Followers

Tuesday, May 28, 2013

Jaga Hati Manusia

Assalammualaikum w.b.t :) 

Susah kan nak jaga hati manusia ? lagi susah sebenarnya nak jaga 'hati' sendiri . Hati manusia berubah-ubah. hati kita pun mcm tu . Dah nama pun manusia, mesti ada cacat celanya, nama pun tak sempurna. masing2 ada kelemahan tersendiri. Ada kawan cakap, penat nak jaga hati semua orang. Selalu jugak perasan dia selalu cakap benda yang sama. mungkin dia tuju pada manusia yang berbeza. Tapi ada sekali tu, dia tuju pada aku . Hurm . 
Hati manusia mana yang senang nak jaga. lagi2 kalau yang sensitif tu . cepat terasa. mudah rasa sentap. orang2 mcm ni pun sebenarnya susah nak kawal 'hati' memasing. Orang cakap, kalau kita nak orang lain jaga hati kita, kita kena lah jaga hati org lain dulu. 
tapi aku rasa fitrah manusia, mesti ada perasaan 'kecil hati' , 'terasa', 'sentap' dan bla bla bla. kau tak pernah rasa ke? aku selalu rasa mungkin aku tak normal kot ada perasaan mcm ni . atau mungkin yang tak pernah rasa tu yg tak normal ? which one?
Kenapa dalam setiap hubungan persahabatan tu kadang kadang tak semuanya manis . Sedangkan benda tu di luar kawalan kita, benda nak jadi . terima jela. 
Sikap aku bila aku terasa/sentap, mmg aku bengang gila.. aku lagi bengang kalau org tu tak reply sms kita bla bla bla.. kesabaran ada hadnya.. aku boleh sabar, aku sabar. Tak semestinya bila kita yang minta maaf dulu beerti kita yg salah. takpe kalau kita yg mulakan dulu kalau pihak sebelah sana taknak mulakan. ego kan memasing . tak bawa ke mana pun -.- 
One more thing, dalam dunia ni mmg tak semua org suka kan kita. who cares? bukan dorg pun yang sara hidup kita ni . kesah plak aku dorg nak kutuk ke nak cakap belakang ke.. yang penting , kita jangan buat mcm mana yang dorg buat tu. biar org buat kita, kita jgn buat orang. that's it. 

Yg plg penting, balik pada hati kita. Mengadu pada Allah jalan paling baik drpd mengadu dgn manusia. hati kita kan kita yang kawal. Dan setiap masalah ada jalan yang baik dan buruk utk kita pilih, kenapa nak pilih yg buruk sedangkan kita ada jalan lebih baik untuk dipilih kan. 
Dalam masa berbaki lagi 3 minggu kat UKM ni, harap aku bersabar, bertahan dan sentiasa berfikiran positif terhadap org2 di sekeliling aku. Dan sibukkan diri utk create good memories dgn semua org. Lepas ni kita mungkin tak jumpa dah . 


Ikhlas dari hati , Diana.

Thursday, April 4, 2013

Isu pasangan bercinta

Assalammualaikum w.b.t :)

OK. ye aku tau dah lama sangat menyepi skrg ni. dah 3 bulan ku x update blog ni . kesian silent reader ku. ahaks! malam ni tetiba nak update. sebab rasa ngantuk tp xdpt nak lelap, tp malas nak buat kerja. so dah lama tak taip so rasa janggal sikit. kalau ada typo harap maaf  :)
Lately ni sejak sejak 2-3 tahun ni mmg musim remaja yang sezaman seperti aku ni menamatkan zaman bujang masing masing . bertuah tuan badan kerana bertemu jodoh di usia yang muda :) tak nafikan aku serba sedikit ada rasa 'meroyan' kat situ . kebanyakkan rakan2 sekolah dulu2 dah ramai yg tunang, kahwin, ade yang dah ade baby dan bagai2 lagi . best kan. bila tengok org lain mmg best, kita pun rasa nak kahwin jugak kan. tp tanya empunya badan, awak sudah bersedia ke? and jawapan aku : BELUM BERSEDIA lagi even 1% pun. hurm. Sebab ? macam2 sebab weiiii. nak kahwin ni bukan nak ikut rasa gatal2 tu je, tp kena lah bersedia fizikal dan mental, yang penting cane nak jadi isteri mithali tu , nak pikat hati suami tu . bukan takat everyday nak cakap i lep you you lep u, i miss you you miss me. bukan takat tu je tau! haaaa kena tau tu!! so aku mmg belum bersedia . Dan kebanyakkan kawan2 yang dah langsung tu kebanyakkan calon suami mereka tu dah bekerja, dah mantap dari segi ekonomi, yang takat bercinta dengan baya2 korgg tu lupakan jela niat nak kahwin awal lain la kalau family sudi 100% tanggung anda. kalau ada, untunglaaaaa..........
eh aku rasa aku dah merepek jauh ni . mari kita ke agenda yang sepatutnya . hehehehe. Sebenarnya aku ni jenis yang suka mendengar kisah2 cinta kawan2 ni .. if they willing to share la, aku mestilah excited nak dengar kan! suka dengar kisah2 bila clash la, apa sebab la, punca utama la bla bla bla bla............................
Dan pada aku la, punca utama pasangan clash adalah kekurangan atau ketiadaan sikap '' saling memahami antara satu sama lain ". jeng jeng jeng. sebab ape tau, sebab kalau ko setia pun tp x memahami tak guna jugak, kalau jujur pun tp x memahami pun xguna jugak dan seangkatan dengannya.. senang cakap benda pertama kena ada adalah ''PERSEFAHAMAN''. saya faham awak, awak faham saya. gituuuuuuu. pastu bila kita saling memahami kan, takkan timbul soal cemburu buta, soal ragu2, soal queen/king control dan lain lain. 
Jadi, kalau korg dah rasa tak de persefahaman tu, berpisah jela jalan terbaik kerana sampai bila2 pun kita takkan faham antara satu sama lain. Bila clash tu kan, wajib la bagi lelaki/perempuan akan cakap ''haaa awk tu yang xpernah faham sy!" / ''eh awak la yg sebenarnya tak faham saya'' .. gituuuu. mesti mcm tu punya laaaa.. kadang2 kita gaduh bukan sbb org ketiga, tp sbb kurangnya 'persefahaman' tu lalu bergaduh la kitaaaaa... hurmmmm... antara sikap2 yang boleh mengundang pergaduhan ni adalah : :

1) Kuat cemburu / cemburu buta
2) Panas Baran
3) Tiada tolak ansur
4) Ego

Orang cakap, kalau kita jadi api, biarlah pasangan kita tu jadi air... hehhehe :) api dan air kan saling memerlukan. oh sweetnya! hehe. tapi kalau dua2 nak jadi api maka masuk neraka lah kau !! dua2 nak jadi api, syaitan pun jadi api yang makin meng'api'kan korgg, habis tu siapa nak jadi air??? aku keeee?? haha!!
aku kerap dengar cerita pasangan yang dua2 jenis panas baran. kalau bergaduh tu, astaghfirullah, dua2 mesti nak keluarkan ayat2 dan perkataan2 yang tak sedap didengar, yang caci maki pun ada. ehhh ape tu??? kita ni kawan ke??? ek eleeeee.. rasa nak tumbuk je.. kalau kita nak layan bakal suami/isteri kita, takpun bila dah sah jadi suami isteri nanti nak layan macam tu ke??? what the heck !! aku nasihat kan korg clash jelaaaa.. tak selamat rumahtangga weiii maki hamun macam tu.. heeeeeeeee..

Namun begitu, kalau jenis psangan yang cemburu buta pulak ??? tak dapet nak nolong nyahhhh. cemburu ni pun payah jugak tau . susah nak control. tp sebenarnya bole control kalau kita faham si dia.. haaaaa...
maksudnya kalau kita tau si dia jenis yg mesra, peramah , so kita jgn la mudah melenting/melatah bila nampak si dia dengan org lain . tak ke mengundang kemarahan dan pergaduhan jee.. takkan la pasangan korg tu sikit pun xboleh nak kawan dengan berlainan jantina masing2.. takkan la xboleh nak bercakap atau bergurau senda langsung ? kannn kannn kannnn.. aku sendiri pun tak suka org kuat cemburu ni. serabut. hidup x senang, asyik kena control je. ish ish tak patut tak patut. hak berkawan hak kamiii!!! ehhehehe...
Tapi bg pasangan yang dah sedia maklum kekasih hati anda tu jenis yang kuat cemburu, yang engko gatal sgt pi amik gambar berdua bermesra2 tu mengundang padah ke ape... ek eleeee.. jaga lah hati kekasih tu sikittt.. hak berkawan hak jugak, tp jangan lah over pulaks! ishhhh.. 

eh aku penat la taippp.. tetiba ngantuk pulak. kita sambung next time la ye :) selamat membaca -.- 

Friday, December 28, 2012

Final exam 2012

Assalammualaikum w.b.t :)

well hello ~! Final exam is just around the corner . by the way for this sem, i just have two paper? youu jelly much ? nanananana . hiks~ *apahall gedik semacam* . bila terlalu byk paper, dan terlalu sikit gap pun nak mengeluh, bila terlalu sikit paper tapi terlalu banyak gap pun nak mengeluh . haih manusia tak pernah nak bersyukur . hurm. This is my second last sem in ukm. dalam hati tak sabar nak grad, tak sabar nak praktikal, x sabar nak kerja~! tapi cuak nak menghadapi hari viva , cuak dan bla bla bla. Terasa cepat masa berlalu kan kan. oh ye lagi beberapa hari nak masuk new year dah 2013. wow~! seriously im turning into 22 ? not yet~! but will be officially turn into it on my birthday ~! yeahhh  *lambat lagi seyhh* wow. makin tua beb not makin muda. alahaiiii~! bila orang nak datang meminang aiiii ni . huuuuuuu ^.^ 
Makin tua tak kisah, tapi yang kisah amalan kita tu . ingat okey diana. ingat . okey . sambung study . oh ye! goodluck untuk yang akan amik exam jugak. All the best . 

p/s : xoxo diana. *eh gedik lak letak xoxo* haha

Monday, December 17, 2012

Assalammualaikum w.b.t ;)

Assalam semua :) Malam ni terasa nak post sesuatu yang berilmu yang berilmiah yang ber ber dan ber lagi . hurm .  Ni salah satu zikir yg aku suka dengar. Alunan dia. Sebutan dia. Makna dia. Subhanallah. Selalu jugak bukak dan dengar zikir ni waktu waktu maghrib . Tenang je rasa, Hayati betul2, ikut berzikir lagi , then muhasabah diri . Walaupun zikir ni zikir ' taubat nasuha', tapi tak semestinya bila kita buat dosa besar je baru boleh praktikkan zikir ni . Sama juga macam solat sunat taubat. Setiap hari kita tak terlepas dari dosa. Tak kira dosa kecil atau besar, yang sengaja atau tak sengaja. Dosa dgn Yang Maha Besar, ibubapa, guru2, kawan2 , malah makhluk2 yang hidup dan yg tak hidup di bumi ni . 



Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat .
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa.
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna.
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan.
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas.
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…


p/s : "Apa saja nikmat (kebaikan) yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana (keburukan) yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri....." [an-Nisaa: 79]



Wednesday, December 12, 2012

Bosan

 Assalammualaikum w.b.t :) 

Sebenarnya tengah bosan. jadi disebabkan insan yg bernama diana ni tersangat laaa terujaaa sbb baru terhegeh-hegeh nak download application yg canggih2 kat fon *orang lain dah lama ada dah* .
hehehe :p
bosan2 ni kita edit2 gambar . sila lah layan kebosanan saya ni ^.^










p/s :: penat la sebenarnya edit gambor ni. ade je yang tak puas hati . haha


Hijrah

Assalammualaikum w.b.t ;)


Secara rasminya saya memperkenalkan laman Tumblr saya yang baru dibuka awal Disember . 
hikhikhik :p
Jemput-jemput .
Sesiapa ada tumblr, boleh la letak link kat sini. 
insyaAllah saya follow ;)
Semoga dapat jadikan tumblr satu media untuk kita share sesuatu yang boleh membawa kita ke dunia yang lebih baik ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s :: Masih dalam proses pembinaan dan pembaikian sebab belum nampak cantik dan mantap lagi pengisiannya. insyaAllah ^.^

Tuesday, December 11, 2012

Barakallah !



Assalammualaikum w.b.t ;)


Hai ! entri yang ringkas aku rasa. last saturday, one of my bff get married ;) I was so happy for her. There was another old story, but then I thought it was not suitable to share with public. Hurm ! Tema warna biru. Iollllss mmg dah tau tema wedding tu warna biru . but then, iolllss sengaja pilih warna turqoise supaya orang tak tersalah anggap yg iollss ni pengapit dia. ahaskkk! but then, still ade orang tegur baju kaler I same dengan tema. woooot woooot. Bila terjah masuk bilik pengantin, kawan I dah siap tunggu masa nak sanding. Saat tu, serius tak tau kenapa tetiba sebak dan rasa terharu . sumpah aku control air mata time tu. hahaha! bergenang la jugak. motif ?? hehe. mane la aku tau ! haishh. sumber kata ade dua kemungkinan, 1st sebab aku lama tak jumpa dia, 2nd sebab dia kahwin dlu dari aku. hahaha! choiiiii. :P  
Kepada bff ku, sakinah. semoga perkahwinan ini kekal bahagia dunia akhirat. dan semoga perjalanan hidup akan datang sentiasa dirahmati dan dberkati Allah selalu. Amin. Dan jangan lupa, doa kan kawan2 lain supaya dipercepatkan jodoh. ecececehh.. hikhik :P 
Disini ada sedikit gambar2 untuk tontonan. kahkahkah. ayat macam ape jeee.. :D




















p/s :: yeaayyy !!! lepas ni turn siapa pulak ??? wooottt woooottt -.-