Assalammualaikum :)
Apa khabar u olls ? sihat ? hurmmm.. aku sihat2 jer, bertambah sihat dah sejak2 rutin kat rumah terlentang tido jer kan, of course lah sihat. kui3.
Baiklah. Hari ni aku nak kupas sikit tentang masalah2 remaja ni, sebenarnya bukan remaja je, yg dah tua bangka pun buat jugak ! Disebabkan aku masih lagi di alam remaja , hihi, jadi aku mungkin juga terdedah kepada perkara2 yg selalu remaja2 ini dikaitkan.
'MAKSIAT' @ 'ZINA'
Kita semua faham kan apa maksud maksiat tuh, ape maksud zina tuh. dah xpayah susah aku nak explain kan kat sini. klw xpaham jugak, pegi cari pakcik google. hehe.
Biasanya, kegiatan2 seperti ini dikaitkan dgn remaja. Dah terbukti pun kan, harian metro tuh hari2 ade jer artikel pasal terlanjur, zina, berasmara . Hurm.
Mungkin antara pembaca2 sekalian, atau dalam kalangan kawan2 sekeliling anda sudah pun terjebak dgn aktiviti2 tersebut . Atau mungkin ex-boypren anda, ataupun ex-girlpren anda. Ataupun mungkin juga bf dan gf anda2 semua pernah terlibat sekali. Mungkin kisah silam mereka? Tidak dinafikan . Betol ?
Jadi, katakan la ye, katakan la, bf atau gf kita yg sekarang ni, pernah mengaku kat anda, yg mereka tuh pernah buat maksiat dgn ex ex ex ex ex ex dorg tuh. HAH ! korg terkejut tak? tak sangka kan, korg berkawan dgn seorg yg pernah buat keje jahat ? hishhhhhh !
Tak pe. kita kene steady. HAHA. ok. Mengikut pandangan aku la, Kalau kita berdepan dgn masalah yg cenggini, oppppss ! jgn cepat melatah, byk kan bersabor. huhu.
Sebenarnya, bila seseorg tuh pernah buat kesilapan, pernah buat dosa2 besar ni , (sedangkan melawan ckp mak pun dosa tau) bukan nyer mereka tak sedar. dorg sedar kot. Hakikatnya perkara dah berlaku. Nasi dah jadi bubur. Cuma terpulang kepada individu2 tersebut untuk rasa menyesal dan bertaubat kepada-Nya.
Macam mana kalau sekiranya mereka itu tak menyesal malah mengajak pula anda melakukan perkara yg sama? hurrmmm. ni kes berat ni ! ape lagi, buang hati, ludah jantung, padam semua I lap U, U lap ME, tinggalkan jela bf/gf anda tuh. tuh maknanya dorg masih lagi dgn pendirian hidup dorg yg bergelumang dgn maksiat. kenapa kita yg suci murni ni yg ikut perangai dorg kan ? yeah ! think people !
Memang tak dinafikan la, hampir semua ye lelaki2 kat dunia ni, tak kira melayu ke, cina ke, omputih ke, dah nama pun Allah bagi 9 akal, 1 nafsu. Jadi normal la kalau dalam fikiran mereka tuh nak yg "SATU" tuh jer. memang, tak payah korg nak terkejut, setiap kali bila korg berdating , mmg fikiran mereka, mmg dorg rasa nak buat. Ye ! aku tak tipu. (ni dah buat research, dah ty yg pakar da ni, huhu) , so, antara nak atau taknak saja! lelaki boleh pilih. Itu sebab penting nyer kekuatan iman dalam diri masing2. Bila da berdua, tentu ada yg ketiga, maka golongan2 yg 'ketiga' ni la yg mendorong anda2 semua melakukan aktiviti yg tak bermoral tuh .
Tapi, sekiranya mereka2 ini menyesal ? dan kita pun yakin mereka btol2 dah menyesal tahap gaban dah, mmg da menangis minta ampun bagai, justeru mereka harus diberi peluang kedua. Manusia mmg tak lepas dari membuat kesilapan, kita pun bukan malaikat yg sempurna disisi Allah . betol ? dan sape la kita nak menilai baik buruk seseorang . Kan ?
Apa yg kita boleh buat cuma beri nasihat, kalau boleh bimbing mereka supaya bertaubat, mengajak mereka melakukan kebaikan, dan lain2.
Dan kalau kita betol2 sayangkan mereka, sudah tentu kita boleh terima keburukan mereka seadanya. Setuju ?
Manusia mana tak pernah buat silap? cer bgtau .. Even diri aku pun pernah buat silap masa dulu2, masa umur tak matang lagi .. Suka lawan ckp ibu (haish) , kan terok bunyi tuh . Aku pun tak lari dari buat dosa2 ni. Cinta monyet sana sini, skandal-skandal tak payah citer la.. hehehe.. Kita sama2 pernah buat silap. Jadi, nak tggu ape lagi ? huhu .
Ok. setakat ni jela huraian2 aku. HAHA. Mcm nak buat forum perdana lak. kuikuikui.
Tak kisah la korang2 nak kata aku bajet baik ke tulis entri yg cenggini, well, aku mmg baik pe. HAHA. Sekadar berkongsi pendapat. Tak salah kan ? ;p
Terima kasih sudi baca entri kali ni :)
p/s : Entri ni ada kaitan dgn sumber artikel dari suratkhabar. harap maklum :)
No comments:
Post a Comment