Followers

Friday, August 26, 2011

Ape pun tak boleh

Assalammualaikum w.b.t :)

Dear readers , am i suppose to be happy today ? but, no! is not! totally out of mood after i went back from shopping with a friend . *sigh*
ok.tolong jangan gelak .

Pernah korgg hadapi situasi dimana setelah kerajaan memberi cuti yg tersangatt panjang sehingga melibatkan bulan-bulan purnama . ohh okey .
Dimana korggg lupa dgn beberapa benda ni .

1) handphone buruk korg .
2) topup kredit .
3) couple ring*bg sesiapa yg ada la kan*

so, perkara biasa bila cuti . handphone buruk yg dah mmg buruk tu korgg campak campak tersorok-sorok sehingga xtau mana lokasi terkini, ye tak ? haha .
pastu, kalau dah lupa handphone tu , apetah lagi topup kan . mmg tak ah ! urm . dalam sebulan tu tak mungkin gagahkan diri utk ke kedai semata-mata nak beli topup . oh no! walaupun si darling sibok suruh topup . *talk to my hand*
ok, bg pasangan-pasangan , kalau yg ada couple ring . mesti tak pakai kat rumah kan ? sure lah . kat rumah nak hadap pinggan mangkuk semua yg kotor-kotor bagai . lgpun kalau pakai ade yg menegur . hishh malasss...
aku nak bgtau, cincin tu hilang ! *damn*
penat aku selongkar semua tempat . tak ade . huuhh . mana ni ? mana ni ?
yg pelik, kenapa baru perasan hari ni ? sbb sibok mengemas barang-barang perhiasan diri tadi . tengok-tengok, cincin tu dah xde . ok. sedih :(

aku call kawan aku sbb semalam aku tak reply msg die, sbb baru topup hari ni *bekalan masa kat kampung nanti* , setelah berbulan-bulan kredit dibiarkan rm 0.00 .
so, cerita lah kat die . LOL ! die pulak cakap cincin dia masuk lobang jamban ! sengal . golak bosar den .

ohhhh .. ape pun tak boleh !
#okbai .

Thursday, August 25, 2011

Cerita disebalik kuih

Assalammualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah . masih diberi peluang untuk menaip entri :) ok, kpd mereka-mereka yg ada friend dgn aku kat pesbook kan, kelmarin aku terexcited sehingga terupdated status di pesbook . sila klik sini . so, dah kata nak sambung cerita kat blog, jadi mesti dan harus ditunaikan ! hikhik .
hari tu kan, (kelmarin) pagi-pagi setelah berpulun-pulun habisan membuat kuih tart gulung nenas ? ehh korgg ni tau tak kuih ni ? femes tau. ibu aku buat je sedap, tempat lain boleh blah . haha. kejam kan . lantak ah . then, al-kisahnya untuk nak buat gulung2 tu kene pakai acuan dia la, so, die memerlukan tenaga untuk menekan acuan tersebut . bila sampai kat tgn aku, aku tekan dgn sekuat hati sepenuh perasaan, sampai boleh nampak dgn mata kasar tgn aku yg menggigil ni . ini serius ! *wink wink* . so, serta merta ditegur oleh ibu tercinta . " eh kak, knp tekan kuat-kuat sampai menggigil ni, ibu buat lembut-lembut je ? risau ibu tgk " . aku tersentak . rupanya diriku sedang diperhatikan . heh .pastu jawab " eh . ntah la, kalau tak tekan kuat-kuat, mana nak keluar tepungnya , lagipun akak mmg dah biasa tekan kuat2, menulis pun nak tekan kuat-kuat pen tu, apetah lagi benda ala ni" . heh . menjawab . menjawab . haha . ibu pun sengih sengih jela. faham benor ye tak perangai anak dara die ni . kuikuikui . dalam petang jugak la baru siap kuih tart tu . masa tu , hadoiiiiii ! sakit siot tangan aku ni . merah2, gilak ah .
petang tu jugak, aku ckp kat my mother nak buat kuih sarang semut lak . pastu, die dgn selamber je ckp, "kuih sarang semut xde dalam senarai la tahun ni". owh . hancur luluh hatiku ! hehe . tapi. petang tu masa ibu aku tgh lena dibuai mimpi kejap , aku curi-curi g dapur , *hei bukan nak curi makan tau* hakhakhak . aku g amik resepi sarang semut tuh, ape lagi dgn segera aku membancuh adunan . haha. eleh. senang je pun nak buat . masa buat tu , ya Allah . betapa ganas+kasar nye aku buat keje . berterabur tepung2, gula dan segala bahan2 atas meje . belum lagi masa nak uli tepung tu, aku dgn rakusnya menguli sehingga bersepah satu meja . dalam hati menyumpah-nyumpah , 'alahai diana, tolong la lembut sikit' *nasihat diri sendiri* :DD
pastu , dush ! terasa bahuku ditepuk-tepuk dgn lembutnya . hahaha. alamak ibuuuu!!! lariiiiii!!!
*giler kau nak lari* hehe. aku buat muka sengih mintak simpati je . pastu die bising ah bersepah anak dara buat keje . hahahahahhahhahahaha..
jeng jeng ! adunan da siap, malam tu baru parut2 bagai . dan ianya mengambil masa sejam setengah non-stop bebeyh ! pastu terus ZzzzzZZzzzzZZZzzz ...

dahhhhhh..tuh la ceritanya . ahhhaks! bengong kan aku ? :DD

p/s : sorry sbb baru hari ni nak update sbb kelmarin dah penat sgt malam tu tak larat nak hadap lappy, semalam plak sibok tolong ibu buat rendang ayam *aku dah raya dulu* eheh, sbb nak berbuka kat rumah atuk . ala. rumah atuk dekat je, setengah jam smpai . hikhik .
lagi satu , korrgg klik ke link atas tu ? ape yg keluar kat window tu ? HAHAHHAHAHAHHAA.
ok, jgn salahkan aku. sbb aku malas nak delete . dah kata kan hari tu . hikhik. #okbai

Monday, August 22, 2011

Kuih Raya

Assalammualaikum w.b.t :)

I am officially busy with my cookies ! hee.hee . whatt theee kerkkk . *apekaumerepekdoe*
Hari raya xde makna kalau x buat kuih raya sdn.bhd. huhu. ape tunjuk-tunjuk ? kuih tunjuk ? heeiiii tolonggg sikiittt eh lidah aku xboleh terima kuih tunjuk-tunjuk ni . kecuali kalau kawan2 yg ada buat bisnes jual kuih ke, dgn syarat aku kene rasa dulu, haaa, then baru aku beli ! kalau kat luar tuh , jgn harap nak beli, pandang sebelah mata pun taknak ! hee.hee.
kuih raya ni kalau nak bandingkan beli kat luar, dgn buat sendiri , beza dia 100% . sbb pe? sbb kalau buat sendiri , kita mesti nak yg the best kan! nak yg mmg superb sedap kan, untuk dimakan nak isi perut jugak kan , maklumlah kalau kita sendiri buat tak sedap, apekah ? bg kucing makan jela . lagi satu , bahan2 die, kalau buat sendiri , selalunya kita akan beli bahan yg mahal punye, yg berkualiti, yg mmg dijamin sedap ah . beza dgn kuih tunjuk, die tak sedap sbb ni lah, sbb bahan2 yg mereka guna tu kebanyakkannya yg murah-murah . cer fikir , mereka nak jual pun bukan sebalang dua balang kan, dorg jual dgn kuantiti yg byk , kalau dorg guna bahan-bahan yg mahal , bankrup maaa, kalau ini macam, takda raya ooo .. btolkah amoi ? hikhik .

hehe . panjang lak intro . bukan pe. saja nak bgtau . urm, rumah aku tiap-tiap tahun raya, ibu mesti nak buat kuih nya la. die awal-awal puasa je selalu gurau-gurau cakap xnak buat la, malas la, oven rosak la . hish mcm2 alasan . last-last dah nak raya time-time cenggini la die perah tenaga aku kaw kaw . hikhik.
so, tiap-tiap tahun kan, kuih raya yg WAJIB adalah :

1) Biskut yg berasal daripada negara orang putih iaitu LONDON . nama glamour - ALMOND LONDON la. haaa.. jauh kan biskut ni dtg , hikhik. tentu mahal kalau nak jual . hikhik .
2) Biskut yg diperbuat daripada pure pineapple iaitu kuih TART NENAS .
3) Biskut yg memang digilai oleh serangga serangga halus iaitu semut . hehe . nama glamour - Biskut SARANG SEMUT . pandai aku membina sarang semut ni. hakhak .

ok. ni yg wajib. maksud nya mmg kene ada . yg lain-lain mcm biskut chipsmore, conflakes madu , mama carey , biskut gajus , kuih siput dan lain-lain . haa yg ni ikut mood ibu la . selalunya die buat lah .

so, hari ni dah siap almond london . pasni boleh export ke london la. hakhak . *over*
esok mesti buat tart nenas sbb td aku tgk inti nenas tu dah siap dah . huhu .

ok, itu saja . btw malas nak letak gambar la. korg g serang pakcik google la eh . haha .


p/s : 'org yang berpuasa itu tidak semestinya menunaikan solat , org yg solat sudah semestinya berpuasa' .

jumpa lagi :D

Sunday, August 21, 2011

Pizza Pizza Pizza

Assalammualaikum w.b.t :)


Disini aku nak bgtau korg semua yg aku merupakan peminat fanatik setia PIZZA . hee.hee.
5 sebab kenapa aku suka ?

1) Ada cheeses . my favourite ! :D
2) Bentuk tiga segi . my favourite ! :D
3) Macam-macam ingredients . my favourite ! :D
4) Ada air asam boi yg superb awesome tu ! my favourite ! :D *ok xde kene mengena dgn pizza tp dgn kedai pizza* haha
5) memang sedap hingga menjilat jari ! my favourite :D

tau tak kenapa aku asyik ulang-ulang je 'my favourite' tu ? sebabnya aku nak 'mengexpress' kan feeling aku ni, nak bgtau yg mmg itu lah fast food favourite aku ! hehe .

so, hari ni my mum xtau nak masak ape. lagipun die x berapa nak sihat . janji aku semalam nak kemas dapur dah ditunaikan . ok. pinggang sakit, kaki sakit . ohhhmaiiigod . mcm mana nak jadi suri rumah tangga *dalam realiti* nanti . hihi . so, aku pun penat dan malas nak tolong masak if my mum nak masak . so . I just suggest an idea, "ibu, order pizza jela!" . then dgn serta merta dia setuju . aku pun dgn yeeay yeay yeayy bergumbira menelefon operator 1-300-88-2525 ! ! hee .

so . walamakkk ! pukul 7 tepat die sampai . bau dia . bau dia. fuhh! menusuk ke hidung sehingga hilang taik-taik hidung bagai . *okmelampau* .haha. then, berbuka la dgn hati yg riang dgn muka yg berseri-seri , dgn pelahapnya ! hehe . well . is your favourite food dear , takkan korg tak happy kan? kan. kan . huhu . actually my whole family except me tak berapa suka sgt , tp nak tak nak kene makan ape yg aku hidang atas meja tu kan . haha .

btw . aku xtau kenapa aku gila sgt dgn pizza. ntah ape2 makanan ntah . *kutuk pulak* :D
serius aku ckp aku boleh jadi sedih sbb pizza. contohnya kan, ade sekali waktu kat ukm, my dad bawak keluar makan lunch , then he decided to bring me to the pizza hut, last-last bila sampai, ramai customer beb ! serius ramai . my dad nak cepat sbb kejar masa, die pun nak masuk keje, so he took me to the oldtown . sepanjang masa makan , muka aku muram . hahaha. kelakar doe sampai kene tegor dgn my dad . gilak ah .
pastu kan. kat ukm gak . masa tu dah nak cuti kot . aku keluar dgn member semata-mata nak bwk balik pizza makan . seriusly aku sanggup ok . so , nak makan dgn anisa la, my coursemate .
hukhukhuk. disebabkan dia dah makan malam dulu , then bila aku sampai-sampai je, die makan ntah bape keping ntah , aku dah sah-sah la makan 2 keping je dah kenyg , pastu ade byk kot lebih . uwaaaaaaaa..terpaksa dibuang begitu saja . aku sedih kot masa tu . rasa xmampu nak hbskan . isk isk isk .

so . hebat kan penangan pizza ni . hikhikhik .
so, u guys suka makan pe? share ah . :D

Saturday, August 20, 2011

Kemas Rumah

Assalammualaikum w.b.t :)

Selamat malam kawan-kawan ! hehe . eh jangan tido lagi ! baru pukul berapa ni kot . ok , hari ni kan, aku kan, bangun awal . *bgn awal pada erti aku adalah pukul 9* . haha. awal siot . tp ikut kata erti sebenarnya matahari dah terpacak atas kepala dah anak dara oiii . pe nak jadi . kalau ikut erti ibu aku lak, die kalau boleh nak aku bgn pukul 7 . ohhmaiiigod . ibu , bgn awal2 tuh nak buat pe la, citer kat tv pun ntah ape yg ada . nak suh kemas rumah, bgn pukul 11 pun aku boleh buat la . *hikhik* oh, melawan ekau eh ! *dush* !

tp beb . kemas rumah kali ni bukan calang-calang weh . ni bukan kemas rumah yg mmg rutin harian tu , bukan. ni kemas rumah al-kisahnya nak raya . haa! ni 'kemas rumah' yg setahun sekali je aku buat . aku la. adik-adik aku xtau . mungkin mereka sebulan sekali ke 3 bulan sekali ke. who knows. bukan aku pemalas eh . bukan . korg jgn sesedap gula je nak kutuk aku tau ! yela kan. aku kan duduk oversea . *ecehberangan* . hakhakhak .
eh tapi betol la, deret rumah aku seberang dgn laut a.k.a longkang besar . LOL.

so, hari ni dgn rajinnye aku lap-lap frame bagai , bunga-bunga palsu , cermin-cermin ajaib , karbinet-karbinet , meja-meja, perabot-perabot . pastu vacuum lantai , mop lantai . lastly , aku lap tingkap bilik aku yg berabad aku tak lap ! *ohmalunya* toink toink toink . so alang-alang tuh aku pun bersihkan bilik aku sekali . urm. wanginyaaaa... :D
agak penat ! ehhh tak penat pun. huhu . tak kesah pun sbb aku tak pose ! eh tersalah taip. malas nak delete balik . ehh tak, aku nak ckp aku dah sahur makan byk2 , so aku rasa kenyang sgt la . hikhikhik .
so, lama gak la aku siap keje tuh sbb kan dah pukul 3 ptg baru aku pegi membersihkan tubuh badan yg bau ape ntah ! haaa.. bau ni la 'ajax fabuloso' . *style sebut macam dalam iklan tu* hahahhaha. eh , kawan . aku gurau je tau, korgg igt aku mop lantai sambil mop diri aku ke ? wekkkk ;p haha .

Then, da siap-siap wangi bagai . damn ! tangan aku kasar ! ohhh no! *takbolehterima* :D
haha . xdelah . ade pe hal dgn tangan kasar beb . kau ada ? hikhikhik.
pastuuu..pastuuu..pastuuuu.. ZZZzzzZZzzzZZZzzzZZzzz. tido la jap. ngantuk sgt ye pun . hihi .

jadi , esok nak sambung kemas lagi . kita kemas dapur lak ya! dapur mmg tempat yg paling kotor sekali dalam rumah sbb ia bermain dgn minyak-minyak . haa! kita masak-masak kat dapur kan? so, die punya asap-asap, minyak yg terpecik-terpecik tu, terpecik la kat mana-mana. hehe . dgn tingkap-tingkap sekali ada minyak tau . sinki-sinki tu , mmg esok habis kene sental dgn aku . hukhukhuk . ohh tangan . pls behave . wawawwawa. gler sengal aku, mcm selalu je buat keje ek . hakhakhak .

tapi kan. mmg musim raya, kita kene kemas rumah kan . maksud aku, seluruh pelosok rumah kan sama ada yg tersembunyi atau tak . hehe . igt main nyorok-nyorok ke . adehh .
so, selamat mengemas ye ! :D


Friday, August 19, 2011

Tanya Aurora

Assalammualaikum w.b.t :)

hye semua ! haaaa.. antara korg korg ni mesti ada yg follow blogger terhebat yg femes meletop da boomm tu sape lagi kan kalau bukan En.Ben Ashari ! what ? korg tak kenal dia ? eh normal tak eh ? sbb waktu aku first time terjebak dlm dunia blogger pun aku mane kenal dia . dah lama-lama baru tau, tu pun tak follow terus . Then, bila tgk blog list kengkawan semua ada follow dia, barulah aku terhegeh-hegeh nak follow . Ni ha, nak ckp sikit . td ada baca entri die yg bertajuk blogger giler follower , ha, klik kilik ! g baca sat . Ok. aku rasa kan aku nak komen kat sini jela eh . hee.

well. I do want to make a confession that I was among the 'blogger' who was crazy abt 'follower' when I was started to create a blog . yes I am . so what ? I believe everybody would have same kind of 'that' behaviour .
TAPI . ianya cuma permulaan shj . yela . nak mencari follower . takkan la nak biarkan jumlah pengikut tu sikit sgt kan mcm 4-5 org cam tu . agak-agak la. masa tu mungkin digalakkan utk mencari follower . Permulaan yg bgs dgn mencari kenalan-kenalan mcm kawan2 yg kite kenal, sedara mara, cikgu-cikgu ke kan . dari situ kite boleh melebarkan lagi sayap kita . *over* :D
I am not very prefer to do such a blogwalking . Definitely not ! But there is a time when I am really bored until I dont know what else I can do , then I would choose to do it .

Rata-rata mereka yg berblogwalking tu akan tinggalkan link mereka . good! yela, btol la tu . bila dah tinggalkan link, ade pula pesanan mereka . "singgah sini , sila balas singgah" , "done following u, do follow me back" , " lawa blog, sila follow" , " jalan-jalan baca entri , jgn lupa follow" .
hehe . ade juga yg cuba menipu di alam maya " da follow awak, sila follow balik" . last-last aku check, haprak pun tak dak ! tipu leteeww.. *masa followers sikit boleh lak nk check kan* hihi .
Bagi aku , mereka yg ikhlas nak follow blog aku , tak semestinya aku akn follow blog dorg ! tu mmg cara aku . aku tak amalkan gaya ' I follow U, U follow me' . tak ! sama juga, blog yg aku follow, aku tak mengharapkan dorg follow blog aku balik . takde istilah 'paksaan' di situ . pada aku , biarlah mereka ikhlas utk melakukannya . *tapi kalau utk kawan2 yg rapat dgn aku, mmg aku paksa dorg follow! hahahaha* sbb pada aku , kalau follow pun , tp tak pernah baca entri kita nak watpe kan . thats y aku follow blog yg mmg aku akan setia baca entri mereka!
Lagipun, blog yg aku follow dah tentulah dalam kalangan kawan2 aku juga , aku suka baca kisah-kisah kehidupan dorg .pastu follow la blogger2 yg dah mmg femes kan, bukan takat femes je, entri pun nak kene menarik perhatian , yg kelakar, unsur nasihat dan sebagainya .

So, ape yg En.Ben tulis tu mmg 100% aku setujuuuu .. weeee~ haaa. one thing that I curious the most kan , die keje pe ek ? bukan pe, dlam satu hari tu kan, die boleh update entri sampai 10-20 kali . Timeline aku mmg penuh dgn entri dia . tak kira lah pagi, siang, petang, malam, tgh malam, die mmg ade update ! urm . byk masa dia nak menghadap laptop 24 jam kan .. fuyoooo .. kau mampu ??? aku pun tak mampu beb . sehari satu entri pun kdg -kdg tak mampu nak buat . *kihkihkih*


p/s : *janganambilhatiya* chill. #okbai .

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya .. Posto ..Posto ..

Assalammualaikum w.b.t :)






Yeay yeay ! dpt kad raya! dapat kad raya ! *flashback 7 tahun yg lalu* sobsobsob . masa umur 13-17 tahun , bila dah nak menjelang raya, lebih kurang 2 minggu dah nak raya, lebih kurang la . ktorg selalu berbalas-balas kad raya . jiran2 pun . bersemangat asyik nak jengah peti surat je, mesti ada kad raya ! hee . masa tu, bila dpt, alangkah seronokkknyer :D
paling tak boleh nak lupa time form 3, haaa..masa tu kan dah hbs exam PMR , so dtg juga sekolah lepak2 main2 bagai . so , bila nak cuti raya tu , masing2 bg kad raya, pastu balas-balas. yg kelakar nya, antara budak2 yg xpernah nak bg kad raya pun sibok nak bagi . tak kisah lah jantina ape kan . huhu . yela. nanti takut xdpt jumpa lagi , masing2 nak pindah sekolah kan . hurmm..
so, tiap-tiap tahun , bila nak raya, aku mesti tengok dan baca balik kad-kad raya yg diberi masa dulu-dulu . dah berkepuk, byk jugak la tak terkira berapa byk, malas nak kira , aku simpan dari tahun-tahun lepas punya . alahai, rindunye zaman sekolah dulu . serius ! :D bila baca balik, ade ketawa ade rasa lucu . haha. yela, tulisan dan bahasa budak2 sekolah, tak matang ! ;p
tapi, bila usia makin meningkat , aku rasa sejak 2 tahun ni , dah xde kad raya dah ! sorangg pun tak dak yg bg . *sedih. hikhik . ohhh yela, zaman sekolah xde hp ! *tipu* . haha . sekarang semua org ade hp, ade fb . sekarang semua org nak wish raya pakai sms, forward sms, update status , tag-tag nama bagai . huhuhuh . mudah kan ? tak yah bazir duit nak beli kad raya lagi . tp, still aku rasa rindu nak dapat kad raya !! wahhhhhh .. :DD
yela, kad raya ade kaler-kaler, comel-comel , sms pe yg ade, hitam putih je , fb pe yg ade, kaler biruu jer. ah bosan ! *hikhik* *kalerkalerlagimcmbudakbudak* *takmatang* hee.

jadi , raya lagi seminggu lebih kan ? wajar tak aku hadiahkan korg kad raya ni ??? yg kat atas ni ? comel tak ? hehe . aku bg special nyer utk pembaca-pembaca setiaku , dear followers , dan juga sahabat-sahabat di luar sana . hehe .
Tarikh rasmi utk ucapan raya . nanti dulu !!! tungguuuu .. *okbai*



Santa Claus

Assalammualaikum w.b.t :)

Hai . urm . korg perasan tak ? aku semakin rajin update blog kan ? tuh la. dah nak hbs cuti baru rasa berkobar . bukan pe, sesungguhnya memang sgt sgt sgt tak sabar nak masuk semester baru , nak jadi senior ! haha . xde la . btol la. lama sgt cuti ni . rindu gilak dgn kawan2 . *ishishish*

Sebenarnya entri kali ni saja nak kongsi dgn u olls semua pasal beberapa gadgets/items yg mmg aku idam kan selama ni . ceh . xde la lama pun . agak2 baru jugak la . *taknakmengaku* hikhik.
haaa . nak tau padia ? padia? padia ?

1) Handphone Blackberry Bold in White
2) New laptop
3) Hard Disk 10GB
4) Ipod Touch
5) Ipad 2
6) Perodua Myvi (Latest One)

Hahahhahahahahhahahahahha..!!!!!! ini kalau my dad baca ni . "homaiiiigod what the hell with my daughter ?!?!?!?! try to kill me ????" . LOL . *dia pun pengsan* . ok. gurau2. hehe.
Nak tau alasan kenapa aku nak setiap item ini ? nak tau? nak tau ? meh .

1) well. hasrat nak beli hp baru utk gantikan hp sony ericson mmg dah lama. even sejak last sem ok. tp tak terbeli sampai sekarang even my dad dah berkali-kali pesan . aku bt donno je . hihi.
sebab screen dah rosak. mudah kan? knp nak blackberry sedangkan aku mmg tak gemar pakai hp yg keypad die kecik-kecik tuh . jari aku besar ok . haha . urm . pengaruh utama mayb social network kot . boleh main fb, boleh tweet tweet . hehe .

2) laptop baru ? hihi . well . lappy yg aku pakai ni sejak kat matrik lagi ,so kira-kira dah berusia 2 tahun lebih la .jadi dah byk kali juga kene hntr kedai repair . tp Alhamdulillah, masih bernyawa bersama aku skrg . haha . alasan nak laptop baru sbb insyaAllah lappy ini akan berpindah hak milik kepada adik aku yg 18 thn tu . my dad x nak bg die yg baru , bcos my dad x percaya 100% kat dia . so, i am so lucky .

3) hard disk 10gb ? wahhhhh ! kepala lutut kau ! ade ke weh 10gb ?? haha . gurau2 je tu . well . aku sebenarnya seorg yg sgt kedekut tp ikut tempat eh . kalau bab2 yg berkaitan dgn komputer, contohnya mcm hard disk ni la. fulamak kau pujuk la rasuah la aku mcm mana sekalipun aku takkan beli dgn duit sendiri . mmg tak ! pernah sekali tu hampir-hampir nak terbeli, dah pegang kat tgn ni, nak kuarkan duit ni, hmm, last2 aku letak balik ! haha. kawan2 aku semua dok beli sorg satu, balik tu aku lak putih mata , tp nyesal kejap je. hehe . aku nak org lain yg belikan . haha. jahat jahat .

4&5) kita gabungkan item yg ke-4 dan 5 . sbb ? urm . sbb aku tak la teringin sgt . tp antara yg teringin la . *ape aku merepek ni* . Cuma berharap suatu hari nnt ade org sudi dgn ikhlasnya hadiahkan aku bende ni . hehe . *demand doe* atau mungkin suatu hari nnt my dad dgn tangan terbuka nya belikan utk aku ? tp . suatu hari tu bile ?????????? haha haha haha.

6) haa! yg last ni . yg last ni . ohhhh emm geee .. nak weh ! tolong belikan sebijik ! sebijik je! tak nak byk2 ! please. please . aku merayu . haha haha haha . knp ek nak kereta ni ? amik la BMW ke, mercedes ke , kapal selam ke, kapal terbang ke, baru syiokkk ! urm . eley eley . taknak !!
aku suka design myvi . comel , simple , menarik tertarik kau mmg da booommm.. huhu .
bila dah ade lesen sendiri , tentulah berangan nak ada kereta sendiri, ye tak ?? huhuhu .


p/s : korg jgn salah faham ea . saja je sebenarnya , kang takut korg seram ngn aku, 'demand sgt doe minah ni , takut nak kawan , kang dia mintak yg bukan-bukan' . hehe . mane de . aku baik ah . comel lagi . hakhakhak :DDD
lagi satu , korg boleh tangkap tak kenapa aku letak tajuk Santa Claus ?? kenapa ?? jawab jawab . nnt aku belanja . hehe ;p

Nak jadi matang boleh tak ? :D

Assalammualaikum w.b.t :)

Alohaaaaa~~~ haaaa...terkejut tak? terkejut tak? yeay ! akhirnya setelah lama tersimpan kemas hasrat di hati nak tukar design blog ni . kalau sebelum ni tak guna template blogger , sbb xtau la sbb sblm ni selalu guna background yg cantik2 tu mcm 'thecutestblogontheblock' ataupun 'scrappinblogs' . so . automatik template die bertukar . tp bila dah lama mesti la rasa bosan , blog ni pun muda lagi baru setahun jagung . Yg leceh, kalau nak guna template blogger , habis semua gadget2 yg aku bubuh berterabur ! so, mungkin masa tu mood nak renovate belum dtg, dah tu dgn busy nye kan . so, cuti dah 4 bulan lebih , nak masuk hujung penghabisan cuti baru rasa berkobar-kobar. itupun sbb tgk kawan2 lain sibok nak tukar wajah blog mereka. *hikhik* . hai sibok jer aku ni . haha . Jadi, mula langkah dgn meminta tolong bestie aku ni anisah sani untuk buatkan aku header yg comel2 tapi simple ! sila2 lah kunjung blog dia :) *actually nak2 sama mcm die punye* . sori la kawan, bukan niat nak copy paste tp kan aku ni kau tau2 jela, buta seni buta IT , semua nyer la sng ckp . dulu masa sekolah tak minat seni, ni la jadi nya . hehe .

So, bila header dah siap , byk jugak la die buat . design yg sama, cuma berlainan kaler . jadi , aku pilih2 la. so tertarik dgn yg kat ats ni . mula2 tu aku try letak header ni without tukar template, maksudnya aku just pakai background yg sama. hasilnya , x sedap mata memandang . so, aku decide nak tukar semua . jadi aku pakai template blogger . nak jadikan dia sebati . haha . *mcmbuatkuihlak* .
jadi bila dah pakai template blogger, byk nak kene alter . jadi aku pun remove lah segala widget-widget yg comel-comel tu . aku pun remove gambar2 sbb kalau boleh nak jadikan blog ni se simple yg boleh ! taknak crowded-crowded, berbulu-bulu, gantung sana gantung sini . taknak !
tapi yg ni pun tak cukup simple lagi ni. ade kurang lagi . tu yg mintak nasihat pakar tu . tggu mereka komen , then baru tgk la cane ape yg nak kene add/remove lagi . *macamnakremovefriendrequest* .

Tajuk entri nak jadi matang mcm xde kene mengena . Nak tulis perasmian blog baru mcm tiru bulat2 org punye lak . hihi . sebenarnya mmg nak jadi matang . Gaya kan melambangkan peribadi . tp serius , aku tgk hasil ni pun still mcm childish . ape2 yg aku design sume nak kaler-kaler . Seolah-olah putih+hitam tu nampak mcm pucat . tp sebenarnya paling simple dan lawa.
Kesimpulannya , tak cukup matang diana . *pasrah*

So, ni la hasil nya yg korgg tgkk ! *tolongjgnkutukdalamhati* hehe .

p/s : bolehlah share idea . no biggie :D

Wednesday, August 17, 2011

Air dicincang takkan putus !

Assalammualaikum w.b.t :)

Haaaa.. cer cincang air tuh ! cer buat ! tgk ! putus tak ? ehhh . cane nak putus kan klau nak cincang pun rasa kelakar jer . hahhaaaiiii ! ok. peribahasa 'air dicincang takkan putus' ni dah selalu dah kita guna time sekolah2 dulu kan . nak2 bila buat karangan bhs melayu tu , klau ade tajuk pasal hal2 keluarga ni, cnfirm ah letak peribahasa ni ! nak markah lebih leetewww .. *hikhikhik*
ok. maksud peribahasa ni ikatan persaudaraan antara dua org yg mempunyai pertalian darah tidak akan putus hanya kerana sesuatu perselisihan . ala lebih kurang mcm seakan-akan mcm carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga . haaa..gituuu ..
Jadi, antara korggg ni kan , takkan la xpenah gaduh2 manja dgn adik-beradik korg . aku dulu masa kecik2 selalu jer 'manja-manja' dgn adik-adik .nak-nak yg dengan bawah aku 2 tahun ni. sekarang dah 18 tahun . lelaki . haaa, kpd wanita2 di luar sana yg nak masuk line, meh sini aku interview dulu . hehe.

ni nak refresh balik la ea peristiwa kenangan masa lampau . seigt aku dulu waktu dalam linkungan 12-16 , mmg la, aku dgn adik laki aku tuh bagaikan anjing dgn kucing ! ni ibu yg bg gelaran kat ktorg . asal dgr ktorg gado jer, mesti die sebut anjing dgn kucing . al kisah nya, sekarang aku jadi kucing, adik aku jadi anjing pula . *haha* xdelah . main2 je.
so, yg paling best . ade sekali tu . mmg gado besar ! tp dah lupa gaduh pasal pe. ala, tp kalau dah mcm anjing dgn kucing tu , bende kecik pun nak kecoh2 . kalau gado , mmg mula2 main lawan2 mulut, habis semua perkataan carut semua keluar *bodohbabisial*, masa tu mcm dah tak igt dunia, tau nak menang jer . tp biasalah, gaduh mulut ni sebenarnya penat dan takde pekdah nye . buat penat mulut. last2 dah geram sgt, baling barang . masa tuh , haiiii bersepah rumah ! kesiannn ibu .. haha . dah tak cukup baling barang, sesi pukul memukul mcm WWF . haaa..amekaw ! debak debik debuk ! habis lebam badan semua ! haahha . pastu . bila mmg dah geram dan tak tahan sggtt , ade tu aku sampai g dapur amik pisau weh , pastu aku buat2 mcm nak tikam die. mujur aku sedar , dan mujur la ade org tegur masa tuh , kalau takkkkk...... ish , takut nak ckp . *hikhik* . tragis kan . zaman gaduh time dulu2 klau difikrkan balik, betapa ceteknya akal time tuh . hmmm..

tapi . sampai sekarang pun kdg2 masih lagi ade gaduh2 tu . tp taklah seteruk dulu . sekarang ni masing2 da besar, dah makin besar kepala pula, ego lagi . gaduh tuh da tuka pattern pula . yg penting, asal gaduh, tak tegur pun dlm satu hari , esok lusa baik macam biasa seolah-olah mcm takde pe yg berlaku . itu namanya adik beradik .

kalau gaduh dgn kawan ? haaaa.. mereka tuh xde pertalian darah dgn kita . itu sebab bila gaduh , ade yg sampai putus kawan putus sahabat , kawan baik jadi musuh , tak tegur langsung seolah-olah mcm tak pernah kenal . itu lah perbezaan nyer .

Begitu jua hubungan ibu bapa dgn anak2 . sejahat2 seburuk mana pun anak itu , ibu bapa mana yg tak sayang anak ??? mereka sanggup maafkan perbuatan anak2 . Dan seburuk mana pun ibu bapa itu, anak2 kene hormat dan sayang mereka, kerana mereka lah yg menyebabkan kita lahir ke dunia ni .


p/s : jgn nakal2 ye :)



Monday, August 15, 2011

Emosi Vs Nafsu

Assalammualaikum w.b.t :)

Salam Ramadhan u olls :) hari ini cikgu diana akan membincangkan satu topik yg menarik kpd semua pelajar2 yg cikgu sayangi sekalian . *ahpoyogileberangannakjadicikgu* LOL !
Baiklah. kita terus kpd tajuk ye.

'Emosi' mengikut kamus dewan bermaksud perasaan jiwa yg kuat , seperti sedih, gembira, takut, marah dan lain2.
'Nafsu' pula bermaksud kehendak hati yg kuat untuk melakukan sesuatu yang melampau atau kurang baik . Maksud lain pula keinginan untuk makan, selera . tp jgn fokus pada makanan ok ? ;p

jadi ? korang korang ni dapat bezakan tak ? *hikhik*
ok, sebelum tu, nk bgtau segala apa yg terisi dlm enrty ni adalah hasil karya aku sendiri . xde istilah copy n paste, xde ciplak2 ! HAHA . so , anyone among of u olls yg baca, atau terbaca, saya ucapkan ribuan terima kasih . tp kepada sesape yg TAK puas hati dgn isi kandungan, tolonglah jgn blame saya, kerana saya tulis ikut sesedap gula jer . hehe . maksudnya saya tulis atas pandangan saya sendiri la . Bukan ape, takut la, zaman sekarang ni org suka main saman-saman, bloggers pun dah bahaya . salah cakap sikit, nak saman ! LOL

urm . bila kita tgh marah, sebenarnya, kita ni terlalu mengikut emosi atau nafsu marah ya ?
aku pun konpius . aku rasa la kan . dua2 pun btol la . terutamanya kpd gurls, yela. time bulan mengambang , mcm terlebih emosi . ke nafsu ? haaaaa...konpius tak adik2 ? hehe .
tp, aku selalu la mengalami situasi mcm ni . anda2 semua pun sama kan ?? hikhik .
contohnya :

1) Apabila ibu suruh buat kerja rumah, sapu lantai, mop lantai, basuh pinggan, sidai baju, kemas dapur, lipat baju . Selalunya rajinnnnn buat semua tu tanpa rasa fed-up, tp tiba hari 'sakit' tuh , rasa mcm nak marah je . mula la nak bebel, nak sepak barang tak tentu pasal, hentak2 sana sini, merungut , marah2, muka masam mencuka ! LOL .

2) kalau ada adik2 kecik , mesti sanggup layan kerenah dorg , nak manja2, makan nak suap, nak mandikan, pakaikan baju, sikat rambut , layan dorg main, tp bila sampai hari , mula la rasa nyampah . rasa malas nak buat dah , kalau adik2 paksa, mula la nak tinggi kan suara . LOL

3) Kalau time adik mintak tolong ajar kerja sekolah, ajar dgn penuh kesabaran . bila dtg hari xbaik , mulalah nak garang2, buat muka harimau , pukul2, cubit2, rasa mcm alahaiiii, "asal adik aku ni kurang pandai eh" HAHA (ayat sopan siott) LOL

4) haaaa..yang ni ! kalau dgn boypren la . aku ni jenis yg tak kisah . tp bila ade hari , mmg aku sgtt sgtt sgtt kesah ! contohnya . kalau die balas msg sepatah-sepatah , aku mengamuk ! kalau die balas lambat 5 minit , aku mengamok ! kalau die tak msg satu hari , aku mengamok ! LOL

5) OK. aku jenis yg sensitif . tp kalau sampai hari , aku akan jadi terlalu tersangat sensitif . bila ade member yg buat statement gurau , aku akan anggap benda tu serius . sehingga boleh mencetuskan pergaduhan . kadang2 akan terigt kat kawan2 yg mmg dah lama tak contact , secara automatik akan terasa dan merajuk dgn dia. Ya. walaupun kalau pada keadaan normal, aku takkan berfikiran dan berkelakuan sebegitu . jadi itulah kelainannya . Im telling u the truth .
LOL


Dah2!!!!! jom tido ... ZZZZzzzZZZzzzZZZ ...
p/s : actually im in a 'thatkindofweirdmood' ..LOL :D

Thursday, August 11, 2011

Precious Things

Assalammualaikum w.b.t :)
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang :D

Alhamdulillah . Dah masuk hari yg ke-12 kita semua menjalani ibadah puasa dlm bulan Ramadhan . ape yg penting ? KESABARAN . *hikhik* . so, entri kali ni mungkin berbaur nasihat , pengajaran , pesanan untuk saya dan juga anda2 yg membacanya .
kelmarin , bangun pagi , eh silap, dah nak masuk tengah hari sebenarnya, huhu, sejak2 puasa ni, pas sahur tggu subuh then confirm tido balik . alamatnya dah nak kol 12 baru sedar . tp seboleh-boleh nak bgn kol 11 sbb nak tgk citer 'Trilogi Cinta' !! huuuuuu..sape tau cite tu ? sape tau ? haaaa..cite tu ulang tayang kan. xpela. janji syok ! so. tiba2 mata ku terpandang atas meja ade risalah ke majalah ke surat khabar I Luv Islam :) (sebenarnya xtau nak describe pe) ;p
so, terus amik dan baca ! sbb topik depan sgt menarik ! sebenarnya kat rumah ni jarang beli , tp kalau beli mmg seronok nak baca :)
So, tajuknya adalah " Peliharalah Auratmu Di Dunia Pasti Terpelihara Di Akhirat Nanti " .
keyword di situ adalah "AURAT" . Jadi . disini nak share sedikit pembacaan aku la .

"Dalam peristiwa Israk & Mikraj Allah membuka hijab kepada Rasulullah SAW bagi melihat keadaan di syurga dan neraka . Baginda diperlihatkan balasan bagi mereka yang tidak menutup aurat iaitu digunting rambut hingga mendidih otaknya bagi wanita yang tidak menutup auratnya"

Jadi, sejauh mana usaha kita untuk melindungi aurat ? Isu aurat sering dibahaskan dan menjadi topik perbualan dalam kehidupan seharian , namun ia dipandang sepi oleh umat Islam sendiri .
Tidakkah kita sedar mengapa ada Muslim dan Muslimah yang begitu menjaga dari aspek pemakaian mereka tanpa mendedahkan aurat dan mengapa pula kita dengan ringkasnya memakai kameja-T tanpa lengan bagi wanita, berseluar pendek dan tidak mengenakan tudung ?
Walaupun ramai yang sudah tahu tentang hukum larangan membuka aurat akan tetapi mungkin ada yang terkeliru dan salah faham akan konsep menutup aurat dalam Islam ataupun sengaja buat-buat tak faham .
Sesetengah wanita beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh sahaja . Sedangkan ia masih tidak memenuhi ciri-ciri yang digariskan dalam Islam iaitu memakai pakaian yang ketat, jarang , dan menampakkan tubuh badan .
Cara untuk kita mengetahui sama ada diri kita sudah sempurna berpakaian menutup atau tidak, dengan pakaian yg kita pakai itu, kita sudah boleh menunaikan solat dimana-mana sahaja tanpa perlu mencari telekung sembahyang . Jika kita masih tercari-cari telekung sembahyang , maka masih ada kekurangan pada pakaian yg kita pakai tersebut .
Segala kebaikan yang kita lakukan, selabuh mana tudung yang dipakai dan sebaik mana kita menjaga aurat sekiranya solat kita tidak selesai dan sempurna, ia hanyalah sia-sia . Semua perkara bermula daripada solat iaitu solat yang khusyuk, solat yg berjaya menjadikan kita merasa diri sebagai hamba Allah , dan selepas itu barulah amalan-amalan yang lain akan mengikut .
Oleh itu , jika kita masih merasa bangga dengan memakai pakaian yang terdedah dan tidak memenuhi tuntutan agama, ia diibaratkan seperti kita memprotes suruhan dan arahan Allah SWT .

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri oranag mukmin : Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu . Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang . " (Al Ahzab.59)

"Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya" (HR Abu Dawud)


Kata orang , zaman ini zaman teknologi . Bukan zaman berbungkus-bungkus lagi . Hari ini semuanya berfesyen, dedah sana, dedah sini . Orang yang tunduk pandangan , berjalan sopan akan ketinggalan . Islam dipandang tidak 'up to date' dengan zaman . Ada pula menyangka aurat itu cukup dengan bertudung kepala . baju ketat , lengan terdedah tidak mengapa .
Jangan difikir tutup aurat itu perlu bertudung labuh hingga ke lutut, berjubah dan berpurdah .
Islam tidak pernah berkata sebegitu .

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (drpd memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka" (an-Nur:31)

sekarang, aku nak tanya . pernah tak anda-anda semua bila solat kat surau shopping mall kan ,
pernah tak ternampak seorang perempuan yang solat, tetap setelah habis solatnya, dia keluar dari surau itu tanpa bertudung malah seksi pula pemakaiannya ? pernah ? hmmm . aku pernah .
masa ni kat KL la. gile la terkejut beb . ish . bukan pe. biasalah kan tak pakai tudung tak semestinya tak solat . ye tak ? tp yg menarik perhatian nya, bila die pakai baju ketat dgn skirt pendek paras lutut . wauuuu ! terbeliak jap . so, ape yg bermain di minda korg bila nampak situasi yg cenggini . bukan nak kutuk , 'ish baik tak payah solat kalau mcm tu' ..bukannnnn...
dah ckp tadi solat adalah yg utama, tiang agama . cuma, yela, tak sangka kan ? ok2. xnak komen lebih2 . aku ni mcm baik sgt pulak . *hikhik*

Rata-rata mereka yg tidak bertudung bagi alasan belum bersedia . haaaa.. ni mesti ikut trend artis leteewww . sume nak ckp tak bersedia. belum sampai seru . *hikhik*
Secara jujur ,zaman2 remaja time sekolah2 dulu pun aku jahil jugak . pakai tudung on off . pegi sekolah pakai tudung, balik rumah bukak tudung . nak solat pun liat. tp, Alhamdulillah , semenjak aku dah duduk hostel waktu f4 & f5 , aku byk berubah . kat sana sembahyang jemaah sama2, jadi dari situ aku mula biasakan diri utk solat walaupun kat rumah . Alhamdulillah, sampai saat ni pun aku masih berusaha untuk ikut perintah Allah, tingkatkan amalan .mungkin korg rasa pelik knp aku cerita hal personal sebegini tp terus terang aku tak malu pun nak cerita semua ni kat public sbb aku percaya semua org pernah mengalami situasi mcm tu kan ? ade org dididik sejak kecik, ade org da besar baru nak taubat .
Rata-rata kawan2 aku dulu yg free hair, Alhamdulillah ade sesetengah yg dah bertudung . jujur aku rasa sgt gembira utk dorg . rasa nak nangis pun ada . xtau knp tp rasa terharu sggtt . huhu .
Tp, ade jugak yg dulu bertudung tp dah tak bertudung . xtau lah nak ckap ape. kita ni sape nak menilai org kan . nilai lah diri sendiri shj . perbaiki diri .

kadang-kadang adalah baik untuk kita selalu bermuhasabah diri , mencari kelemahan serta kekurangan diri. dan berusaha sedikit untuk berubah ke arah yg baik .
well. sebenarnya aku ni bukanlah alim , baik zahir dan batin, tutup aurat mengikut hukum ,
kita masing2 ada kekurangan dan kelemahan, termasuk aku . Pakaian aku pun tak sempurna, ada cacat cela nya .
Takut ada yg salah faham , tujuan aku untuk mengingatkan diri sendiri . disamping dpt share pengetahuan untuk kita bersama .


p/s : kebanyakkan kata-kata serta ayat-ayat di ats adalah dari sumber majalah I Luv Islam :)
Tepuk dada tanya iman ! :)) Renungkan, selamat beramal .