Followers

Monday, December 22, 2014

Farewell

Assalammualaikum w.b.t :)



Selamat tinggal Defri. Our Colleague yg dah berkhidmat selama hampir 7 tahun kat Pharmaniaga ni. The only male in our department.. Officially tomorrow (24 december 2014) hari terakhir sebelum dia tinggalkan ktorg. hehe. urm. Selama 8 bulan duduk sebelah sebelah kat office, Orangnya kalau tengok memang nampak pendiam and pemalu gilaaa.. mula2 cam igt ek ele mamat ni senyap je tak tegur HAHA. tapi dah lama2 tu haaa kau kuat menyakat kot defri ni !! Almost everyday ada je benda nak sakat. haha. Dan yg paling penting he was very a  helpful person. Cakap la ada masalah apa, IT ke, nak print tak reti ke, buta IT ke, cane nak buat word la ape la tanya la dia akan usaha tolong. Satu karakter dia yg funny dia kalau buat lawak orang lain yg ketawa berdekah tapi dia takde perasaan. korgg tgk la gambar atas tu muka innocence je puiii. senyum pun nak taknak. HAHA.

Ok la. All the best to defri. We will miss you! seriously haha.




'Leaving is not always easy but it has to be done sometimes. We wish you lots of success on your further way'.


Sincerely,
your colleague.


















Thursday, May 22, 2014

Kisah Aku dan Saga

Assalammualaikum w.b.t :)
 
 
Hari ni genap seminggu aku bawak Saga pergi kerja. Pun sebenarnya dah seminggu lebih Saga keluar dari tempat lahir dia. Pun baru jugak beberaoa hari lepas aku dah luka/cederakan Saga. Aku tak sengaja. serius. Ni la perkara yang paling paling trauma lah setakat ni. ye sebab utk masa depan aku tak boleh nak jangka apa lagi yang bakal terjadi kan sebab kita ni hanya mampu berdoa supaya Allah jauhkan kita dari perkara2 yg tak baik. ye dak..
 
So alkisahnya kejadian yang sedih dan agak tragis ni berlaku pada hari pertama aku bawa Saga pergi kerja. Masa tu nak balik kerja dah pun. Kejadian berlaku di pintu nak masuk ke apartment aku. Haish begitu sukar nk gambarkan perasaan pada masa tu, panic, sedih, takut, gelabah, blur semuaaaaaa lahh senang citer! *bayangkan org yg tgh eksiden tu* TAPI. nasib baik la bukan eksiden sesame kereta. Mampuii nak bayar ganti rugi orang. *ingat aku berduit?* Sebab yang buatkan aku terkilan yg amat tu sebab first, SAGA BARU KELUAR OK. second, AKU BARU BAWAK SAGA PERGI KERJA OK. and third, MEMANG SALAH AKU PUN. ini tak ok.
 
Well, nak diimbaskan kembali, mmg aku sendiri pun tak tau nak ceritakan balik mcm mana kejadian tu boleh berlaku sbb aku pun tak tau mcm mana boleh berlaku! Nak kata mengantuk bukan, mamai pun tak. berangan pun eh mcm tak. Kesilapan teknikal jela gamaknya. SEBAB AKU PUN SEBENARNYA BARU NAK RASA PEGANG KERETA. Hampir dua tahun lebih ade lessen pun tak pernah bawak kereta. Lepas tu ada la try bawak kereta manual kat rumah tu tapi setakat bawak gitu2 jela. pun sebenarnya takde lah pandai sgt pun bawak kereta. So, bila dah dapat Saga, rasa happy excited semua ada. Auto kan mmg xpayah belajar lah. tapi ko SALAH. Sebenarnya mmg ko xpayah belajar bawak auto, tapi ko kena BELAJAR bawak atas jalan raya. Belajar nak belok, nak U-turn, nak keluar simpang, masuk simpang, parking, nak amik side, pegang stereng dan sebagainyaaaa. Haaa tudiaaa. ingat senang ? Jadi atas sebab kesalahan salah satu di atas, Saga menjadi mangsa.
 
Walaupun sedih yg amat, menangis semalaman, kena marah lagi, kena bebel lagi, tapi aku redho seadanya. Aku anggap ni semua pengajaran dari Allah supaya lepas ni aku akan lebih berhati-hati bila memandu . InsyaAllah. Moga Allah lindungi kita semua. Aaminn..

Wednesday, April 30, 2014

Two weeks

Assalammualaikum w.b.t :)

Okay ni kalau korg tgk aku free je update blog ni haa jawabnyaa aku tgh takde kerja la tuuu.. muahahha! mana idoknyaa boss dgn assistant manager tak ada! dorg travel ke Penang. Huuuu. So takde orang nak menyuruh dan mengajar. So byk hbskan masa buat apa ntah godek godek dokumen. bosan dah membaca ni. huh. Okay. so far dah hampir dua minggu masuk kerja. Esok hari pekerja. 1 Mei 2014. Peh 1st time rasa cuti labour day sebagai seorang pekerja. muahaha. Makin lama dapat adapt, maksud aku kawan lah. kalau bab kerja belum sepenuhnya. 10% ada lah. kawan pun tak semua. mungkin sbb majoriti ahkak ahkak yang dah kahwin anak dah ramai so mcm tak masuk plak. yg sebaya pun ni haaa dua orgg. boleh la masuk kepala. haha. tapi at least lagi better dari 1st week lunch pun sorg sorg. mmg hampeh. my colleagues yg same department sgt lah tak ramai. cisss 3 org je. tapi nasib baik dorg baik baik belaka. hurmm. I hope things will get more better soon. InsyaAllah ! :)

Thursday, April 17, 2014

Rezeki, Alhamdulillah ;)

Assalammualaikum w.b.t :)



Alhamdulillah. Dengan segala puji dan keizinanNya, bermula tarikh selepas tamat bergraduasi dengan riangnya pada Oktober 2013 lepas dan sehingga hampir LIMA (5) bulan menanam segala jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, akhirnya REZEKI datang jua. 5 bulan bukan lama pun bukan sekejap, pejam celik pejam celik kan. TAPI, bagi penganggur terhormat mcm aku ni sememangnya 5 bulan tu tersangatttt lah lama oiiii. TIAP TIAP hari fikir 'BILA NAK KERJA NI'???? Hari2 tgk kawan2 makin lama makin ramai dah bekerja, update status pasal stress dgn kerja, aku pulak sibok STRESS nak KERJA. wahahhahaha!! lain bunyi tu. Apply jobstreet haremmmmm nak panggil pehhhh bersabar jela aku. mcm2 cara dah apply kerja tapi orang kata rezeki belum nak tiba. gituwwww. Last2 terbuka hati sangat nak join satu program talentcorp ni juga under JPA la senang citer. lepas sebulan join program ni, macam2 belajar, MACAM MACAM. seriously. Paling kagum sekali bab RESUME. Akhirnya aku mampu hasilkan resume yg tahap profesional dan orang kata sesuai sangat dah untuk apply kerja. lepas dah siap resume writting tu, peh kalau banding dengan resume sebelum ni aku cakap mmg malu woiii nak bagi orang tgk. patutlah before ni apply kerja satu pun x lekat. resume penting sangat ok sebagai 1st impression . tiket nak dapat interview tau. haa. so tunggu punya tunggu punya tunggu lepas hbs program ada lah pegi 2-3 interview. Salah satu company tu mmg my dream workplace la gituww.. interview boleh tahan tough jugak lah bagi aku yg zero work experience ni. Setakat part time or intern tak membantu sangat pun. So, at LAST, aku bakal memasuki alam pekerjaan yang selama ni aku inginkan. Nak kerja sangat kan. haa amik! hehehehe. Penantian yang berbaloi, kerja dengan company yang kalau boleh semua orang idamkan, dengan gaji yang tersangat memuaskan, tak semua graduan dapat peluang macam ni. Jadi kita kena bersyukur ;) Alhamdulillah. Kawan kawan, doakan aku tau. semoga aku tabah dan cekal hati memempuhi alam pekerjaan yang penuh dgn cabaran ni . :)) 




Wednesday, January 1, 2014

In future, if you want to fall in love again, dont give man everything.