Alhamdulillah.. syukur kita terhadap Ilahi kerana masih lagi berpeluang untuk kita hidup di atas muka bumi ini yg semakin lanjut usianya. Hmm. renungkan kembali peristiwa2 yg tragik, yg menyayat hati., terguris kalbu.. ( over la plak ).. begitu banyak peristiwa yang meragut nyawa saudara mara kita wahai muslimin dan muslimat. Sama2 la kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah2.. ( al-Fatihah ) .. Jadi, sama2 la kita menggunakan peluang yang telah diberikan untuk kita terus mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. .. ( InsyaAllah, Amin.. )..
Setiap tahun yang baru, tentulah kita mempunyai azam yang baru.. betol x kawan2? jadi, pe azam korg semua tahun nie? azam tahun lepas macam mane? tercapai atau terbantut? ( huhu )
Ok.. nak taw pe azam aku tahun lepas? hmm. klw nak taw every year azam aku sama saja. Iaitu berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran ( sementara masih belajar la ), mencapai matlamat dan cita2 aku. Hmm. so nnt bile da tamat sesi pembelajaran, baru kene tuka sikit azam..( Azam masuk alam pekerjaan la pulak kan ).. Jadi, kesimpulan nya. azam tahun lepas ek. Memandangkan tahun lepas aku dalam program matrikulasi, sudah tentu la aku ingin mendapatkan keputusan yang baik, supaya boleh teruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi, masuk U yang top2 nie. Maka dgn itu, tercapai la azam aku. Alhamdulillah ~
Jadi, klw nak dijadikan cerita plak. Azam tahun ini insyaAllah aku berdoa dan berharap supaya aku dapat teruskan perjuangan aku di peringkat ijazah ni, ( walaupun masih awal ) supaya aku dpt pointer yang bagus untuk setiap semester ( nak 3.5 + ) klw bole nak UP lagi, HUHU.
Dan.. yang paling penting aku nak dapat kan anugerah DEKAN tiap kali peperiksaan. Impian itu penting , kawan2, ( bukan impian nak kahwin jer ).. hihi..
Jadi Sama2 la kita teruskan usaha dan tingkatkan amalan2 yang murni di dalam dunia ini dan bersedia menghadapi segala ujian yang diberikan oleh-Nya. ( InsyaAllah )
Semoga kita bertemu kembali..
Assalammualaikum ~~~
No comments:
Post a Comment