua ni . terima kasih Allah . Hidup manusia ni selalu berputar mcm roda, kadang2 kita kat atas, kadang2 kita kat bawah . ape nak buat ek kalau kita rasa diri kita sentiasa berada kat bawah je ? hurm . renungkan .

heiii . sebenarnya ape aku nak tulis ni spontan . aku cuma ikut gerakan otak aku ni dan aku interpretkan melalui jari2 yg kecil molek ni utk taip kat keyboard ni . HAHAHA . ;)
ok lah korg . is lunch hour now . lapar kot . bye korg . =))


p/s : goodluck and welcome semester baru ! :)

No comments: