Followers

Thursday, November 3, 2011

Perihal "EX"

Assalammualaikum w.b.t :)

" An 'EX' is called an 'EX' because it is an 'example' who you shouldn't DATE in the future "

Kita mulakan dgn propaganda di atas :) hehe! aku jumpa ayat ni dalam fb lantas dgn segera aku share kat fb . hmmmm. bernas bukan ? ayat ni sangat bagus maksudnya . bukan ? mmg korg ni taik tol la. *eh tetiba emo* hikhik ..

Kenapa Allah pertemukan kita dgn org yg salah terlebih dahulu sebelum Allah temukan kita dgn dgn org yg betul akan jadi suami/isteri kita pada suatu hari nanti ? urm , maksudnya kenapa kita banyak kali bercinta, pastu banyak kali putus cinta ? kenapa? kenapa? kenapa ? angkat tangan sape yg nak jawab . hehe .
Dah kata pun, segala yg terjadi ada hikmahnya . Kita haruslah terdedah dan mengkaji pelbagai jenis perangai, ragam, tabiat manusia ni sebelum kita membuat keputusan utk sehidup semati . cehhhhh ..haha . so. moral of the story , berkawan lah seramai yg mungkin .. peh . aku buat ajaran sesat ke ape ni .. hehe . takde takde . abaikan statement tadi .

kat sini aku just nak tulis ikut sedap aku jela kan . kau peduli ke? hehe . ok ok . sorry kasar sikittt.. kuangkuangkuang ..
Tapiiii .. ade je antara kita ni , yg Allah belum temukan jodohnya lagi , maksudnya kat sini sepanjang hidup sebelum dia kahwin , die belum pernah bercinta dgn mana2 laki/perempuan . kiranya dia xde la boypren girlpren ni . kiranya dia terus jumpa lah jodoh sebenar dia . alangkah masyukkk nya haihhh .. kuikuikui ..
Istimewa nya org tu kan . eh kita pun istimewa jugak pe. hehe . well. kat sini aku nak bgtau .. jangan mention 'kapel itu haram', kalau kau pun buat benda yg sama . no no . is not good . lantas kau akan mengecilkan hati si pendengar. ini serius . weh , kau nak cakap kapel tu haram kan , kau kapel takpe plak ? ohh . kira lepas dah insaf pastu boleh la kau nak cakap macam tu . ehh sama je punnnn . well . eloklah kau berdiam diri je . Baguslah kalau dah ada kesedaran , dapat hidayah .. hurm . kat sini, aku taknak pertikaikan isu isu kapel haram ni sbb aku tak arif pasal bab ni . nanti salah cakap ade yg belasah aku jap lagi . kuikuikui . oh jap . takut korg tersalah faham ayat aku kat atas ni. maksud sebenar aku ialah .. ok, kalau kawan korg tu baru lepas clash , and then kira dia dah single lah kan . so, yg korg ni plak mmg ada kapel , pastu , kawan korgg tu asyik lah nak cakap kat korg yg kapel haram bagaiii . ish . tak elok ! cara tu tak manis . tak kene pada tempat . Boleh tak aku nak cakap yg org yang berkapel pun ada kesedaran tentang haramnya kapel . boleh ? aku lah salah sorg tu kan . yela . mmg la aku tau kapel tu haram . so, kalau lah kita yg ada kapel ni, keep on saying that kapel tu haram , molek lah jugak kan, kira utk nasihatkan diri sendiri jugak kan . korg setuju tak ? tp aku xdelah sampai nak sindir sindir org, sbb aku pun buat . haih .

Aku rasa mcm dah lari topik sikit lah . ok back to our main topic . EX ! kenapa kita clash dgn org dulu, sbb tak serasi, tak sefahaman , sbb hal kecik nak gaduh , sbb suka mendesak , cemburu buta , kuat merajuk, panas baran, curang , kayu tiga, playboy, playgirl .. blaaa blaaa blaaaa.. ye tak ???

so. kenapa kita panggil EX ? contoh org org yg kita pernah date . contoh dijadikan sebagai teladan dan pengajaran . contoh untuk kita lebih berhati hati dalam memilih pasangan di masa hadapan . contoh org org yg kita patut elak dari bergaul dgn mereka . haaaaaaa.. tu dia . *eh jap, asal tiba tiba aku pro bab2 ni , ahaks *

Next . Ada juga yg clash bukan sbb perkara-perkara yg negatif . Mereka itu berfikiran positif . contoh alasan .. nak single, nak fokus study , nak belajar rajin2, nak cari duit, taknak buang masa layan cintan cintan , taknak buat benda yg haram , dan yg paling utama, taknak buat perkara yg menghampiri zina .. ok. thats good . Aku suka org org yg berpendirian teguh macam ni :)

Betul tak kalau aku nak cakap yg 'niat' tu sebenarnya memainkan peranan yg penting ? contoh kan . kalau kita niat , kita kapel sbb nak buat perkara yg tak elok . ada kan org macam tu ?? ada kan ? dalam kata lain plak , kita niat untuk membina hubungan serius dan kita mengharapkan sesuatu yg baik dalam hubungan tersebut . maksudnya , kita berdoa lah agar itu lah jodoh yang dicari . haaaa.. gituuu .. boleh tak? boleh tak ? aku bukan bagi pernyataan .aku bagi persoalan . hehe . so, korg pls jawab . :D

Balik kepada titik permulaan . Manusia ni tak sempurna . betul ? ok. bagi contoh . perempuan yg tutup aurat , tudung labuh , baju longgar , tapi pakai selipar tak pakai stoking . itu tak sempurna kan ? ok lagii .. org yg tutup aurat tp baju ketat sangat ! tak sempurna jugak kan . lagii .. org yg pakai tudung tp pakai t-shirt lengan pendek . sama kan ? well . samalah kat sini , walaupun kita tahu dan sedar kapel itu haram , manusia akan tetap buat perkara yg haram itu . *sebenarnya aku tak berani nak sebut perkataan haram tu* . yela. takut ade yg salah faham .

ok lah . taknak ckp banyak . ehh takut plak karangan aku ni tak diterima umum .. kuikuikui . so . sebelum mengundurkan diri , nak lah bgtau segala ape yg tertulis ni adalah atas pandangan aku , aku tak sempat nak tanya pakcik google . hehe . so, diri ini juga tak sempurna dan terlalu banyak kelemahan dan kurang ilmu pengetahuan mengenai hal-hal sensitif sebegini .. :)

p/s : nak pesan jugak , ni blog aku . suka aku lah nak tulis ape. kalau salah, harap maaf . andai terasa, minta maaf jugak . :) last but not least , SELAMAT HARI RAYA HAJI .. :DD







No comments: