Followers

Thursday, August 11, 2011

Precious Things

Assalammualaikum w.b.t :)
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang :D

Alhamdulillah . Dah masuk hari yg ke-12 kita semua menjalani ibadah puasa dlm bulan Ramadhan . ape yg penting ? KESABARAN . *hikhik* . so, entri kali ni mungkin berbaur nasihat , pengajaran , pesanan untuk saya dan juga anda2 yg membacanya .
kelmarin , bangun pagi , eh silap, dah nak masuk tengah hari sebenarnya, huhu, sejak2 puasa ni, pas sahur tggu subuh then confirm tido balik . alamatnya dah nak kol 12 baru sedar . tp seboleh-boleh nak bgn kol 11 sbb nak tgk citer 'Trilogi Cinta' !! huuuuuu..sape tau cite tu ? sape tau ? haaaa..cite tu ulang tayang kan. xpela. janji syok ! so. tiba2 mata ku terpandang atas meja ade risalah ke majalah ke surat khabar I Luv Islam :) (sebenarnya xtau nak describe pe) ;p
so, terus amik dan baca ! sbb topik depan sgt menarik ! sebenarnya kat rumah ni jarang beli , tp kalau beli mmg seronok nak baca :)
So, tajuknya adalah " Peliharalah Auratmu Di Dunia Pasti Terpelihara Di Akhirat Nanti " .
keyword di situ adalah "AURAT" . Jadi . disini nak share sedikit pembacaan aku la .

"Dalam peristiwa Israk & Mikraj Allah membuka hijab kepada Rasulullah SAW bagi melihat keadaan di syurga dan neraka . Baginda diperlihatkan balasan bagi mereka yang tidak menutup aurat iaitu digunting rambut hingga mendidih otaknya bagi wanita yang tidak menutup auratnya"

Jadi, sejauh mana usaha kita untuk melindungi aurat ? Isu aurat sering dibahaskan dan menjadi topik perbualan dalam kehidupan seharian , namun ia dipandang sepi oleh umat Islam sendiri .
Tidakkah kita sedar mengapa ada Muslim dan Muslimah yang begitu menjaga dari aspek pemakaian mereka tanpa mendedahkan aurat dan mengapa pula kita dengan ringkasnya memakai kameja-T tanpa lengan bagi wanita, berseluar pendek dan tidak mengenakan tudung ?
Walaupun ramai yang sudah tahu tentang hukum larangan membuka aurat akan tetapi mungkin ada yang terkeliru dan salah faham akan konsep menutup aurat dalam Islam ataupun sengaja buat-buat tak faham .
Sesetengah wanita beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh sahaja . Sedangkan ia masih tidak memenuhi ciri-ciri yang digariskan dalam Islam iaitu memakai pakaian yang ketat, jarang , dan menampakkan tubuh badan .
Cara untuk kita mengetahui sama ada diri kita sudah sempurna berpakaian menutup atau tidak, dengan pakaian yg kita pakai itu, kita sudah boleh menunaikan solat dimana-mana sahaja tanpa perlu mencari telekung sembahyang . Jika kita masih tercari-cari telekung sembahyang , maka masih ada kekurangan pada pakaian yg kita pakai tersebut .
Segala kebaikan yang kita lakukan, selabuh mana tudung yang dipakai dan sebaik mana kita menjaga aurat sekiranya solat kita tidak selesai dan sempurna, ia hanyalah sia-sia . Semua perkara bermula daripada solat iaitu solat yang khusyuk, solat yg berjaya menjadikan kita merasa diri sebagai hamba Allah , dan selepas itu barulah amalan-amalan yang lain akan mengikut .
Oleh itu , jika kita masih merasa bangga dengan memakai pakaian yang terdedah dan tidak memenuhi tuntutan agama, ia diibaratkan seperti kita memprotes suruhan dan arahan Allah SWT .

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri oranag mukmin : Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu . Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang . " (Al Ahzab.59)

"Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya" (HR Abu Dawud)


Kata orang , zaman ini zaman teknologi . Bukan zaman berbungkus-bungkus lagi . Hari ini semuanya berfesyen, dedah sana, dedah sini . Orang yang tunduk pandangan , berjalan sopan akan ketinggalan . Islam dipandang tidak 'up to date' dengan zaman . Ada pula menyangka aurat itu cukup dengan bertudung kepala . baju ketat , lengan terdedah tidak mengapa .
Jangan difikir tutup aurat itu perlu bertudung labuh hingga ke lutut, berjubah dan berpurdah .
Islam tidak pernah berkata sebegitu .

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (drpd memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka" (an-Nur:31)

sekarang, aku nak tanya . pernah tak anda-anda semua bila solat kat surau shopping mall kan ,
pernah tak ternampak seorang perempuan yang solat, tetap setelah habis solatnya, dia keluar dari surau itu tanpa bertudung malah seksi pula pemakaiannya ? pernah ? hmmm . aku pernah .
masa ni kat KL la. gile la terkejut beb . ish . bukan pe. biasalah kan tak pakai tudung tak semestinya tak solat . ye tak ? tp yg menarik perhatian nya, bila die pakai baju ketat dgn skirt pendek paras lutut . wauuuu ! terbeliak jap . so, ape yg bermain di minda korg bila nampak situasi yg cenggini . bukan nak kutuk , 'ish baik tak payah solat kalau mcm tu' ..bukannnnn...
dah ckp tadi solat adalah yg utama, tiang agama . cuma, yela, tak sangka kan ? ok2. xnak komen lebih2 . aku ni mcm baik sgt pulak . *hikhik*

Rata-rata mereka yg tidak bertudung bagi alasan belum bersedia . haaaa.. ni mesti ikut trend artis leteewww . sume nak ckp tak bersedia. belum sampai seru . *hikhik*
Secara jujur ,zaman2 remaja time sekolah2 dulu pun aku jahil jugak . pakai tudung on off . pegi sekolah pakai tudung, balik rumah bukak tudung . nak solat pun liat. tp, Alhamdulillah , semenjak aku dah duduk hostel waktu f4 & f5 , aku byk berubah . kat sana sembahyang jemaah sama2, jadi dari situ aku mula biasakan diri utk solat walaupun kat rumah . Alhamdulillah, sampai saat ni pun aku masih berusaha untuk ikut perintah Allah, tingkatkan amalan .mungkin korg rasa pelik knp aku cerita hal personal sebegini tp terus terang aku tak malu pun nak cerita semua ni kat public sbb aku percaya semua org pernah mengalami situasi mcm tu kan ? ade org dididik sejak kecik, ade org da besar baru nak taubat .
Rata-rata kawan2 aku dulu yg free hair, Alhamdulillah ade sesetengah yg dah bertudung . jujur aku rasa sgt gembira utk dorg . rasa nak nangis pun ada . xtau knp tp rasa terharu sggtt . huhu .
Tp, ade jugak yg dulu bertudung tp dah tak bertudung . xtau lah nak ckap ape. kita ni sape nak menilai org kan . nilai lah diri sendiri shj . perbaiki diri .

kadang-kadang adalah baik untuk kita selalu bermuhasabah diri , mencari kelemahan serta kekurangan diri. dan berusaha sedikit untuk berubah ke arah yg baik .
well. sebenarnya aku ni bukanlah alim , baik zahir dan batin, tutup aurat mengikut hukum ,
kita masing2 ada kekurangan dan kelemahan, termasuk aku . Pakaian aku pun tak sempurna, ada cacat cela nya .
Takut ada yg salah faham , tujuan aku untuk mengingatkan diri sendiri . disamping dpt share pengetahuan untuk kita bersama .


p/s : kebanyakkan kata-kata serta ayat-ayat di ats adalah dari sumber majalah I Luv Islam :)
Tepuk dada tanya iman ! :)) Renungkan, selamat beramal .

2 comments:

OREOO said...

SUKA!
Tak bole nak like sbb deactivate fb :P
Dianaaaa, ko jgn lupakan aku tau.
Nak daftar subjek gtau ak tau. Nak buat sesamee.
Miss youu. Bpuasa elok2.
Jaga diri jaga iman :)

Diana Aurora said...

Maseh sayang ! :)
deactivate fb ? oh no!
mana mungkin aku lupe kau ,kawan !
ok, ape2 aku msg kau .
miss u too .
jaga diri :D